Filled Under:

Tablet PC Pertama Nokia Bakal Dilancarkan Bersama Lumia 1520

Tak mudah putus asa. Itu kata puitis untuk menunjukkan sikap sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka, Nokia walaupun kini sudah dibeli oleh Microsoft. Buat masa ini, kod nama untuk Tablet PC Nokia ialah `Sirius`. Selain itu, Sirius juga diramal bakal diperkenalkan kepada umum bersama-sama telefon pintar Nokia Lumia 1520 yang mana ianya adalah sebuah phablet.

Peranti yang dilengkapi dengan skrin 10-inci serta menggunakan Windows RT ini juga dipacu oleh cip pemprosesan Qualcomm 8974 Quad-core. Perhebatkan lagi dengan kamera 6.7 mega piksel dari lensa berkualiti tinggi keluaran Carl Zeiss.

Tablet PC `Sirius` dikatakan bakal diperkenalkan oleh Nokia pada satu ketika dalam suku keempat tahun 2013 antara bulan Oktober hingga bulan Disember. Penganalisa pemasaran menganggap Tablet Nokia ini bakal menghadapi kesukaran dalam kategori 'laris dijual' kerana terpaksa berdepan dengan populariti peranti lain seperti iPad, Nexus 7, Asus MeMo Pad dan Iconia B1.