Filled Under:

Tampilan Aplikasi Facebook Dengan Wajah Baru iOS 7

Facebook mengumumkan melalui blog mereka hari ini bahawa mereka telahpun melepaskan kemaskini aplikasi popular tersebut dengan wajah baru yang sesuai untuk peranti yang menjalankan iOS 7.

Selain daripada warna yang lebih tampak elegent dan bahagian atas yang translucent, aplikasi Facebook juga menyokong fungsi ‘swipe’ untuk kembali ke News Feed.

Beberapa perubahan besar juga dapat dilihat di dalam kemaskini terbaru ini. Untuk iPhone contohnya, Facebook meletakkan bar navigasi pilihan pada bahagian bawahnya. Facebook telahpun menguji perubahan tersebut selama beberapa bulan dan akhirnya disertakan bersama. Bar pada bahagian bawah tersebut memudahkan pengguna untuk mengakses News Feed, Friend Request, Messages dan Notifications.

Aplikasi Facebook terbaru ini telahpun dilepaskan ke dalam App Store dan boleh dimuat turun secara percuma. Video pendek menunjukkan perubahan aplikasi Facebook untuk iOS 7 di bawah.