Filled Under:

Oppo N1 Diperkenalkan Kepada Umum Secara Rasmi

Hari ini, pihak Oppo secara rasminya memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka. Dengan kelebihan yang unik, dimana hanya mereka saja setakat ini yang mengeluarkannya. Iaitu kamera 13 piksel yang boleh dipusing sehingga 206 darjah.

Kamera yang disokong lensa-N membolehkan pengguna merakam visual gambar atau video dengan lebih jelas. Tak kira kamera depan (kurang jelas bagi peranti lain) atau pun belakang. Selain itu, ia turut menyertakan sokongan dwi-LED bersama peranti tersebut.

Menurut Oppo, daripada ujian yang dilakukan mereka, N1 melepasi ujian pemusingan sebanyak 100,000, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan peranti berkenaan sehingga 7 tahun sekiranya memusingkan ia secara purata 40 kali sehari.

Dari segi sistem operasi pula, ia dilengkapi ColorOS, dan pada masa yang sama, pihak CyanogenMod turut menyatakan sokongan rasmi untuknya.

Telefon pintar ini dijangka akan dijual bermula Oktober kelak, dan masih tiada tarikh rasmi untuk pasaran Malaysia buat masa ini.

Sumber: Oppo N1