Pautan Terus (Direct Link) Windows 7 ISO

Pautan yang disediakan hanya dalam pautan terus, bermakna tiada toron (torrent) dan sebagainya. Disyorkan untuk guna Internet Download Manager.

Windows 7 Home Premium SP1

Windows 7 Pro SP1

Windows 7 Ultimate SP1

Cara Pengaktifan



Pautan Terus (Direct Link) Windows 8.1 ISO

Pautan yang disediakan hanya dalam pautan terus, bermakna tiada toron (torrent) dan sebagainya. Disyorkan untuk guna Internet Download Manager.

Windows 8.1 GA Rollup-1
:download:

Windows 8.1 RTM

Core/Pro 32 Bit



Core/Pro 64 Bit

Single Link - MSDN




ChargeCard: Pengecas Telefon Pintar Berbentuk Kad Kredit


Kebiasaannya, pengecas telefon merupakan cable Universal Serial Bus (USB) dan kita sering mengalami masalah wayar yang beselirat. Dengan ChargeCard anda boleh menyimpan wayar pengecas anda di dalam dompet dan lupakan masalah wayar.

ChargeCard hanya berharga $25 iaitu RM82 setiap satu. Boleh didapati untuk peranti Android dan iOS di laman photojojo.

Sumber: Gajet



WordPress 3.7.1: Versi Penyelenggaraan

Tak sampai seminggu WordPress versi 3.7 dikeluarkan, kini terbit pula versi terbarunya, WordPress 3.7.1. Versi terbaru ini dikeluarkan sebagai versi menyelenggara bagi membaik pulih beberapa masalah yang timbul akibat daripada pepijat (bugs) yang ditemui dalam sistem kod WordPress 3.7.

WordPress 3.7 telah dikeluarkan pada 24 Oktober lalu dengan kod nama, Basie. Ini sebagai penghormatan kepada Count Basie, seorang pemuzik jazz terkenal. Kelebihan WordPress 3.7 berbanding versi WordPress sebelumnya adalah kebolehan memuat turun kemaskini baharu di belakang tabir. Kemaskini sekuriti dan kemaskini penyelenggaraan akan di muat turun secara automatik oleh WordPress 3.7 tanpa campur tangan dari pengguna.

Fungsi ini menjadikan WordPress sentiasa selamat, kebal daripada serangan penggodam serta sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.

Versi ini boleh dimuat turun secara automatik. Bagi pengguna mahir, ada di kalangan mereka memilih untuk menaik taraf WordPress ke versi 3.7.1 secara manual melalui FTP.

Rujukan: iAwani



Kemaskini Twitter, Kini Dapat Melihat Gambar Terus Melalui Timeline

Twitter hari ini memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi Android, iOS serta pembaharuan pada web mereka, dimana gambar dan video yang dikongsikan dipaparkan terus tanpa perlu tap pada Tweet berkenaan.

Buat masa ini, sokongan preview hanya hadir untuk penggunaan perkhidmatan Twitter Photos dan juga video Vine sahaja, dan mungkin ia akan diperluaskan pada masa akan datang.



Bagi pengguna Twitter di web, anda mungkin sudah boleh melihat paparan gambar Twitter Photos dan juga video Vine tanpa perlu klik pada Tweet berkenaan, sementara sekiranya anda menggunakan aplikasi Android atau iOS, mungkin boleh mengemaskininya hari ini.

Artikel asal: Amanz



Nokia Melaporkan Jualan Net $7.79 Billion dengan $162 Juta Keuntungan dan 8.8 Juta Lumia Terjual Pada Suku Pertama Tahun 2013

Ini merupakan tambahan bagus buat Nokia berbanding suku lalu, dengan syarikat itu mengumumkan kerugian 115 juta Euro dan 564 juta Euro tahun lalu. Penganalisa turut menjangkakan Nokia akan mengumumkan pendapatan zero cents per share (sama seperti yang Nokia umumkan suku lalu) dan 5.9 juta Euro keuntungan.

Nokia turut melaporkan berjaya menjual 8.8 juta peranti Lumia pada Q3, naik daripada 7.4 juta suku lalu dan 2.9 juta tahun lalu. CEO Nokia, Stephen Elop menyatakan peningkatan ini disumbang oleh pelancaran pelbagai produk baru dan pelaburan Windows Phone pada awal pengeluarannya. Beliau juga mengatakan keuntungan ini diperoleh akibat kejatuhan BlackBerry.

Rujukan: Techcrunch



BlackBerry Messenger Bukan Saja Akan Kekal Percuma, Malah Ditambah Dengan Fungsi Baru

BlackBerry semalam menyatakan, mereka akan mengekalkan BlackBerry Messenger (BBM) sebagai aplikasi permesejan percuma pada masa akan datang. BlackBerry telah melancarkan semula aplikasi BBM untuk Android dan iOS pada 24 Oktober lalu selepas menarik semula pelepasan BBM untuk Android serta iOS kerana tidak dapat menampung server sebelum itu. Aplikasi permesejan popular ini boleh didapati di Google Play Store dan App Store.

BlackBery bukan sahaja berjanji untuk menjadikannya kekal percuma bahkan bakal memperkenalkan fungsi perbualan suara (voice chat) dan perbualan video (video chat) ke BlackBerry Messenger versi Android dalam masa beberapa bulan akan datang sekitar awal tahun 2014. Hal itu dinyatakan oleh Andrew Bocking, Naib Presiden Eksekutif BlackBerry dalam satu temuramah bersama CBC News.

Kemunculan dua fungsi tersebut menjadikan BlackBerry Messenger dapat bersaing dengan aplikasi permesejan lain yang popular di kalangan pengguna sistem operasi Android seperti WeChat, WhatsApp, Yahoo Messenger juga Skype.

Sehingga ke tarikh 30 Oktober 2013, aplikasi BlackBerry Messenger di Google Play Apps telah mendapat rating 5 bintang dari 175,947 orang pengguna Android yang memuat turun. BlackBerry Messenger juga telah dimuat turun sebanyak 5 juta kali dalam masa 8 jam selepas pelancaran di Google Play Apps. Sehingga ke saat artikel ini diterbitkan BlackBerry Messenger sudah di muat turun lebih dari 20 juta kali.

Rujukan: CrackBerry



'Jutawan' eBay Dalam Pelarian Diburu Pihak Polis (FBI)

Minggu lalu, sebuah poster 'dikehendaki' telah dikeluarkan oleh pihak FBI untuk memudahkan penangkapan Nicolae Popescu. Dia dipercayai merupakan ketua geng yang telah melakukan penipuan ke atas pengguna eBay, Cars dan Autotrader.

Berdasarkan dakwaan tersebut, geng ini membuat iklan palsu dengan maklumat terperinci bagi barangan berharga seperti kereta dan bot yang tidak wujud. Selain turut menyamar sebagai penjual dari kedai yang turut palsu atau tak wujud. Kesemua penipuan ini telah membawa kepada keuntungan lebih $3 juta USD.

Daniel Alexe, Dmitru Bosogioiu, Ovidiu Cristea dan Dragomir Razvan dari Romania turut didakwa, termasuk 2 defendan yang mengguna nama ‘George Skyper’ dan ‘Tudor Barbu Lautaru’. Fabjan Meme daripada Albania turut dinamakan dalam dakwaan tersebut. Disember lalu, 6 co-defenden telah ditahan.

Pada Julai lalu, polis telah menemukan rakaman percakapan di mana Popescu menyatakan penjenayah tidak akan di-ekstradisi daripada Romania ke USA.

Rujukan: Techweekeurope



Maklumat Nexus 10 Tertiris: Reka Bentuk Lebih Nipis dengan Cip Snapdragon 800

Skrin Google Nexus 10 mungkin akan bersaiz sedikit kecil iaitu 10.1-inci, sama seperti versi Nexus 10 terdahulu, dengan resolusi sama 2560 x 1600 300ppi serta Gorilla Glass 3 melindungi luaran skrin daripada rosak.

Nexus 10 versi 2012 hasil bina Samsung hanya menggunakan chip Exynos, namun bagi versi 2013 Nexus 10, Google menggunakan processor Qualcomm Snapdragon 800 seperti dalam Tablet Nexus 7 baru. RAM mungkin ditambah ke 3GB, dengan 8 piksel untuk kamera belakang dan bateri 9500mAh.

Berdasarkan gambar yang tertiris, bezel skrin akan lebih kecil dan saiz keseluruhan turut berkurang dengan ketebalan 7.9mm dan berat 584 gram. Sistem operasi kekal dengan Android 4.4 seperti yang digunakan pada Nexus 5.

Penyenaraian Nexus 10 ini kini sudah ghaib daripada Google Play Store. Mungkin Google sedang memperbaiki kesalahan tak sengaja membocorkan maklumat mengenainya, sama seperti yang mereka lakukan dulu dengan Nexus 5. Namun begitu, pengumuman rasmi bagi tablet Google Nexus 10 ini dijangka seawal 1 November nanti, jadi taklah lama sangat kena tunggukan, hehehe.

Rujukan: Digitaltrends



Mac OS X Versi Baharu Akan Kekal Dengan Naik Taraf Percuma

Apple memberitahu bahawa, versi terbaru Mac OS X pada masa akan datang akan diberi secara percuma. Ini sebagai naik-taraf percuma kepada pengguna Mac OS X yang sedia ada. Hal itu dinyatakan oleh Peter Oppenheimer, Chief Financing Office di Apple ketika beliau membentangkan prestasi kewangan Apple untuk suku ketiga 2013 pada 28 Oktober 2013.

Jika dahulu untuk bertukar ke mac OS X versi terbaru pengguna Mac OS X sedia ada perlu membayar amaun tertentu sebelum boleh memuat turun versi baharu. Perubahan itu dimulakan dari pengenalan Max OS 10.9 'Mavericks' yang diberikan sebagai muat turun percuma buat pengguna Mac OS X 10.8 dan versi-versi sebelumnya.

Beberapa aplikasi untuk Mac OS X seperti iWorks dan iLife akan turut diberi secara percuma kepada pengguna peranti Mac OS X. Hal ini dalam masa yang sama turut menjadi galakan kepada ramai pengguna komputer peribadi dan komputer riba supaya bertukar ke Mac OS X.

Rujukan: Macrumors



Pelayar Web Firefox Versi 25 Kini Hadir Dengan Sokongan Web Audio

Hari ini, Firefox telah melancarkan pelayar web versi terbaru mereka iaitu Firefox 25 untuk pengguna Windows, Linux, Android serta OS X.

Melalui Firefox 25, beberapa kemaskini baru disertakan dan salah satunya adalah sokongan untuk Web Audio. Selain daripada itu, untuk pengguna yang telah tidak menggunakan Firefox untuk beberapa bulan, mereka akan ditawarkan dengan pilihan untuk memindahkan data pelayaran dari pelayar web lain.

Selain itu, untuk versi Android, beberapa kemaskini turut hadir, termasuk salah satunya adalah “Guest Browsing” yang boleh digunakan oleh rakan-rakan anda untuk tujuan pelayaran web.

Bagi pengguna Firefox sedia ada, anda akan ditawarkan dengan kemaskini automatik pada pelayar web anda, ataupun secara alternatifnya boleh memuat-turun pelayar web tersebut dari pelayan Firefox hari ini.


Anda boleh muat turun pelayar web Mozilal Firefox 25 di pautan ini: Mozilla Firefox 25

Sumber: Mozilla dan Amanz



Hapuskan Ads Pada uTorrent

Menorrent (menorrent?) merupakan satu proses yang tidak asing lagi dalam kalangan kita sekarang ni. Sebut saja pasal torrent, pasti anda akan teringat akan 'muat turun'. Tak kira apa jenis fail, termasuk filem, permainan video malahan buku-buku berbentuk pdf turut sedia dimuat turun.

Ads?

Mungkin ramai yang dah tau apa itu ads. Walaupun begitu, tak menjadi masalah untuk kita mengulang balik, betul dak? Ads adalah singkatan bagi perkataan advertisement yang bermaksud iklan. Iklan-iklan yang terpampang tak kira di laman web atau pun aplikasi merupakan sebahagian daripada sumber pendapatan pemilik.

S: Sah tak muat turun kita kalau kita buang iklan-iklan ni?
J: Wallahualam (ketawa sinis)

Cukuplah saya bermukadimah, jom teruskan dengan tujuan utama kita.

Hapuskan Iklan Pada uTorrent

1. Jalankan aplikasi uTorrent
2. Pada bahagian atas sekali belah kiri, klik pada Options dan pilih Preferences


3. Pada tetingkap Preferences, klik pada Advanced yang ada di bahagian kiri


4. Pada kotak Filter, masuk gui.show_plus_upsell 


5. Dengan cara yang sama, masukkan kod-kod ini pada kotak Filter tersebut dan pilih (tick) pada False
offers.sponsored_torrent_offer_enabled
offers.left_rail_offer_enabled
offers.sponsored_torrent_offer_enabled
gui.show_notorrents_node
offers.content_offer_autoexec
6. Selesai semua, klik OK dan keluar daripada aplikasi uTorrent (pada taskbar, klik kanan dan pilih Keluar)


Haa mudahkan? Tak susah mana pun. Semoga berjaya!

P/s: Sebarang masalah boleh ajukan pada penulis di Twitter/Fb



Nexus 5 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Khabar angin mengatakan telefon pintar keluaran LG ini akan dilancarkan pada 1 November tahun ini. Sebelum ini, harga bagi peranti ini juga telah tersebar kepada umum.
Melalui akaun Twitter Evleaks, mereka turut mendedahkan keluaran peranti ini akan didatangkan dengan pilihan warna putih selain turut mendedahkan tarikh pelepasannya iaitu pada 1 November tahun ini. 

Nexus 5 ini merupakan telefon pintar siri baru dalam keluarga Nexus kerana ia merupakan peranti Nexus pertama yang akan mengguna Android 4.4 KitKat. Nexus 5 akan dilancarkan bersama Nexus 4 LTE (Long-term Support) 

Bagi mereka yang bercadang untuk 'merasa' kenikmatan Nexus 5 lebih awal, pihak Techbug telah pun membuka tawaran pra-beli pada harga permulaan, RM1499.




Penstriman Filem Secara Atas Talian Bakal Menjadi Kebiasaan Kepada Malaysia Nanti

Dengan sistem teknologi yang semakin lama semakin hebat, tak mustahil untuk tayangan filem di pawagam dapat ditonton pada peranti seperti tablet atau telefon pintar pada waktu yang sama. Tak perlu keluar selain tak membuang masa. Hebat bukan?

Bayaran untuk menikmati tontonan filem secara online melalui penstriman boleh dilakukan melaui aplikasi perbankkan atau melalui kad kredit. Proses ini samalah seperti membeli tiket untuk menonton filem-filem terbaru di panggung wayang. Filem-filem berdefinasi tinggi akan mudah didapati secara ‘on demand’.

Walaupun penstriman atas talian (online streaming) hanya popular di bandar-bandar besar dan tidak semua tempat di Malaysia namun aktiviti menonton filem secara penstriman bakal menjadi kebiasaan dalam empat hingga lima tahun akan datang kala talian internet di Malaysia sudah cukup stabil, laju serta digunakan dengan meluas sepertimana di negara-negara maju.

Artikel asal: Penstrimen Filem Jadi Kebiasaan



Li-Fi Memindahkan Data Lebih 10Gbps

Sekumpulan penyelidik British telah berjaya mencapai kadar pindahan data melebihi 10Gbps menggunakan lelaran termaju teknologi Li-Fi. Li-Fi (Light Fidelity) adalah alternatif kepada Wi-Fi dan memindahan data melalui spektrum visual bukannya melalui gelombang radio. Ia menggunakan mentol cahaya yang berkelipan dengan sangat cepat, sekaligus menghantar maklumat binari kepada penerima.


Sekumpulan penyelidik British telah berjaya memindahkan data pada kadar 10Gbps menggunakan teknologi Li-Fi. Sehingga kini, rekod kadar pindahan data menggunakan teknologi itu hanyalah 3Gbps tetapi menggunakan mentol diod pemancar cahaya khas dan mengasingkan cahaya kepada strim selari. Penyelidik tersebut berjaya mencapai kadar pindahan data lebih 3 kali ganda rekod tersebut.

Kadar pindahan data 10Gbps yang dicapai melalui projek Ultra Parallel Visible Light Communications adalah 250 kali ganda lebih pantas daripada kelajuan broadband terpantas di Britan (38mbps) yang dipasang di rumah-rumah di negara itu.

Plannya ialah supaya teknologi ini dapat menguasakan teknologi rangkaian generasi akan datang. Ia lebih efisyen daripada WiFi dan lebih meluas berbanding sprektum radio sedia ada, permakna tiada masalah kapasiti.

Para penyelidik yang diketuai Prof Harald Haas di  University of Edinburgh berkata Li-Fi juga akan memberikan liputan yang lebih konsisten di dalam bangunan selagi pengguna di dalam sudut penglihatan pemancar Li-Fi itu.

Ketidakupayaan cahaya menembusi dinding juga bermakna kurang kemungkinan untuk pencerobohan luar. Untuk maklumat lanjut mengenai projek yang turut melibatkan penyelidik dari Oxford, Cambridge, St Andrews dan Strathclyde anda boleh melayari  laman web kumpulan tersebut di pautan ini: UP-VLC Photonics



Kehadiran Semula Aplikasi BBM Untuk Android Serta iOS

BlackBerry telah melancarkan semula aplikasi BBM kepada pengguna Android serta iOS pada hari ini. Sebelum ini, syarikat tersebut telah menarik kembali BBM kerana tidak dapat menampung server akibat pengguna yang ramai.

Pada kali ini, BlackBerry menggunakan sistem menunggu yang mana, pengguna harus mengikut giliran untuk menggunakan aplikasi BBM bagi mengelakkan masalah yang sama timbul.

Anda boleh dapatkan BBM untuk Android serta iOS dengan membuka pelayar web lalai atau custom, kemudian pergi ke www.bbm.com .



Twitter Barangkali Akan Menamatkan Twitter Music

Pada enam bulan lepas, pihak Twitter telah memperkenalkan satu fungsi baru iaitu Twitter Music. Fungsi baru tersebut masih belum dilancarkan untuk pengguna tempatan sehingga hari ini. Terkini, beberapa laporan awal telah menyatakan pihak Twitter mungkin akan menamatkan sokongan untuk aplikasi berkenaan.

Twitter Music dilihat membolehkan pengguna untuk mengikuti artis-artis kegemaran mereka, disamping menemui pelbagai lagu-lagu baru. Beberapa rakan kerjasama turut telah diumumkan untuknya, termasuk Rdio dan juga Spotify (aplikasi iOS)

Pihak Twitter mungkin ingin menamatkannya kerana tidak ramai yang menggunakan aplikasi berkenaan, ataupun mungkin kerana sebab-sebab tertentu.

Buat masa ini, pihak Twitter masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Artikel asal: Twitter Mungkin Akan Menamatkan Aplikasi Twitter Music



Pihak Microsoft Tarik Balik Kemaskini Windows 8.1 RT

Microsoft telah menarik semula kemaskini Windows 8.1 untuk Windows RT yang dikeluarkan di Windows Store pada 18 Oktober 2013 lepas. Penarikan semula dilakukan kerana kemaskini Windows 8.1 untuk Windows RT dilaporkan memberi masalah kepada beberapa model peranti yang dimasukkan dengannya. 

Kebanyakan masalah yang timbul melibatkan aspek teknikal dan ia hanya sementara sahaja. Apabila masalah tersebut sudah selesai, kemaskini Windows 8.1 untuk Windows RT akan dikeluarkan semula di Windows Store.

Microsoft mengumumkan penarikan Windows 8.1 untuk Windows RT secara rasmi di laman Microsoft Community. Dalam pengumuman tersebut, Microsoft mengatakan pihak mereka sedang menyiasat perkara tersebut. Entah berapa lama Microsfot akan menarik balik kemaskini Windows 8.1 tersebut.



Pelayar Web Maxthon v1.0 Dikeluarkan Untuk Windows Phone 8

Mungkin ramai tidak sedar akan kehadiran pelayar web mudah alih percuma ini. Maxthon, yang sebelum ini sudah beberapa tahun melepaskan projek mereka untuk pengguna desktop serta laptop kini hadir pula untuk Windows Phone.

Maxthon juga boleh dikatakan alternatif kepada pelayar web popular seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera dan Safari (Internet explorer.. ek?)

Kehadiran pelayar web Maxthon akan memudahkan lagi pengguna Windows Phone untuk melayari kandungan laman sesawang berbanding dengan melayarinya melalui Internet Explorer yang mana menjadi pelayar web lalai dalam Windows Phone.

Maxthon membenarkan penggunanya untuk log masuk bagi mengintegrasikan kandungan bookmarks, sejarah pelayaran dan senarai `biskut` di peranti lain misalnya di komputer peribadi. Penggunaan tabbed browsing juga agak mudah di Maxthon. Setiap tab boleh dibuka secara bertukar-tukar.

Berminat untuk mencuba? Anda boleh layari Windows Phone Store dan muat turun pelayar web ini melalui saluran tersebut.  



Video Pertama Apple iPhone 5S Dikeluarkan

Pihak Apple hari ini telah menyiarkan iklan pertama berkenaan peranti terbaru mereka, iPhone 5S.

Iklan yang dimainkan selama tiga puluh saat (30s) itu menunjukkan iPhone 5S berwarna emas. Daripada sejenis cecair membentuk peranti solid dan kemudiannya dibuka dengan hanya mengimbas cap jari.



Bagi mereka yang masih belum tahu, pengimbas cap jari (Touch ID) adalah antara fungsi baru yang dibawakan oleh Apple. Hanya terdapat pada peranti iPhone 5S sahaja setakat ini.

Saksikan video ini



Gamer’s Hideout Membuka Pra-Tempahan Untuk PlayStation 4 – Harga Bawah RM1699

Sony sedia memaklumkan yang mana PlayStation 4 akan dilancarkan di Malaysia pada penghujung tahun ini, dan kini ia dilihat salah satu pengedar tempatan, Gamer’s Hideout telah pun membuka pra-tempahan untuk konsol permainan berkenaan.


Melalui apa yang dikongsikan oleh Gamer’s Hideout melalui laman Facebook mereka, konsol versi Malaysia dan juga Singapura sedia untuk ditempah melalui mereka. Harga jualannya dijangka dibawah RM1699 – yang mana mungkin hampir kepada harga rasminya kelak.

Konsol PlayStation 4 ini dijangka akan ditawarkan di Malaysia bermula bulan Disember 2014 kelak.

Artikel asal (kredit sepenuhnya): Amanz



Aplikasi Jailbreak Dilepaskan oleh Pihak SafeRa1n

Aplikasi jailbreak telah pun dikeluarkan oleh SafeRain untuk pengguna iOS 7.0.2. Aplikasi tersebut dijual dengan harga $24.99. Lebih kurang RM75. Aplikasi ini ditujukan kepada pengguna iPhone 5S serta iPhone 5C. Pengguna iPhone 5, iPhone 4S, iPhone 4 dan iPhone 3GS juga boleh menggunakannya dengan syarat, menaik taraf sistem ke iOS 7.0.2.

Bagi mereka yang masih tidak tahu apa itu jailbreak, proses ini membolehkan kita memasang apa jenis aplikasi mahu pun yang berbayar. Selain itu, pengguna juga boleh melakukan tetapan tanpa batasan. 

Jailbreak ini dibina oleh sebuah pasukan penggodam iOS. Boleh lawat laman rasmi SafeRain di sini. Langkah-langkah melakukan proses Jailbreak, cara membeli serta lain-lain turut ada di sana. Respon positif diberi oleh setiap pengguna yang membeli dan menggunakan aplikasi ini sekaligus menunjukkan aplikasi ini sememangnya berkesan. 



CEO Facebook - Mark Zuckerberg Membeli 4 Buah Rumah Bernilai RM120 Juta

 CEO media sosial terkenal, Facebook terkini telah membeli 4 buah rumah berdekatan dengan rumah miliknya. Rumah-rumah tersebut dibeli dengan harga RM120 juta. Zuckerberg menyewa rumah tersebut kepada beberapa keluarga yang tinggal di sana. Beliau juga menafikan rancangan untuk membangunkan kondominium di plot tanah tersebut.

Jirannya, termasuklah CEO Yahoo, Marissa Mayer, Google Larry page dan bekas CEO Apple, Steve Jobs. Beliau telah menetap di rumah lamanya yang bersaiz 5,000 kaki inci dengan kadar sewa RM21 juta sejak 2 tahun bersama isteri cinanya, Priscilla Chan. Mark Zucberberg dikatakan bernilai USD$ 19 billion dan adalah antara individu terkaya di dunia.



GTA 5 Dikatakan Akan Hadir Untuk Pengguna PC Pada Awal Tahun 2014



Permainan video terlaris bagi peranti Play Station mahu pun Xbox, Grand Theft Auto 5 akan hadir ke PC pada awal tahun 2014.

Setakat ini, pihak Rockstar masih tidak memberi apa-apa kenyataan. Sekaligus, telah menimbulkan perasaan hairan setiap penggemar permainan ini. Namun begitu, pihak Intel serta nVidia pernah menyebut mengenai pelepasan permainan video ini untuk versi PC.

Mengikut ura-ura daripada Eurogamer hari ini, ia dikatakan versi PC permainan berkenaan akan hadir pada suku pertama 2014 kelak.

Seperti biasa, ia hanya sekadar spekulasi dan desas-desus awal sahaja, dimana pihak Rockstar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya buat masa ini.



Instagram Dikemaskini - Hadir Dengan Fungsi Baru

Fungsi baru yang hadir pada kemaskini terbaru Instagram itu ialah `straighten photo` yang membolehkan pengguna mengubah arah sesuatu gambar.

Pengguna peranti Android bakal menerima kemaskini terbaru Instagram ini hari ini melalui Google Play Store. Manakala pengguna iOS pula sudah sebulan menerimanya.

Fungsi mengawal suara (volume) bagi mereka yang suka merakam gambar, video juga turut disertakan dalam kemaskini terbaru ini.



Lenovo Tampil Dengan IdeaPad A1, Berskrin 10.1 Inci serta Berasaskan Android

Komputer riba berasaskan sistem operasi Android? Itulah yang cuba di realisasikan oleh Lenovo dengan mencipta IdeaPad A10. Komputer riba Android ini memiliki cip pemprosesan Rockchip’s RK3188 empat teras berkuasa 1.6Ghz menggunakan binaan teras ARM Cortex A-9.

Rupa luaran IdeaPad A1 tetap sama seperti komputer riba biasa cuma ia menggunakan Android, bukan Windows. IdeaPad A1 dijual pada harga $337 Dolar di pasaran Eropah melalui Amazon Jerman.

Lenovo IdeaPad A10 boleh bertindak menjadi komputer riba juga tablet pc kerana ia memiliki skrin sesentuh bersaiz 10.1 inci dengan resolusi maksima 1366 x 768 pixels. Skrinnya boleh dipusing ke belakang menyamai skrin IdeaPad Yoga. Penampilan IdeaPad A10 lebih berupa sebuah netbook ataupun ultrabook kerana IdeaPad A10 tidak memiliki pemacu cakera padat.

Visi membina komputer riba berasaskan Android lalu dijual pada harga mampu milik telah lama muncul (sekitar awal tahun 2012) namun di pandang remeh oleh syarikat-syarikat pembuat komputer seperti Samsung, Asus, Acer.

Lagipun, pada ketika itu kebanyakan pembuat komputer memfokus kepada Windows 8 yang baru dilancarkan dalam bentuk Consumer Preview. Idea mengeluarkan komputer riba Android atau laptop Android terbiar begitu sahaja sehinggalah Lenovo memperkenalkan IdeaPad A10.

Sebelum ini, Lenovo memperkenalkan IdeaPad U1 Hybrid yang memuatkan Android sebagai sistem operasi kedua namun proses pembikinan IdeaPad U1 Hybrid tidak diteruskan.

Lenovo IdeaPad memiliki RAM antara 1GB dan 2GB, jumlah storan antara 26GB atau 32GB beserta slot untuk memasukkan kad memori MicroSD. Juga terdapat dua buah palam USB 2.0, palam HDMI untuk sambungan ke televisyen bedefinasi tinggi satu serta palam USB Mikro untuk pengecasan bateri.

Tarikh pelancaran rasmi IdeaPad A10 ke pasaran antarabangsa tidak didedahkan. Harga rasmi di pasaran antarabangsa juga tidak didedahkan buat masa ini.

Artikel asal (credit sepenuhnya kepada): iAwani



Acer Mengumumkan Baru - Penggunaan Prosesor Haswell

Reka bentu yang lebih 'eksekutif' berbanding sebelum ini telah menarik hati penggemar peranti Acer. Chromebook generasi ke-3 ini mempunyai prosesor yang lebih pantas. Acer juga turut memuatkan anti-glare display 11.6-inci selain mempunyai kuasa bateri selasa 9 jam.

C720 juga turut dilengkapi prosesor Intel Celeron 2955U, RAM DDR3L 4GB dan tambahan 16GB memori dalaman. Kekurangannya hanyalah pakej yang ditawarkan bersama Chromebook baru ini. Tidak seperti HP Chromebook 11 dan Chromebook Pixel yang mana menawarkan storan percuma (premium) dari Google Drive.

Peranti baru daripada Acer ini mempunyai port USB 2.0 serta 3.0 bersama-sama port cip mikro dan HDMI. Malangnya, C720 ini hanya dilengkapi dengan penggunaan WiFi. (3G dan 4G tidak boleh disambung)



Lenovo Berminat Mengambil Alih HTC

Lenovo dipercayai berminat untuk membeli syarikat telekomunikasi, HTC sebagaimana Microsoft yang baru-baru ini telah membeli Nokia. Syarikat Lenovo mempunyai sejarah dalam membeli jenama yang sedia akan dan memperbaharui sesuatu barang.

Lapan tahun lalu, iaitu pada 2005, Lenovo telah membeli syarikat perkomputeran IBM. Selain itu, Lenovo juga turut membeli pembina PC-budget, Medion pada 2011. Masih mengekalkan jenama `Medion` dalam beberapa produk mereka.

Pengalanalisa IDC Kevin Restivo menyatakan, pasaran kini lebih tertumpu pada harga. Beliau turut memberi kenyataan sebelum ini

Syarikat-syarikat mid-sized seperti HTC, Nokia, dan BlackBerry akan menjadi seperti Compaq, IBM serta Gateway. Dalam erti kata lain, sebuah syarikat yang lebih besar pasti akan mendapatkannya

Kata-kata Restivo itu menjadi kenyataan apabila Nokia di beli oleh Microsoft baru-baru ini, dan Blackberry pula mengalami kerugian besar.



Lawati Muzium Lamborghini Melalui Google Street View

Pihak Google Street View giat berusaha untuk memberi kepuasan kepada pengguna mereka, dengan menambahbaik perkhidmatan mereka. Terbaru, mereka membawa semua orang melawat Muzium Lamborghini.

Lawatan maya membawa kita ke Muzium Lamborghini di bandar ibu pejabat syarikat itu di utara Itali, Sant'Agata Bolognese.

Halaman Street View untuk lokasi baru ini membolehkan pengguna untuk melihat 360 darjah dalam dua tingkat muzium itu, di seluruh kira-kira 16,000 kaki persegi. Kebanyakan model Lamborghini terkenal boleh dilihat dalam gambar-gambar, serta prototaip, edisi terhad, model one-off, kereta lumba dan banyak lagi.

Salah satu ciri-ciri yang paling menarik adalah anda hampir boleh masuk ke dalam kereta untuk melihat bahagian dalaman beberapa kereta eksklusif (apa yang anda perlu lakukan adalah pergi dekat dengan salah satu pintu).

Lawat: Muzium Lamborghini, Sant'Agata Blognese, Itali.



Aplikasi Twitter Yang Dioptimasikan Untuk Tablet

Sebelum ini, ketika pelancaran Galaxy Note 10.1 2014, kita sedia maklum bahawa pihak Twitter menyediakan sebuah aplikasi khas yang dioptimasikan untuk tablet. Semalam, pihak Twitter telah pun mengumumkannya secara rasmi.

Melalui aplikasi yang dioptimasikan untuk tablet ini, ia memaparkan menu pada bahagian tepi kiri, sementara dua lajur digunakan untuk memaparkan Tweet dan juga kandungan tambahan berkaitan Twitter dan beberapa informasi lain.

Walaubagaimanapun, aplikasi yang dioptimasikan untuk tablet ini akan ditawarkan khusus untuk pengguna tablet Samsung terlebih dahulu, sebelum ia diperluaskan ke tablet Android yang lain

Sumber: Aplikasi Twitter Yang Dioptimasikan Untuk Tablet



Galaxy Gear Digodam Dalam Diam


Sekumpulan `peminat` tegar sistem operasi Android cuba menggodam Galaxy Gear supaya boleh memuatkan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean sepertimana sebuah telefon pintar. Hal itu sedang dilakukan oleh beberapa orang penggodam mahir. Nampak mustahil tapi sebenarnya sedang di usahakan dalam diam.

Tujuan penggodaman Galaxy Gear adalah supaya jam tangan pintar itu boleh mengaktifkan apa jua aplikasi dicipta untuk Android 4.2.2. Beberapa aplikasi mudah alih seperti Facebook, Twitter, FourSquare ataupun Instagram akan boleh di buka di Galaxy Gear.

Walaupun Galaxy Gear boleh dogodam untuk menjadikannya boleh dipasang dengan Android 4.2.2 namun terdapat beberangan halangan yang akan menghadkan user experience. Pertama sekali adalah halangan pada skrin kerana saiznya yang kecil (1.6 inci sahaja) walaupun dikuasakan dengan fungsi `touch-screen`

Cip pemprosesan Galaxy Gear hanya 800MHz manakala RAM pula hanya 512MB. Andai kata Galaxy Gear boleh membuka aplikasi Android versi penuh, namun prestasi kelancarannya berada di paras rendah sahaja.



Firefox OS Dikemaskini Ke Versi 1.1. Bahasa Dipelbagaikan

Mozilla telah mengeluarkan kemaskini baharu buat Firefox OS pada 9 Oktober 2013. Kemaskini itu dilabel sebagai Firefox OS, dilepaskan sebagai `system update` untuk telefon pintar Firefox OS.

Firefox OS versi 1.1 akan membawa masuk beberapa pembaharuan dan penambahbaikan. Aplikasi dapat diaktfkan dengan pantas. Proses scrolling di skrin Firefox OS juga jadi semakin lancar.

Pembaharuan paling utama yang ditampilkan adalah sokongan untuk mesej MMS dan kewujudan 15 lagi bahasa berlainan untuk negara-negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris.

Pembaharuan kedua adalah pelepasan kod API untuk fungsi push notification. Jika melayari internet di telefon pintar Firefox menggunakan pelayar web Mozilla Firefox, apa jua imej, audio dan video dapat di muat turun dengan mudah ke memori dalaman telefon pintar.

Terdapat 11 pembaharuan kesemuanya yang diperkenalkan dalam Firefox OS 1.1. Senarai kesemua pembaharuan dalam Firefox OS 1.1 terdapat di blog Mozilla Foundation.

Buat masa ini, hanya ada dua model telefon pintar Firefox OS yang dijual secara komersil iaitu Alcatel One Touch Fire dan ZTE Open. Kedua-duanya dijual dalam warna oren juga biru – selari dengan warna logo Firefox OS.



Xperia Melancarkan Xperia Z1 Mini Untuk Pasaran Jepun

"Honami Mini" iaitu Xperia Z1 versi kecil telah pun dilepaskan di pasaran jepun. Telefon pintar Android versi kecil itu dilabel dengan kod "f SO-02F"

Pembuatan telefon pintar ini khusus untuk syarikat telekomunkasi NTT DoComo di pasaran Jepun. Tarikh pelancaran Xperia Z1 Mini masih belum diketahui namun Sony sudah mula membuka pra-pembelia (pre-order) untuknya.

Honami Mini dijual dalam empat warna berbeza. Iaitu hitam, putih, hijau serta merah jambu. Telefon pintar ini seakan-akan menyaingi iPhone 5C di mana turut menghasilkan pelbagai warna. Spesikasinya pula akan sama dengan Xperia Z1. Perbezaannya di sini cuma saiz skrin yang lebih kecil, megapiksel dan saiz memori dalaman.

Langkah yang dibuat oleh Sony ini menyamai langkah yang telah dibuat oleh pihak Samsung di mana mereka memperkenalkan telefon pintar Android terulung (flagship smartphone), Samsung turut mengeluarkan telefon pintar Android versi mini kepada telefon pintar terulung itu.

Trend sedemikian bermula sejak pelancaran Galaxy S3. Selepas Galaxy S3 dilancarkan, Samsung memperkenalkan pula Galaxy S3 Mini. Beberapa minggu selepas pelancaran Galaxy S4, pihak Samsung turut memperkenalkan Galaxy S4. HTC juga melakukan yang sama dengan memperkenalkan HTC One Mini, telefon pintar Android versi kecil kepada HTC One.



Windows Remote Desktop Bakal Hadir Untuk Pengguna Telefon Pintar

 Tak lama lagi, Microsoft akan melancarkan aplikasi `Windows Remote Desktop` khusus untuk dipasang ke dalam telefon pintar Android, tablet PC Android serta peranti iOS. Aplikasi tersebut akan berfungsi seakan-akan cara Splashtop.

Windows Remote Desktop digunakan pengguna Android untuk mengawal komputer melalui Windows dari telefon pintar dan tablet PC menggunakan talian Internet tanpa wayar.

Microsoft tidak menyatakan versi Windows mana yang bakal menyokong aplikasi tersebut tapi rasanya ia akan ditujukan untuk Windows Vista, Windows 7 dan Windows 8. Penggunaan aplikasi Windows Remote Desktop dijangka turut merangkumi Windows RT, Windows 8 Pro juga Windows 8 Enterprises di kalangan organisasi korporat.

Fungsi ‘Windows Remote Desktop’ mungkin tidak digunakan oleh pengguna biasa tapi jika di kalangan pengguna komputer mahir terutama golongan professional, fungsi tersebut dikategorikan `penting`. Ia penting untuk memindah data, menyalin data atau mengubah tetapan tertentu di komputer Windows dari tempat lain menggunakan peranti lain.