[Download] Angry Birds Space 1.1.0



Permainan ini sudah lama dikeluarkan. Namun masih diminati dikalangan kanak-kanak, mahupun remaja. Bukan itu sahaja, dewasa juga ada yg main permainan ini. Hihi ;) Angry birds pernah mendapat award kerana permainan ini banyak dibeli di kalangan kanak-kanak. Click sini untuk lihat #1 Teaser Angry Birds Space.

Muat turun Angry Birds Space 1.1.0:
(i) Installer - Mediafire 
(ii) Patch dan serial key - Sharebeast
Credit: OSC (Download file)



[Info] Bersih 4.0 : Kereta Mewah Ditawarkan. Publisiti?

Kumpulan anti-Bersih yg merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga mulai esok, kini menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah.




Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata Bersih 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.
Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang. Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000. 




Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.


*NOTA: Ramai yg komen, kata nak cari publisitilah, nak orang sokong untuk cover malulah. Haha, banyak lagi orang komen. Hmm komen anda? :3


Sumber: MalaysiaKini



[Info] Zizan Dimasukkan Ke Hospital Akibat Keradangan Oto

Bukan mudah menjadi seorang artis. Jadual kerja yang padat kadang-kadang boleh menyebabkan kepenatan tahap maksima.

Mungkin itu yang terjadi kepada Zizan Raja Lawak sehingga dimasukkan ke hospital akibat keradangan otot. Kesian Zizan sebab overwork sampai begini jadinya.
Tapi anda jangan risau kerana keadaan Zizan dilaporkan stabil
 

Marina Juki, pengurus Zizan menyatakan yang Zizan dimasukkan ke hospital ketika sedang bersiap sedia untuk ke Karnival Jom Heboh di Ipoh. Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali.

Hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami `Acute Myositis` atau lebih dikenali sebagai keradangan otot.
Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan setakat ini keadaan Zizan adalah stabil.

Sepanjang tempoh itu juga, semua aktiviti seninya akan dihentikan buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih.



Sumber: Gempak