Filled Under:

Microsoft Menunjukkan Masa Depan Menonton Acara Sukan Menggunakan Hololens

Hololens ialah cermin mata maya dengan kemampuan paling menarik. Ia mampu menggabungkan dunia sebenar dengan dunia maya. Beberapa konsep kegunaan sebelum ini menunjukkan bagaimana ia boleh digunakan untuk memasang kenderaan dan ketika memandu oleh Volvo. Dalam kegunaan dunia sebenar ia digunakan untuk bermain permainan komputer. Sempena Superbowl ke-50 yang akan berlangsung hujung minggu ini, Microsoft menunjukkan masa depan menonton acara suka di rumah menerusi Hololens.


Pandangan penonton tidak lagi terhad kepada apa yang dipaparkan pada skrin televisyen. Pengguna Hololens boleh melihat sekeliling stadium dengan pandangan 360 darjah. Ulang tayang aksi di atas padang boleh ditonton pada permukaan meja yang menjadi skrin kedua. Setiap aksi boleh diputar semula dan ditonton dari pandangan yang dipilih oleh pengguna. Statistik permainan juga boleh dipaparkan setiap masa dan terapung di udara seperti hologram. Model tiga dimensi setiap atlet turut boleh dipaparkan dan kelihatan seperti wujud di depan mata. Sebuah konsep yang menarik kerana menjadikan menonton acara sebuah acara yang lebih aktif.