Filled Under:

HTC One Telefon Pintar Pertama Bakal Menerima Kemaskini Android KitKat 4.3

HTC dikatakan bakal menjadi syarikat pengeluar telefon pintar pertama yang akan menggunakan Android 4.3 KitKat. Peranti yang akan dikeluarkan dengan sistem operasi tersebut ialah HTC One. Perkara ini diberitahu oleh sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Kanada, TELUS.

HTC diwar-warkan sedang menguji keserasian sistem operasi Android 4.3 dengan komponen dalaman HTC One bermula dari pertengahan bulan September 2013 iaitu beberapa hari selepas sistem pengoperasian baru itu diperkenalkan kepada umum secara rasmi.

Apabila ujian keserasian tersebut sudah disempurnakan, HTC akan mengeluarkan `KitKat` sekitar awal bulan Oktober 2013 kepada pemilik HTC One dipasaran Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu.

Selepas itu, barulah HTC mengeluarkan Android 4.3 kepada pemilik-pemilik HTC One diperingkat antarabangsa termasuklah di Malaysia mulai pertengahan Oktober 2013. Pelepasan Android 4.3 KitKat untuk HTC One sebagai `kemaskini sistem` turut membawa masuk HTC Sense 5.5 bersama dengannya.

HTC One Nexus atau dipanggil sebagai HTC One edisi Google Play bakal menerima Android 4.3 secara serta merta bersama dengan Nexus 4 dan Samsung Galaxy Nexus saat Android 4.3 dikeluarkan oleh Google untuk telefon pintar Nexus kelak.

Telefon pintar versi terdahulu seperti HTC One X, HTC One V dan HTC One S tidak dijadualkan untuk menerima kemaskini naik taraf ke Android 4.3 buat masa ini. Ketiga-tiga telefon pintar itu diramal menerima Android 4.3 sekitar penghujung tahun 2013. Paling lewat pun diramal dalam suku pertama 2014.

Sumber: Phonearena