Filled Under:

Mac OS X Versi Baharu Akan Kekal Dengan Naik Taraf Percuma

Apple memberitahu bahawa, versi terbaru Mac OS X pada masa akan datang akan diberi secara percuma. Ini sebagai naik-taraf percuma kepada pengguna Mac OS X yang sedia ada. Hal itu dinyatakan oleh Peter Oppenheimer, Chief Financing Office di Apple ketika beliau membentangkan prestasi kewangan Apple untuk suku ketiga 2013 pada 28 Oktober 2013.

Jika dahulu untuk bertukar ke mac OS X versi terbaru pengguna Mac OS X sedia ada perlu membayar amaun tertentu sebelum boleh memuat turun versi baharu. Perubahan itu dimulakan dari pengenalan Max OS 10.9 'Mavericks' yang diberikan sebagai muat turun percuma buat pengguna Mac OS X 10.8 dan versi-versi sebelumnya.

Beberapa aplikasi untuk Mac OS X seperti iWorks dan iLife akan turut diberi secara percuma kepada pengguna peranti Mac OS X. Hal ini dalam masa yang sama turut menjadi galakan kepada ramai pengguna komputer peribadi dan komputer riba supaya bertukar ke Mac OS X.

Rujukan: Macrumors