Filled Under:

Apple Memberi 5 Pilihan Warna Kepada Pengemar iPhone 5C

Kali ini, seperti yang dijangkakan Apple turut memperkenalkan iPhone 5C yang merupakan sebuah telefon pintar bajet untuk menarik minat lebih ramai pengguna sederhana menggunakan iPhone. iPhone 5C didatangkan dengan warna putih, biru, hijau, merah dan juga kuning. Apple juga memperkenalkan cover belakang untuk iPhone 5C bagi memberikan imej yang lebih pelbagai.

iPhone 5C didatangkan dengan kamera Facetime dengan jumlah piksel yang lebih besar untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik di dalam keadaan kurang cahaya. Selain daripada itu, ia juga mempunyai audio yang hebat serta grafik yang cantik setanding konsol. Bateri juga turut dititik-beratkan dengan fungsi “Power Efficient” yang mampu menjimatkan bateri pada tempoh masa yang luar biasa.
OhGeekz-iPhone5C
Walaupun ia sebuah peranti bajet daripada Apple, namun masih dilengkapi dengan LTE, didatangkan dalam dua saiz iaitu 16GB serta 32GB dan dijual pada harga $99 dan $199 (bersama kontrak).

Johny Ive mengatakan kualiti iPhone 5C adalah sangat baik dan memberi perasaan yang premium kerana ianya menggunakan hard-coated Polycarbonate dan di dalamnya menggunakan ‘Reinforced Steel Frame’ yang menjadikan strukturnya lebih kuat dan tidak boleh melengkung.
OhGeekz-White5C
Spesifikasinya sama dengan iPhone 5, menggunakan cip A6, kamera 8 megapiksel dan skrin retina 4 inci. iPhone 5C ini berharga $549 untuk model 16GB tanpa kontrak, bermakna ianya mungkin berharga RM 1799 di Malaysia.