Persatuan Sukan Elektronik Malaysia Mengumumkan AGES 2016 Dengan Hadiah Berjumlah RM1 Juta

Persatuan Sukan Elektronik Malaysia telah setahun ditubuhkan, dan dalam meraikan ia pada tahun ini, mereka turut membuat kejutan dengan pengumuman berkaitan dengan ASEAN Games for Espots (AGES) 2016 yang bakal menawarkan hadiah berjumlah mencapai RM1 juta.


Melalui AGES 2016, ia akan menjadi salah satu pertandingan sukan elektronik terbesar di rantau ini, dan melibatkan peserta dari 7 buah negara – termasuk Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, dan Kemboja, selain daripada Malaysia.

AGES 2016 ini turut menerima sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, serta Kementerian Pengajian Tinggi. AGES 2016 ini akan diadakan di Kuala Lumpur.

Pendaftaran untuknya akan dimulakan pada 17 Februari 2016 ini, dan akan memperlihatkan pertandingan dalam permainan DotA 2, CSGO dan juga FIFA 16.

Dear Malaysian (& SEA) gamers, we're proudly presenting to you THE BIGGEST Esports event in the region with THE LARGEST total prize pool of RM1,000,000 at the ASEAN Games for Esports (AGES) 2016 in Kuala Lumpur!7 countries from all over the region including Singapore, Indonesia, Philippines, Thailand, Vietnam, Cambodia and Malaysia shall be competing in bringing pride to their nations for this tournament from 18 to 20 March 2016.With support from the Ministry Youth & Sports, Ministry of Communications & Multimedia, and Ministry of Higher Education, Malaysia is proud to host this prestigious event in Kuala Lumpur.The organiser Platinum Eden Sdn Bhd and Friends Worldwide are THE ONLY organisers endorsed by Esports Malaysian for this tournament. We believe in their strong background and years of experience in the industry to make the inaugural #AGES16 one of the most memorable and best experience for all gamers and audiences.We call upon all gamers in Malaysia and the region to support this initiative by ESM (MY), SCOGA (SG), IeSPA (ID), PESO (PH), TESA (TH), ESV (VN) and ESC (Cambodia) under the ASEAN Esports Confederation (ACES) to unite gamers and promote Esports all across the Southeast Asia.Registration shall be opened 10 days after the Chinese New Year on the 17 February 2016. The 3 official games shall be DOTA 2, CSGO and FIFA 16. So gamers get your keyboards, mouse and gamepads ready and participate in our search for the Malaysian team to represent our nation for AGES 2016! UNITING SOUTHEAST ASIA!!#AGES16 #USEA

Posted by Esports Malaysia on Wednesday, February 3, 2016



Kelajuan LTE Malaysia Antara Paling Perlahan, Singapura Paling Pantas Di Dunia

Perkhidmatan 4G di Malaysia baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2013. Maxis ialah syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan perkhidmatan Internet dengan kelajuan sehingga 75 Mbps. Selepas hampir tiga tahun diperkenalkan bagaimanakah prestasi perkhidmatan LTE di Malaysia? Opensignal baru sahaja berkongsi kelajuan muat turun LTE dari pelbagai syarikat telekomunikasi di dunia. Berita buruk yang ingin kami kongsikan ialah Malaysia ialah antara negara dengan kelajuan LTE purata paling rendah iaitu sekitar 12 Mbps sahaja. Ini meletakkan kita setanding dengan negara seperti Jepun, United Kingdom, Brazil dan Thailand.


Singapura boleh bermegah kerana perkhidmatan LTE di Kota Singa mempunyai kelajuan purata 37 Mbps. Umobile ialah syarikat telekomunikasi dengan perkhidmatan LTE terpantas dengan purata 15 Mbps. Digi dan Maxis berkongsi di tempat kedua dengan purata 12 Mbps manakala Celcom di tangga terbawah dengan purata 11 Mbps. Dari segi keluasan kawasan yang mempunyai perkhidmatan LTE pula, Korea Selatan di tangga teratas dengan 97%. Di Malaysia Celcom mempunyai keluasan kawasan terbesar dengan 67%. Di bawah ialah beberapa lagi carta yang menunjukkan kelajuan purata perkhidmatan LTE di dunia. Tinggal empat tahun lagi sebelum 2020 dan kita masih jauh di belakang majoriti negara maju dari segi kelajuan internet.

Sumber: Opensignal



Senarai 10 Pemain DOTA Terkaya Di Malaysia

Pernah suatu ketika sebuah akhbar tabloid no. 1 di Malaysia mengeluarkan artikel bahaya remaja menghabiskan masa di kafe siber. Aktiviti bermain permainan komputer dikatakan sia-sia tanpa sebarang manfaat kepada mereka yang memainkannya. Itu kisah dahulu tetapi kini permainan komputer seperti DOTA dan FIFA boleh dijadikan sumber pendapatan lumayan sekiranya anda cukup mahir. Di Malaysia kita ada beberapa pemain komputer profesional yang mengharumkan nama negara di peringkat dunia.


ChuaN dan Mushi adalah dua individu yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat e-sukan DOTA. Senarai 10 pemain DOTA terkaya dari Malaysia telah diumumkan dan ChuaN megah di tangga teratas dengan pendapatan mencecah RM 2.29 Juta ringgit tahun lalu. Ini diikuti oleh Mushi dengan RM 1.61 Juta. Pendapatan mereka mungkin kelihatan amat lumayan tetapi masih di belakang  Peter “ppd” Dager yang mencatatkan pendapatan mencecah RM 8.6 Juta tahun lalu.

Senarai 10 Pemain DOTA Terkaya Di Malaysia:

  1. Wong “ChuaN” Hock Chuan –  $551,353 (~RM 2.29 Juta)
  2. Chai “Mushi” Yee Fung – $389,131(~RM 1.61 Juta)
  3. Chong “Ohaiyo” Xin Khoo – $143,675 (~RM 596 Ribu)
  4. Lee “KyXy” Kong Yang – $119,171 (~RM 494 Ribu)
  5. Lim “Net” Wai Pern –  $100,722 (~RM 418 Ribu)
  6. Joel Chan “Xtinct” Zhan Leong – $90,362 (~RM 375 Ribu)
  7. Johnny “JoHnNy” Lee – $38,163 (~RM 158 Ribu)
  8. Fadil “Kecik Imba” Bin Mohd Raziff – $37,948 (~RM 157 Ribu)
  9. Ng “YamateH” Wei Poong – $36,427 (~RM 151 Ribu)
  10. Chua “Ice” Chee Cai – $18,088 (~RM 75 Ribu)



Microsoft Menunjukkan Masa Depan Menonton Acara Sukan Menggunakan Hololens

Hololens ialah cermin mata maya dengan kemampuan paling menarik. Ia mampu menggabungkan dunia sebenar dengan dunia maya. Beberapa konsep kegunaan sebelum ini menunjukkan bagaimana ia boleh digunakan untuk memasang kenderaan dan ketika memandu oleh Volvo. Dalam kegunaan dunia sebenar ia digunakan untuk bermain permainan komputer. Sempena Superbowl ke-50 yang akan berlangsung hujung minggu ini, Microsoft menunjukkan masa depan menonton acara suka di rumah menerusi Hololens.


Pandangan penonton tidak lagi terhad kepada apa yang dipaparkan pada skrin televisyen. Pengguna Hololens boleh melihat sekeliling stadium dengan pandangan 360 darjah. Ulang tayang aksi di atas padang boleh ditonton pada permukaan meja yang menjadi skrin kedua. Setiap aksi boleh diputar semula dan ditonton dari pandangan yang dipilih oleh pengguna. Statistik permainan juga boleh dipaparkan setiap masa dan terapung di udara seperti hologram. Model tiga dimensi setiap atlet turut boleh dipaparkan dan kelihatan seperti wujud di depan mata. Sebuah konsep yang menarik kerana menjadikan menonton acara sebuah acara yang lebih aktif.



Snapdragon 820 Kini Pemproses Paling Berkuasa Menggantikan Apple A9


Pemproses paling berkuasa tahun 2015 ialah Apple A9 yang memperkasakan peranti keluarga iPhone 6S. Pemproses empat teras ini dengan mudah mengalahkan pesaing terdekatnya Kirin 950. Kita baru sahaja memasuki bulan Februari dan akhirnya wujud pemproses yang berjaya mengalahkan Apple A9. Pemproses Snapdragon 820 yang digunakan pada sebuah Samsung Galaxy S7 mencatatkan 125 288 markah menggunakan penanda aras Antutu.


Markah rasmi ini dimuat turun sendiri di laman Weibo Antutu. Sebagai perbandingan Apple A9 mencatatkan 123567 markah, Kirin 950 mencatatkan 92726 markah dan Snapdragon 810 hanya mencatatkan 81049 markah. Kedudukan Snapdragon 820 ini mungkin hanya akan bertahan untuk jangka masa yang pendek kerana Exynos 8890 yang turut digunakan pada Galaxy S7 dijangkakan lebih berkuasa. Sama-samalah kita nantikan keputusan rasmi.

Sumber: Weibo Antutu



Bill Gates – Harta Mencecah RM 380 Billion

William Henry Gates III atau lebih dikenali sebagai Bill Gates mengekalkan kedudukan sebagai manusia terkaya di dunia. Senarai terbaru yang dihasilkan oleh Wealth-X menunjukkan beliau mempunyai harta berjumlah $ 84.7 Billion (~RM 381 Billion) sehingga penghujung 2015. Ini adalah peningkatan dari $79.2 Billion tahun lalu. Di tempat kedua ialah Amancio Ortega, hartawan Sepanyol yang merupakan pengasas rangkaian kedai baju berjenama Zara yang hanya mempunyai harta berjumlah $66.8 Billion.


Senarai 10 individu terkaya 2016 adalah seperti di bawah dan seperti yang anda boleh lihat ia dipenuhi dengan indvidu-individu yang terlibat di dalam bidang teknologi seperti Jeff Bezos (Amazon), Larry Ellison (Oracle) dan Mark Zuckerberg (Facebook). Kekayaan mereka ini boleh dijadikan inspirasi untuk mengejar kejayaan di dunia menggunakan titik peluh serta kepintaran diri kita sendiri tanpa mengharap sebarang derma. Janganlah berputus asa kerana sekiranya gagal mencapai kemewahan duniawi, kita masih boleh mengejar kemewahan akhirat. Insya Allah.

Senarai 10 Manusia Terkaya Di Dunia

  1. Bill Gates $87.4 Billion - Microsoft
  2. Amancio Ortega $66.8 Billion - ZARA
  3. Warren Buffett $60.7 Billion
  4. Jeff Bezos $56.6 Billion - Amazon
  5. David Koch $47.4 Billion
  6. Charles Koch $46.8 Billion
  7. Larry Ellison $45.3 Billion - Oracle
  8. Mark Zuckerberg $42.8 Billion - Facebook
  9. Michael Bloomberg $42.1 Billion - Bloomberg
  10. Ingvar Kamprad $39.3 Billion - IKEA
Sumber: Bussiness Insider