Filled Under:

Tips Menarik! Cas iPhone Dengan Lebih Pantas

Ramai antara kita yang masih merungut tentang penggunaan kuasa bateri iPhone yang gila-gila serta kelajuan-nya untuk diisi semula. Cuba ambil masa untuk hadam tip-tip menarik ini, mungkin dapat membantu anda serba sedikit! 

Penggunaan Plug
Salah satu cara untuk memastikan iPhone anda dicas dengan lebih pantas ialah dengan menggunakan plug yang tersedia ketika pertama kali anda membeli. Perkara ini ada dipaparkan pada laman rasmi Apple. 

“Bagi mendapatkan cas yang paling pantas, sambungkan iPhone anda kepada plug dinding bersama-sama dengan kabel yang di datangkan sekali bersama iPhone anda.”
Kurangkan Haba Sekeliling
Dalam erti kata lain, "keep it cool". Pancaran matahari yang menghasilkan haba dapat mengurangkan prestasi bateri anda. Elakkan menyimpan-nya di dalam laci seperti laci kereta (dashboard) atau tempat yang mampu menyerap haba.

Sekiranya iPhone anda mula panas ketika dicas, cabut kabel dan matikan untuk beberapa minit sehingga sejuk. Suhu terbaik bagi peranti iPhone ialah 25 darjah celcius.

Padam atau Matikan iPhone
Cara yang ni agak leceh tapi elok lah kalau nak cas dengan lebih pantas. Cuma perlukan matikan iPhone dan biarkan ia dicas. iPhone yang masih aktif kurang menerima cas-cas yang dihantar kerana digunakan untuk kerja-kerja lain seperti tetapan dan lain-lain.

Penjagaan Bateri
Akhir sekali, Apple memberikan beberapa tip untuk menjaga serta memastikan bateri anda tahan lama dan kurang penggunaan-nya.

Bagi menjaga bateri lithium, pastikan anda membuat ‘cycle charge’ sekurang-kurangnya sebulan sekali. Caranya adalah cas iPhone anda sehingga 100% dan gunakan iPhone sehingga baterinya betul-betul habis dan terpadam.