Filled Under:

100,000 Unit Moto X Dikeluarkan Dalam Seminggu

Motorola bakal mengeluarkan 100,000 unit Moto X dalam seminggu. Hal ini didedahkan sendiri oleh CEO Motorola, Dennis Woodside dalam satu temuramah bersama wartawan Reuters.

Wakilnya itu memberitahu, Motorola Moto X dibuat sepenuhnya di kilang milik Flextronics di Forth Worth, Texas. Syarikat itu membina Moto X untuk pihak Motorola sama seperti kilang besar, Foxconn di China yang membuat iPhone untuk pihak Apple Inc. bezanya, Moto X adalah buatan America sepenuhnya. Kilang Flextronics ini pada dulunya kilang pembuatan Nokia.


Moto X merupakan telefon pintar terbaru Motorola yang dibina hasil kerjasama Google.
Moto X diperkenalkan pada Ogos 2013 lalu dijual di pasaran Amerika sahaja buat masa ini melalui pakej komunikasi secara ikatan kontrak dari syarikat-syarikat komunikasi ternama di sana antaranya AT&T, Rogers, Sprint, Verizon. Masih belum ada berita bilakah Moto X bakal dikeluarkan ke pasaran antarabangsa termasuklah ke Malaysia.

Keupayaan kilang tersebut mengeluarkan Moto X dalam jumlah yang sebegitu banyak dalam seminggu menjadi bukti bahawa Moto X sememangnya mendapat permintaan hangat di kalangan pengguna telefon pintar Amerika. Dalam sebulan, Motorola sudah dapat mengeluarkan 400,000 unit Moto X.