miCoach Ditambah Dalam Koleksi Aplikasi Lumia

Pihak Nokia menambah beberapa aplikasi esklusif bagi pengguna peranti Lumia termasuk Adidas miCoach. Aplikasi yang mana khasnya digunakan semasa bersukan. miCoach memfokuskan kepada kecergasan dan kesihatan. Namun begitu, hanya Windows Phone 8 saja yang mampu menyokong kepenggunaan aplikasi ini.

Aplikasi miCoach ini berfungsi sebagai pelatih maya, memberikan beberapa arahan, sekaligus memudahkan proses latihan kecergasan oleh para pengguna. Pengguna juga boleh melihat keputusan akhir selepas selesai sesuatu latihan kecergasan, dan seperti biasa boleh berkongsi dengan rakan-rakan lain melalui sokongan sosial terbina.

Aplikasi ini juga turut sama membawakan beberapa integrasi lain, termasuk sokongan Nokia Music dan juga HERE Maps bersama-sama dengannya.

Bagi pengguna peranti Nokia yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Windows Phone Store hari ini.

Muat turun aplikasi ini di Windows store.

Sumber: Amanz



Need for Speed: Filem Berasaskan Permainan Video Terkemuka

Hari ini, video trailer pertama untuk filem Need for Speed telah pun diterbitkan. Filem yang berasaskan permainan video ini membawakan kisah seorang pelumba jalanan yang baru saja keluar daripada penjara. Watak yang dimainkan oleh Aaron Paul ini ingin membalas dendam kepada mereka yang membuat dia masuk ke penjara sebelum ni.


Video trailer ini juga turut memperlihatkan aksi kejar-mengejar antara polis dan pelumba, yang mana merupakan salah satu perkara diminati dalam siri permainan Need for Speed. Selain itu, selepas Aaron keluar, pelbagai pelumbaan telah dia lalui.

Filem Need for Speed ini bakal ditayangkan pada bulan Mac 2014 kelak.



FIFA 14; Kini Hadir Untuk Peranti Android dan iOS

Pihak EA hari ini telah pun memperkenalkan permainan simulasi bola sepak mereka yang terbaru, iaitu FIFA 14 untuk para pengguna seluruh dunia yang menggunakan peranti Android dan juga iOS.

Permainan yang memfokuskan kepada pengguna peranti mudah-alih ini membawakan sokongan grafik yang baik, disamping dilengkapi lebih 33 liga, serta ditawarkan secara percuma untuk para pengguna.

Untuk versi Android, ia dilihat memerlukan ruangan sehingga 1.35GB untuk memasangnya, sementara versi iOS pula memerlukan ruangan sebesar 1.17GB.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun FIFA 14 untuk Android dan juga iOS hari ini.

Muat turun permainan FIFA 14:
FIFA 14 iOS
FIFA 14 Android

Sumber: Amanz



Apple Melancarkan iPhone 5S Disaluti Emas 24K dan Platinum

Gold Genie merupakan syarikat yang terkenal dalam penawaran model telefon pintar dan gadget popular yang disaluti emas tulen. Baru-baru ini, pihak Gold Genie telah melancarkan model HTC One 24K, kini syarikat ini telah memperkenalkan model iPhone 5S yang disaluti emas 24K dan dijangka akan mula dijual dalam tempoh tidak lama lagi.

Peranti Apple, iPhone 5S tawaran Gold Genie memberi tiga pilihan iaitu emas, platinum dan ros emas. Versi iPhone 5S berstoran 16GB yang disaluti emas dijual pada harga sekitar RM9,064. Manakala versi platinum ditawarkan pada harga RM9,445. Selain itu,  iPhone 5S berwarna ros emas dijual pada harga RM9,318. Setiap pembelian model ini akan didatangkan dengan bekas `mewah` yang diperbuat khas menggunakan kayu poko `Cherry Oak`.

Syarikat tersebut menawarkan iPhone 5S 24-Karat dalam pelbagai jenis warna iaitu hitam atau putih pada bahagian atas dengan emas menyaluti bahagian tepi serta belakang. Atau hitam pada bahagian atas dan kerangka platinum di bahagian tepi dan belakang untuk versi Platinum.



Alienware Aurora Kini Dipasaran Malaysia

`Hardcore Gamer` tentu tidak asing lagi dengan jenama komputer riba terkemuka, Alienware. Selepas keluaran pelbagai mereka yang sememangnya memfokuskan kepada permainan video. Kini, Dell Malaysia turut sama memperkenalkan komputer riba yang juga memfokuskan kepada pengemar permainan video. Kali ini, ia dikenali sebagai Alienware Aurora.

Peranti ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i7 generasi terkini. Tak lupa juga sokongan kelajuan overclock sehingga 4.3GHz melalui teknologi Turbo Boost dan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce 700 series atau AMD 8900 series.

Desktop terbaru ini juga turut ditawarkan dengan chasis tambahan secara berasingan, iaitu chasis ALX. Melaluinya ia dioptimasikan untuk tujuan pengurusan thermal, sesuai untuk mereka yang sering membuat overclock dan sebagainya.

Di Malaysia, pengguna yang berminat boleh membuat tempahan terus melalui laman rasmi Dell, dimana versi asas hadir dengan Intel Core i7-4820K, NVIDIA GeForce GTX760 1.5GB DDR5, dan juga ruangan storan sehingga 2TB pada harga RM5799.

Sumber: Amanz



Oppo N1 Diperkenalkan Kepada Umum Secara Rasmi

Hari ini, pihak Oppo secara rasminya memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka. Dengan kelebihan yang unik, dimana hanya mereka saja setakat ini yang mengeluarkannya. Iaitu kamera 13 piksel yang boleh dipusing sehingga 206 darjah.

Kamera yang disokong lensa-N membolehkan pengguna merakam visual gambar atau video dengan lebih jelas. Tak kira kamera depan (kurang jelas bagi peranti lain) atau pun belakang. Selain itu, ia turut menyertakan sokongan dwi-LED bersama peranti tersebut.

Menurut Oppo, daripada ujian yang dilakukan mereka, N1 melepasi ujian pemusingan sebanyak 100,000, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan peranti berkenaan sehingga 7 tahun sekiranya memusingkan ia secara purata 40 kali sehari.

Dari segi sistem operasi pula, ia dilengkapi ColorOS, dan pada masa yang sama, pihak CyanogenMod turut menyatakan sokongan rasmi untuknya.

Telefon pintar ini dijangka akan dijual bermula Oktober kelak, dan masih tiada tarikh rasmi untuk pasaran Malaysia buat masa ini.

Sumber: Oppo N1



Team Titan – Nama Pasukan Baru Bekas Pemain “Orange ESports Dota 2.0″

Pada awal pagi tadi, kita dimaklumkan sendiri oleh pihak Orange sendiri yang mana pasukan DoTA mereka telah pun meninggalkan pasukan tersebut, dan menyertai sebuah pasukan baru. Kini, nama pasukan terbaru mereka sudah pun diketahui iaitu Team Titan.

Bersama-sama dengan pengumuman nama baru ini, mereka juga turut berkongsi mengatakan yang mana ahli kelima mereka adalah Ice, yang mana sebelum ini bermain pada pasukan Team Zenith.

Pada masa yang sama, kini mereka akan berpusat di Johor Bahru, dan terus menambah baik skil permainan mereka dari hari ke hari.

Team Titan ini dijangka akan memulakan perlawanan mereka dibawah nama baru pada perlawanan GEST The Challenge yang dijadualkan pada petang esok.

Sumber: Amanz



Tablet PC Pertama Nokia Bakal Dilancarkan Bersama Lumia 1520

Tak mudah putus asa. Itu kata puitis untuk menunjukkan sikap sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka, Nokia walaupun kini sudah dibeli oleh Microsoft. Buat masa ini, kod nama untuk Tablet PC Nokia ialah `Sirius`. Selain itu, Sirius juga diramal bakal diperkenalkan kepada umum bersama-sama telefon pintar Nokia Lumia 1520 yang mana ianya adalah sebuah phablet.

Peranti yang dilengkapi dengan skrin 10-inci serta menggunakan Windows RT ini juga dipacu oleh cip pemprosesan Qualcomm 8974 Quad-core. Perhebatkan lagi dengan kamera 6.7 mega piksel dari lensa berkualiti tinggi keluaran Carl Zeiss.

Tablet PC `Sirius` dikatakan bakal diperkenalkan oleh Nokia pada satu ketika dalam suku keempat tahun 2013 antara bulan Oktober hingga bulan Disember. Penganalisa pemasaran menganggap Tablet Nokia ini bakal menghadapi kesukaran dalam kategori 'laris dijual' kerana terpaksa berdepan dengan populariti peranti lain seperti iPad, Nexus 7, Asus MeMo Pad dan Iconia B1.



HTC One Telefon Pintar Pertama Bakal Menerima Kemaskini Android KitKat 4.3

HTC dikatakan bakal menjadi syarikat pengeluar telefon pintar pertama yang akan menggunakan Android 4.3 KitKat. Peranti yang akan dikeluarkan dengan sistem operasi tersebut ialah HTC One. Perkara ini diberitahu oleh sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Kanada, TELUS.

HTC diwar-warkan sedang menguji keserasian sistem operasi Android 4.3 dengan komponen dalaman HTC One bermula dari pertengahan bulan September 2013 iaitu beberapa hari selepas sistem pengoperasian baru itu diperkenalkan kepada umum secara rasmi.

Apabila ujian keserasian tersebut sudah disempurnakan, HTC akan mengeluarkan `KitKat` sekitar awal bulan Oktober 2013 kepada pemilik HTC One dipasaran Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu.

Selepas itu, barulah HTC mengeluarkan Android 4.3 kepada pemilik-pemilik HTC One diperingkat antarabangsa termasuklah di Malaysia mulai pertengahan Oktober 2013. Pelepasan Android 4.3 KitKat untuk HTC One sebagai `kemaskini sistem` turut membawa masuk HTC Sense 5.5 bersama dengannya.

HTC One Nexus atau dipanggil sebagai HTC One edisi Google Play bakal menerima Android 4.3 secara serta merta bersama dengan Nexus 4 dan Samsung Galaxy Nexus saat Android 4.3 dikeluarkan oleh Google untuk telefon pintar Nexus kelak.

Telefon pintar versi terdahulu seperti HTC One X, HTC One V dan HTC One S tidak dijadualkan untuk menerima kemaskini naik taraf ke Android 4.3 buat masa ini. Ketiga-tiga telefon pintar itu diramal menerima Android 4.3 sekitar penghujung tahun 2013. Paling lewat pun diramal dalam suku pertama 2014.

Sumber: Phonearena



Tiada Lagi Pasukan DoTA Dibawah Orange – Pencarian Ahli Baru Bermula

Dalam sebuah pengumuman yang mengejutkan melalui laman Facebook mereka, ia dikatakan selain Mushi yang akan ke DK, empat lagi ahli kumpulan mereka yang lain akan beralih ke pasukan baru dibawah penaja baru. Pihak Orange sekadar menamakan mereka sebagai Team T*.

Perkara ini sekaligus membuatkan kini pasukan Orange tidak lagi mempunyai pasukan DoTa buat masa ini, dan mereka memulakan pencarian pasukan Orange Esports Dota 3.0 tidak lama lagi.

Menurut pihak Orange, dibawah penaja baru, ahli pasukan mereka dijanjikan pembayaran dua kali ganda berbanding Orange. Sebelum ini, pasukan Orange Esports Dota 2.0 menjadi perbualan ramai apabila telah menamatkan perlawanan TI3 dalam posisi ke tiga.

Buat masa ini, dua lagi pasukan lain dibawah Orange adalah pasukan Counter Strike Global Offensive dan juga Heroes of Newerth.


Sumber: FB Orange / Amanz



Pelepasan Aplikasi BBM Ditangguhkan Untuk Pihak Android Serta iOS

Semasa berjuta pengguna sedang `kepanasan` menunggu aplikasi BlackBerry Messenger (BBM), pihak BlackBerry telah melakukan tindakan mengejut dengan menangguhkan pelepasan aplikasi BBM kepada umum untuk peranti Android serta menarik kembali aplikasi BBM untuk iPhone.

Menurut info daripada pihak rasmi, BlackBerry, aplikasi BBM untuk Android telah tertiris sebelum pelancaran rasmi dan memperlihatkan lebih 1.1 juta pengguna aktid dalam tempoh masa 8 jam pertama. Namun, versi `leak` atau tidak rasmi ini dilihat membawakan beberapa masalah kepada mereka.

Perkara ini membuatkan pihak BlackBerry kini mematikan akses untuk versi Android tersebut.

Sementara untuk iPhone pula, pihak BlackBerry telah menarik kembali daripada AppStore, manakala pengguna yang telah memuat-turunnya boleh menggunakan ia seperti biasa.



Video: `Drop Test` iPhone 5S dan iPhone 5C

iPhone 5S dan iPhone 5C baru sahaja laris dijual. Kebiasaannya, memang akan ada mereka-mereka yang menguji ketahanan peranti tersebut sebagai contoh peranti Samsung, HTC dan sebagainya.

Drop test iPhone 5 tahun lepas menunjukkan ketahanan yang hebat kerana ianya tidak rosak apabila dijatuhkan berkali-kali, diletakkan di dalam ais dan dicelup di dalam air.

Hari ini, pihak Android Authority melakukan drop test untuk kedua-dua model baru iPhone 5S dan 5C. Adakah iPhone 5S tahan lasak seperti iPhone 5 sebelum ini dan mampukah plastik polikarbonat iPhone 5C bertahan apabila dijatuhkan berkali-kali?

Lihat video drop test tersebut di bawah.


Sumber: Android Authority



Jualan GTA V Mencecah $800 Juta Sehari

Jualan hari pertama permainan terbaru dalam siri Grand Theft Auto, GTA V, berjaya mencecah $800 juta dalam hari pertama, menjadikannya berkemungkinan menjadi permainan video terlaris jualannya dalam sejarah, kata Take-Two Interactive Software, pengedar permainan video tersebut.

Sebelum ini, permainan video paling laris dan paling cepat dijual mencecah angka $1 Billion dalam masa 15 hari, iaitu Call of Duty: Black Ops 2 keluaran Activision. GTA V kini berupaya mengalahkan rekod tersebut, dan merupakan game paling mahal pembikinan-nya dengan harga $265 juta.

Take-Two yang memiliki Rockstar dan 2K Games, mengesahkan ini hasil jualan terlaris untuk satu hari bagi syarikatnya.

Ada tiga versi GTA V yang dijual, versi `standard` pada harga $59.99, `special edition` pada $79.99 dan `collectors edition` pada harga $149.99 yang eksklusif dijual di Gamestop. Take-Two tidak mengeluarkan jumlah salinan game yang dijual, tapi mengikut kalkulator, jumlah hampir 10 juta, atau 13 juta sekiranya semua orang membeli versi standard sahaja.

Grand Theft Auto V kini boleh didapati di pasaran untuk Playstation 3 dan Xbox 360.

Sumber: IGN



Tampilan Aplikasi Facebook Dengan Wajah Baru iOS 7

Facebook mengumumkan melalui blog mereka hari ini bahawa mereka telahpun melepaskan kemaskini aplikasi popular tersebut dengan wajah baru yang sesuai untuk peranti yang menjalankan iOS 7.

Selain daripada warna yang lebih tampak elegent dan bahagian atas yang translucent, aplikasi Facebook juga menyokong fungsi ‘swipe’ untuk kembali ke News Feed.

Beberapa perubahan besar juga dapat dilihat di dalam kemaskini terbaru ini. Untuk iPhone contohnya, Facebook meletakkan bar navigasi pilihan pada bahagian bawahnya. Facebook telahpun menguji perubahan tersebut selama beberapa bulan dan akhirnya disertakan bersama. Bar pada bahagian bawah tersebut memudahkan pengguna untuk mengakses News Feed, Friend Request, Messages dan Notifications.

Aplikasi Facebook terbaru ini telahpun dilepaskan ke dalam App Store dan boleh dimuat turun secara percuma. Video pendek menunjukkan perubahan aplikasi Facebook untuk iOS 7 di bawah.



BBM Hadir Untuk Pengguna Android dan iOS

Salah satu aplikasi yang ditunggu pengguna peranti Android dan iOS ialah BlackBerry Messenger (BBM). Semalam pihak BlackBerry memberitahu bahawa BlackBerry Messenger akan hadir bagi pengguna peranti Android serta iOS. Pihak BlackBerry menawarkan aplikasi ini bermula hujung minggu ini (Ahad)

Mengikut jadual pihak BlackBerry, versi Android akan dilepaskan pada 21 September ini manakala versi iPhone pula akan dilepaskan pada 22 September.

Aplikasi berbual ini akan menyokong chat untuk versi Android dan iPhone. Kebolehan lain seperti perkongsian media, fail, membuat group chat sehingga 30 orang dan akan disediakan PIN unik untuk setiap pengguna.

BBM untuk Android akan menyokong Android 4.0 dan terkini, sementara untuk iPhone pula, ia akan menyokong iOS 6 dan terkini.

Pihak BlackBerry juga turut mengatakan yang mana fungsi BBM Video dan juga BBM Voice akan hadir untuk pengguna Android dan iOS selepas ini.



Samsung Galaxy Note III Selamat Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia

20 September 2013, secara rasminya Samsung telah melepaskan Samsung Galaxy Note III, sebuah phablet baru daripada Samsung.

Peranti Samsung yang baru ini membawa beberapa fungsi baru, terutamanya memfokuskan kepada sokongan penggunaan S-Pen. Selain itu, skrin bersaiz 5.7-inci Super AMOLED HD, dilengkapi Android 4.3 Jelly Bean, cip pemprosesan Quad Core 2.3GHz, dan dilengkapi kamera 13 piksel. Fungsi baru lain termasuk ScrapBook dan MyMagazine.

Bersama-sama dengan pengenalan peranti baru ini, pihak Samsung turut memberi `ganjaran` lebih. Antaranya:-
  • Samsung Customer Care
  • TM WiFi
  •  DropBox
  • Samsung Galaxy Music
  • MPH Online
  • The Star
  • Viki
  • NewsLoop
  • Evernote
  • Office Suite Pro dan banyak lagi! 
Harga untuk sebuah Galaxy Note III ialah RM2399 serta ditawarkan dengan sokongan rangkaian LTE. Tiada perancangan untuk peranti versi 3G untuk pasaran Malaysia buat masa ini. Pengguna tempatan boleh mendapatkan Galaxy Note 3 bermula 25 September di Malaysia.



Sony Memperkenalkan Alat Penstrimen Menyokong `Voice Command`

Sony memperkenalkan BRAVIA Smart Stick (NSZ-GU1) yang mampu melakukan penstriman pelbagai kandungan media dari internet ke televisyen pintar (SmartTV). Fungsi BRAVIA Smart Stick benar-benar menyerupai Google Chromecast termasuk Google TV cuma agak berlainan sedikit. Sayangnya gajet penstriman media ini dicipta untuk televisyen BRAVIA sahaja.

Buat masa ini BRAVIA Smart Stick hanya dapat digunakan untuk televisyen pintar BRAVIA model 2013 iaitu BRAVIA R, BRAVIA S, BRAVIA W dan BRAVIA X.

BRAVIA Smart Stick hanya menyokong sambungan ke palam HDMI saiz penuh yakni palam MHL yang terdapat pada televisyen BRAVIA. BRAVIA Smart Stick turut menyokong kandungan digital yang dimuat turun dari Google Play sepertimana dilakukan oleh Google TV.

BRAVIA Smart Stick membolehkan televisyen berdefinasi tinggi digunakan untuk melayari internet, untuk berkomunikasi di laman sosial (menggunakan Twitter, Facebook), melihat gambar-gambar pada skrin televisyen (dari Picasa Web, Yahoo Flickr), untuk mendengar muzik juga untuk menonton YouTube.

BRAVIA Smart Stick bertindak sebagai konsol digital lalu menyalurkan kandungan yang diterimanya itu ke skrin televisyen. BRAVIA Smart Stick didatangkan dengan alat kawalan jauh miliknya sendiri seperti dalam gambar di bawah.

/iAwani-sony-bravia-smart-stick-vs-google-chromecast-002-malaysia
Alat kawalan jauh BRAVIA Smart Stick itu memiliki skrin sesentuh bersaiz kecil seperti gambar di bawah bahkan menyokong fungsi arahan suara (voice command). Jika malas tekan butang, gunakan arahan suara sahaja.

Jika di luar negara BRAVIA Smart Stick boleh digunakan untuk menikmati filem-filem secara penstriman atas talian (online streaming) dari Netflix, Amazon Video, Vudu, Video Unlimited.

BRAVIA Smart Stick juga boleh digunakan untuk mendengar muzik terus dari Google Play Music bahkan turut boleh digunakan untuk menonton filem-filem secara online streaming dari Google Movies.

Sayangnya Google Play Music dan Google Play Movies tidak dibuka untuk pengguna Google Play di Malaysia. Bagi kita di sini, kita hanya boleh membuka Gooole Play Store serta menonton YouTube sahaja, tapi itu tidak menghalang kita dari menonton filem-filem hebat secara online streaming walaupun agak terhad.

Sony belum lagi mengumumkan harga rasmi BRAVIA Smart Stick. Walau begitu Sony telah mengeluarkan sebuah user manual yang boleh dibaca secara online di laman web mereka. Dari laman itu bolehlah difahami serba sedikit bagaimana menggunakan BRAVIA Smart Stick juga bagaimana gajet penstriman media ini berfungsi.

Sumber: Engadget



Sedia Pembantu Seperti Siri dan Google Now, Dalam Pembangunan Microsoft

Selain mengambil-alih bahagian produk Nokia, Microsoft dilihat ingin menambah pelbagai fungsi menarik pada Windows Phone, dan salah satunya adalah sokongan bantuan peribadi seumpama Google Now dan juga Siri.

Ia dikatakan fungsi ini dikenali dengan nama kod “Cortana” buat masa ini, dimana berkemungkinan diambil bersempena dengan salah satu watak AI pada permainan popular Halo.

Mengikut apa yang dilaporkan ZDNet, Cortana ini kelak akan bukan sahaja menawarkan bantuan dari segi arahan suara, tetapi turut sama akan mempelajari cara penggunaan pengguna, dan menyesuaikan peranti mengikut penggunaan.

Ia tidak diketahui bilakah sokongan “Cortana” ini akan hadir. Mungkinkah kita akan melihatnya pada Windows Phone 8.1 kelak?

SumberZDNet



Info Lebih Daripada Pihak Apple Tentang Touch ID

Untuk menggunakan Touch ID, anda perlu menetapkan passcode bersama-samanya. Passcode ini hanya akan diminta jika berlaku sesuatu, seperti pengimbas tersebut tidak dapat mengesan cap jari anda. iOS juga akan meminta passcode tersebut di dalam beberapa keadaan kecemasan lain.
Hanya passcode sahaja yang boleh digunakan untuk unlock iPhone anda selepas reboot. Selain itu, anda juga wajib meletakkan passcode jika iPhone anda tidak digunakan selepas 48 jam. Fungsi ini adalah untuk menghalang penggodam (hackers) yang cuba mengakses iPhone anda dengan cubaan mencuri data cap jari.
Dengan membuang data cap jari anda setiap 48 jam jika tidak digunakan, Apple berkata penggodam tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk ‘decrypt’ data cap jari tersebut dan membuatkan iPhone anda lebih selamat. Masa 48 jam tersebut adalah cukup lama dan ianya tidak akan menyusahkan pengguna.

Apple berkata berdasarkan kajian mereka, pengesan cap jari tersebut lebih selamat dan baik berbanding pengesan cap jari yang terdapat pada laptop ketika ini tetapi tetap mempunyai risiko untuk gagal. Cecair pada jari anda seperti peluh dan lebihan losyen akan membuatkan pengesan tersebut sukar untuk berfungsi.

Oleh sebab itu, Apple membenarkan Touch ID menyimpan sehingga 5 profil jari pada satu-satu masa. Fungsi ini bagi memudahkan pengguna menggunakan jari yang lain jika berlaku sebarang masalah.

Apple juga mengesahkan tiada sesiapa yang dapat mengakses data cap jari tersebut, termasuk pembangun pihak ketiga. Ianya disimpan dengan selamat di dalam cip A7. Buat masa ini, Touch ID hanya boleh digunakan untuk unlock iPhone anda dan membuat pembelian di iTunes/App Store.

Sumber: OG!



Twitter Menguji Antaramuka Baru Versi Beta

Twitter sebelum ini telah memperkenalkan kumpulan pengguna beta untuk aplikasi Android mereka, dan hari ini, mereka memperkenalkan versi 5.0 pada saluran beta yang menyertakan antaramuka baru untuk aplikasi berkenaan.

Melalui antaramuka baru ini, ia tampak lebih minimalis, disamping menawarkan pelbagai pilihan menu tambahan bersama-sama dengannya. Menu akses pada bahagian kiri juga hadir, selari dengan kebanyakkan aplikasi Android akhir-akhir ini.

Selain itu, salah satu perkara yang digemari kami adalah sokongan melihat fail media terus pada Timeline tanpa perlu membuka pautan secara manual seperti sebelumnya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi versi 5.0 ini akan diperkenalkan kepada saluran umum.

Sumber: Amanz



Virgin Mobile: Telco Baru Hadir Melalui Syarikat FRiENDi

Dunia telekomunikasi di Malaysia terus mengorak langkah ke hadapan apabila kita dilaporkan pihak Virgin Mobile akan memasuki pasaran Malaysia melalui sebuah perkhidmatan prabayar yang dinamakan sebagai FRiENDi.

FRiENDi merupakan sebuah syarikat kerjasama antara Virgin Mobile Middle East & Africa dengan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

Telco baru ini dikatakan akan mengenakan caj mengikut per saat, dan bukannya mengikut blok seperti mana syarikat-syarikat telco besar di Malaysia.

Setakat ini, FRiENDi masih pada tahap pendaftaran. Pelan dan pakej yang akan ditawarkan oleh mereka masih belum diketahui sepenuhnya. Namun, daripada apa yang dikongsikan pihak FRiENDi dikatakan akan menawarkan pek permulaan pada harga terendah RM5. Ia termasuk juga dengan kredit RM5.

Bagi pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan perkhidmatan telco baru ini, anda boleh ke laman rasmi mereka.



Acer Chromebook Terbaru dengan Cip Prosessor Haswell

Seiring dengan pembaharuan teknologi, kini Acer juga telah mengeluarkan Acer Chromebook terbaru dengan cip pemprosessan generasi ke-4 Intel Haswell.

Acer Chromebook terbaru ini hadir dengan skrin layar berukuran 11.6 inci yang mempunyai resolusi 1366x768 piksel. Dengan menggunakan prosesor Intel Haswell, ia memberi kuasa bateri yang baik di mana mampu menahan selama 8 jam lebih. Namun begitu, produk keluaran Acer kali ini tidak hadir dengan bateri mudah alih tetapi sebaliknya. Chromebook juga dilengkapi dengan port HDMI, dua port USB serta slot mikro SD. 

Dari segi ukuran, Chromebook terbaru ini hadir dengan ketebalan 19 milimeter dan seberat 1.25 kilogram. Harga bagi satu perangkat lunak ini masih belum diberitahu. Namun, pihak Google akan menyediakan layanan 100GB di Google Drive selama 2 tahun pembelian Chromebook ini.



100,000 Unit Moto X Dikeluarkan Dalam Seminggu

Motorola bakal mengeluarkan 100,000 unit Moto X dalam seminggu. Hal ini didedahkan sendiri oleh CEO Motorola, Dennis Woodside dalam satu temuramah bersama wartawan Reuters.

Wakilnya itu memberitahu, Motorola Moto X dibuat sepenuhnya di kilang milik Flextronics di Forth Worth, Texas. Syarikat itu membina Moto X untuk pihak Motorola sama seperti kilang besar, Foxconn di China yang membuat iPhone untuk pihak Apple Inc. bezanya, Moto X adalah buatan America sepenuhnya. Kilang Flextronics ini pada dulunya kilang pembuatan Nokia.


Moto X merupakan telefon pintar terbaru Motorola yang dibina hasil kerjasama Google.
Moto X diperkenalkan pada Ogos 2013 lalu dijual di pasaran Amerika sahaja buat masa ini melalui pakej komunikasi secara ikatan kontrak dari syarikat-syarikat komunikasi ternama di sana antaranya AT&T, Rogers, Sprint, Verizon. Masih belum ada berita bilakah Moto X bakal dikeluarkan ke pasaran antarabangsa termasuklah ke Malaysia.

Keupayaan kilang tersebut mengeluarkan Moto X dalam jumlah yang sebegitu banyak dalam seminggu menjadi bukti bahawa Moto X sememangnya mendapat permintaan hangat di kalangan pengguna telefon pintar Amerika. Dalam sebulan, Motorola sudah dapat mengeluarkan 400,000 unit Moto X.



Bay Trail: Cip Pemprosesan Generasi Baru Berkuasa Rendah

Cip pemprosesan berkuasa rendah generasi baru yang diwar-warkan sebelum ini telah dilancarkan secara rasminya. Cip pemprosesan tersebut juga dikenali sebagai "Bay Trail". Ia disertakan kuasa pemprosesan berganda serta sokongan grafik tinggi yang mana lebih baik jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Salah satu daripada siri berkenaan adalah Intel Atom Z3000 yang mana memfokuskan kepada tablet dan beberapa peranti mudah alih yang lain.

Intel Atom Z3000 ini membawakan kuasa pemprosesan dua kali ganda berbanding generasi sebelumnya, disamping menawarkan sokongan grafik tiga kali ganda berbanding Intel Atom sebelum ini.

Dari segi masa bertahan bateri pula, cip yang menggunakan kuasa tenaga rendah ini menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 10 jam secara aktif, ataupun masa bertahan sehingga tiga minggu.

Beberapa ciri-ciri dan sokongan lain, termasuk sokongan sekuriti melalui McAfee, fungsi Intel Identity Protection Technology, Data Protection Technology, dan sokongan bersama-sama pembangun aplikasi lain turut disertakan melalui platform baru mereka ini.

Cip Intel Atom Z3000 juga turut dioptimasikan untuk Android dan juga Windows.

Intel dijangka akan memperkenalkan sokongan 64-bit untuk tablet menjelang awal 2014 kelak, sekaligus memberikan lebih sokongan melaluinya.

Bersama-sama Intel Atom Z3000, pihak Intel juga turut sama memperkenalkan kemaskini untuk siri keluarga Intel Pentium dan juga Celeron.



Nismo: Jam Tangan Pintar dari Nissan

Selain daripada syarikat Sony dan Samsung, sebuah lagi syarikat telah memperkenalkan jam tangan pintar. Ia bukanlah dari sebuah syarikat telefon pintar seperti syarikat-syarikat besar di atas, namun ia dihasilkan oleh Nissan sebuah syarikat yang sememangnya sudah terkenal dengan penghasilan kereta. Tidak seperti jam tangan pintar yang lain, Nissan Nismo direka khas buat pemandu kereta 370Z, Juke dan juga GT-R.

Ia boleh dihubungkan pada kereta Nissan berkenaan melalui sambungan Bluetooth berkuasa rendah untuk mendapatkan informasi telemetri daripada kereta termasuklah kelajuan, kadar kecekapan, dan juga penggunaan minyak. Pada masa yang sama, jam ini turut menunjukkan masa, dan memantau denyutan nadi pengguna. Menariknya baterinya mampu bertahan selama 7 hari di samping boleh dicas menggunakan wayar mikroUSB.



















Menurut Nissan lagi, mereka kini sedang mencari peluang untuk membuat penambahbaikan pada teknologi jam tangan ini termasuk elektrokardiogram, electroencephalogram dan pemeriksaan suhu kulit. Yang mana pasti menarik! Sebarang kemas kini akan kami paparkan lagi.



Apple Memperkenalkan iPhone 5S dengan Pengesan Cap Jari

OhGeekz-iPhone 5s
Apple hari ini memperkenalkan iPhone 5s dengan cip terbaru A7 64-bit, kamera 8 megapiksel serba baru dengan teknologi ‘True Tone flash’ dan pengesan cap jari ‘Touch ID’ yang inovatif untuk unlock iPhone anda dengan hanya meletakkan jari.

iPhone 5s menggunakan iOS 7 yang menyokong 64-bit dengan ratusan fungsi baru, antaranya Control Center, Notification Center, Multitasking serba baru, AirDrop, fungsi Photos yang baru, Safari yang lebih baik, penambahbaikan kepada Siri, iTunes Radio dan banyak lagi.

A7 Processor
 OhGeekz-A7
Cip A7 yang baru ini buat pertama kalinya dalam sejarah smartphone, menyokong 64-bit yang setaraf dengan desktop. Dengan GPU dan CPU dua kali lebih berkuasa berbanding cip sebelum ini, apa sahaja yang anda lakukan lebih pantas dan grafik lebih cantik, dalam masa yang sama menggunakan kuasa bateri yang sedikit.

iPhone 5s dikatakan cukup berkuasa dengan menggunakan OpenGL 3.0 yang terbaru bersama-sama dengan cip A7 64-bit, menghasilkan prestasi cukup hebat dimana sebelum ini hanya mampu dilakukan oleh Mac dan konsol permainan sahaja.

M7 Motion Co-Processor
 OhGeekz-M7
iPhone 5s mempunyai satu cip baru yang dinamakan M7, mengutip data-data daripada sensor accelerometer, gyroscope dan compass untuk meringankan beban cip A7 serta menjimatkan bateri. Para pembangun juga boleh mengakses ‘A.P.I.’ cip ini untuk mencipta aplikasi-aplikasi kesihatan dan ‘fitness’.

Camera

Kamera iPhone 5s masih mengekalkan 8 megapiksel tetapi ditambah dengan beberapa perkara baru. Aperture kini lebih besar iaitu f/2.2 dan sensor lebih baik, 1.5μ piksel untuk gambar kurang cahaya lebih baik. Penambahbaikan ini, bersama-sama dengan cip ‘image signal’ ciptaan Apple di dalam A7 membuatkan auto fokusnya dua kali lebih pantas, menangkap gambar dengan lebih cepat serta ‘automatic stabilization’ untuk gambar dan video.

Selain itu, iPhone 5s kini menggunakan dua LED flash yang berbeza, diberi nama True Tone. Menurut Apple, teknologi ini adalah yang pertama di dunia. Flash pada bahagian belakang tersebut akan mengubah kombinasi warnanya mengikut suasana dan menghasilkan gambar yang lebih natural. iPhone 5s juga mempunyai beberapa fungsi kamera seperti Burst Mode dan rakaman slow-motion HD 720p dengan 120fps.

Fingerprint Scanner
Apple memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari yang diberi nama Touch ID, dibina di dalam ‘home button’ dan menggunakan material terbaik iaitu kaca sapphire untuk mengenalpasti cap jari anda. Menetapkan cap jari anda sangat mudah dan ia boleh dikesan daripada mana-mana arah sehingga 360 darjah.

Pengimbas tersebut hanya aktif apabila jari diletakkan di atasnya untuk menjimatkan bateri. Maklumat jari anda hanya disimpan dengan selamat di dalam cip A7 dan Apple tidak mengambil data tersebut. Buat masa ini, Touch ID digunakan untuk unlock iPhone anda dan transaksi di iTunes/App Store.

OhGeekz-5S
iPhone 5s mempunyai 3 pilihan warna iaitu gold, space grey dan silver. Ianya akan mula dijual di US, Singapore dan beberapa negara lain pada 20 September ini dengan harga $199 untuk 16GB, $299 untuk 32GB dan $399 untuk 64GB. Harga tanpa kontrak adalah $649, sekitar RM 2199.



Apple Memberi 5 Pilihan Warna Kepada Pengemar iPhone 5C

Kali ini, seperti yang dijangkakan Apple turut memperkenalkan iPhone 5C yang merupakan sebuah telefon pintar bajet untuk menarik minat lebih ramai pengguna sederhana menggunakan iPhone. iPhone 5C didatangkan dengan warna putih, biru, hijau, merah dan juga kuning. Apple juga memperkenalkan cover belakang untuk iPhone 5C bagi memberikan imej yang lebih pelbagai.

iPhone 5C didatangkan dengan kamera Facetime dengan jumlah piksel yang lebih besar untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik di dalam keadaan kurang cahaya. Selain daripada itu, ia juga mempunyai audio yang hebat serta grafik yang cantik setanding konsol. Bateri juga turut dititik-beratkan dengan fungsi “Power Efficient” yang mampu menjimatkan bateri pada tempoh masa yang luar biasa.
OhGeekz-iPhone5C
Walaupun ia sebuah peranti bajet daripada Apple, namun masih dilengkapi dengan LTE, didatangkan dalam dua saiz iaitu 16GB serta 32GB dan dijual pada harga $99 dan $199 (bersama kontrak).

Johny Ive mengatakan kualiti iPhone 5C adalah sangat baik dan memberi perasaan yang premium kerana ianya menggunakan hard-coated Polycarbonate dan di dalamnya menggunakan ‘Reinforced Steel Frame’ yang menjadikan strukturnya lebih kuat dan tidak boleh melengkung.
OhGeekz-White5C
Spesifikasinya sama dengan iPhone 5, menggunakan cip A6, kamera 8 megapiksel dan skrin retina 4 inci. iPhone 5C ini berharga $549 untuk model 16GB tanpa kontrak, bermakna ianya mungkin berharga RM 1799 di Malaysia.



Tips Menarik! Cas iPhone Dengan Lebih Pantas

Ramai antara kita yang masih merungut tentang penggunaan kuasa bateri iPhone yang gila-gila serta kelajuan-nya untuk diisi semula. Cuba ambil masa untuk hadam tip-tip menarik ini, mungkin dapat membantu anda serba sedikit! 

Penggunaan Plug
Salah satu cara untuk memastikan iPhone anda dicas dengan lebih pantas ialah dengan menggunakan plug yang tersedia ketika pertama kali anda membeli. Perkara ini ada dipaparkan pada laman rasmi Apple. 

“Bagi mendapatkan cas yang paling pantas, sambungkan iPhone anda kepada plug dinding bersama-sama dengan kabel yang di datangkan sekali bersama iPhone anda.”
Kurangkan Haba Sekeliling
Dalam erti kata lain, "keep it cool". Pancaran matahari yang menghasilkan haba dapat mengurangkan prestasi bateri anda. Elakkan menyimpan-nya di dalam laci seperti laci kereta (dashboard) atau tempat yang mampu menyerap haba.

Sekiranya iPhone anda mula panas ketika dicas, cabut kabel dan matikan untuk beberapa minit sehingga sejuk. Suhu terbaik bagi peranti iPhone ialah 25 darjah celcius.

Padam atau Matikan iPhone
Cara yang ni agak leceh tapi elok lah kalau nak cas dengan lebih pantas. Cuma perlukan matikan iPhone dan biarkan ia dicas. iPhone yang masih aktif kurang menerima cas-cas yang dihantar kerana digunakan untuk kerja-kerja lain seperti tetapan dan lain-lain.

Penjagaan Bateri
Akhir sekali, Apple memberikan beberapa tip untuk menjaga serta memastikan bateri anda tahan lama dan kurang penggunaan-nya.

Bagi menjaga bateri lithium, pastikan anda membuat ‘cycle charge’ sekurang-kurangnya sebulan sekali. Caranya adalah cas iPhone anda sehingga 100% dan gunakan iPhone sehingga baterinya betul-betul habis dan terpadam.



PES 2014 PC System Requirements Unveiled


Bagi peminat permainan video Pro Evolution Soccer sejak azali lagi, kini keperluan minimum bagi setiap sistem operasi untuk menjalan PES 2014 adalah seperti di bawah.

Keperluan minimum sistem operasi:

  • Windows Vista SP2 / 7 SP1 dan ke atas
  • Intel Core i3 530. AMD Phenom II X4 925 atau prosessor yang sewaktu dengan itu
  • 2 GB RAM
  • Direct X 11 sesuai video card-nya dengan 1024 MB RAM
  • 8 GB (space)
  • DirectX 9.0c
  • 1280x720
  • 8x DVD-ROM Drive
  • TCP/IP 1.5 Mbps dan ke atas



Samsung Menunjukkan Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear Dengan Lebih Terperinci

OhGeekz-Note3-Gear

Samsung baru sahaja memuat naik video berdurasi 18 minit menunjukkan Galaxy Note 3 dan jam tangan pintar Galaxy Gear dengan lebih dekat.

Jika anda berminat mahu membeli Galaxy Note 3 atau Galaxy Gear, lihat dahulu video di bawah.



Sony Xperia Z1, Lens Kamera QX10 dan QX100 tiba Malaysia awal Oktober ini

Sony hari ini baru sahaja melancarkan flagship mereka yang dinantikan ramai, Xperia Z1 serta lens kamera yang boleh disambungkan kepada peranti iOS dan Android, QX10 dan QX100.

Sebentar tadi, Cheong Wah Tong, ‘Head of Market’ Sony Malaysia mengesahkan Xperia Z1 akan mula dijual di Malaysia pada minggu pertama bulan Oktober.

Bersama-sama Sony Xperia Z1, lens yang boleh disambung iaitu QX10/QX100 juga akan mula dijual pada masa yang sama. Buat masa ini, harganya masih belum diumumkan.

OhGeekz-Sony QX100



Nexus 5 Kelihatan Ketika Pelancaran Android 4.4 Kitkat


Google mungkin secara tidak sengaja telah menunjukkan Nexus 5 yang belum dlancarkan kepada umum ketika majlis pelancaran Android Kitkat di perkarangan pejabat mereka.

Nexus 5 tersebut dikhabarkan akan membawakan skrin paparan sebesar 5.5 inci HD 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 800, kamera utama 13 megapiksel, 3GB RAM, sokongan LTE, kapasiti bateri 2700 mAh dan akan menggunakan sistem operasi terbaru Android 4.4 Kitkat.

Ketika acara tersebut sedang berlangsung, salah seorang daripada pekerja Google didapati sedang memegang peranti Nexus dimana pada bahagian belakang peranti tersebut terdapat tulisan Nexus sama seperti model terbaru Nexus 7 dan pada bahagian tepi peranti tersebut juga kelihatan terdapat seakan-akan logo LG.

Mungkinkah Google dan LG bekerjasama sekali lagi untuk untuk menghasilkan Nexus 5 ini? Sama-sama kita nantikan penggumuman rasmi daripada pihak Google.

OhGeekz-nexus-5-1

OhGeekz-nexus-5-2