Filled Under:

BlackBerry Messenger Bukan Saja Akan Kekal Percuma, Malah Ditambah Dengan Fungsi Baru

BlackBerry semalam menyatakan, mereka akan mengekalkan BlackBerry Messenger (BBM) sebagai aplikasi permesejan percuma pada masa akan datang. BlackBerry telah melancarkan semula aplikasi BBM untuk Android dan iOS pada 24 Oktober lalu selepas menarik semula pelepasan BBM untuk Android serta iOS kerana tidak dapat menampung server sebelum itu. Aplikasi permesejan popular ini boleh didapati di Google Play Store dan App Store.

BlackBery bukan sahaja berjanji untuk menjadikannya kekal percuma bahkan bakal memperkenalkan fungsi perbualan suara (voice chat) dan perbualan video (video chat) ke BlackBerry Messenger versi Android dalam masa beberapa bulan akan datang sekitar awal tahun 2014. Hal itu dinyatakan oleh Andrew Bocking, Naib Presiden Eksekutif BlackBerry dalam satu temuramah bersama CBC News.

Kemunculan dua fungsi tersebut menjadikan BlackBerry Messenger dapat bersaing dengan aplikasi permesejan lain yang popular di kalangan pengguna sistem operasi Android seperti WeChat, WhatsApp, Yahoo Messenger juga Skype.

Sehingga ke tarikh 30 Oktober 2013, aplikasi BlackBerry Messenger di Google Play Apps telah mendapat rating 5 bintang dari 175,947 orang pengguna Android yang memuat turun. BlackBerry Messenger juga telah dimuat turun sebanyak 5 juta kali dalam masa 8 jam selepas pelancaran di Google Play Apps. Sehingga ke saat artikel ini diterbitkan BlackBerry Messenger sudah di muat turun lebih dari 20 juta kali.

Rujukan: CrackBerry