Filled Under:

Apple Melancarkan iPhone 5S Disaluti Emas 24K dan Platinum

Gold Genie merupakan syarikat yang terkenal dalam penawaran model telefon pintar dan gadget popular yang disaluti emas tulen. Baru-baru ini, pihak Gold Genie telah melancarkan model HTC One 24K, kini syarikat ini telah memperkenalkan model iPhone 5S yang disaluti emas 24K dan dijangka akan mula dijual dalam tempoh tidak lama lagi.

Peranti Apple, iPhone 5S tawaran Gold Genie memberi tiga pilihan iaitu emas, platinum dan ros emas. Versi iPhone 5S berstoran 16GB yang disaluti emas dijual pada harga sekitar RM9,064. Manakala versi platinum ditawarkan pada harga RM9,445. Selain itu,  iPhone 5S berwarna ros emas dijual pada harga RM9,318. Setiap pembelian model ini akan didatangkan dengan bekas `mewah` yang diperbuat khas menggunakan kayu poko `Cherry Oak`.

Syarikat tersebut menawarkan iPhone 5S 24-Karat dalam pelbagai jenis warna iaitu hitam atau putih pada bahagian atas dengan emas menyaluti bahagian tepi serta belakang. Atau hitam pada bahagian atas dan kerangka platinum di bahagian tepi dan belakang untuk versi Platinum.