Kaedah Mencari Fail Dengan Pantas

Entri kali ini Ted akan kongsikan beberapa laman yang membuatkan pencarian fail dalam internet anda lebih mudah. Ini akan mengurangkan masa anda daripada mencarinya satu-satu walaupun menggunakan enjin carian terbaik iaitu Google. Laman-laman yang akan Ted kongsikan ini hanya mencari fail-fail yang dimuat naik dalam laman hosting sahaja. Contoh laman hosting yang biasa dipaparkan ialah Mediafire, Filesonic, Wupload, Megaupload, Hotfile, Fileserve, Uploading, Letibit dan beberapa laman hosting lain lagi.

1) General Files

 

Laman ini membenarkan anda mencari kesemua fail-fail, apa jua jenisnya, yang telah dimuat naik ke dalam mana-mana laman hosting dari apa jua saiz. Ia amat memudahkan terutama kepada mereka yang pernah tertipu dengan laman-laman web yang menawarkan perisian/filem/lagu untuk dimuat turun tetapi perlu mendaftar terlebih dahulu. Lupakan yang lama, mulakan yang baru. Jom cari perisian-perisian yang anda mahukan di General Files!


Laman web ini sama seperti General-File. Ia juga adalah antara enjin carian fail terbaik yang pernah Ted gunakan. Kebanyakannya, pautan-pautan yang dipaparkan pada enjin carian Google adalah daripada Filetubes. Jadi cari sahaja pada laman sumber pautan itu dan muat turun seperti biasa di Filestube.


Tidak lupa juga kepada FileTram. Laman ini sudah lama ditubuhkan. Semenjak Ted berumur 12 tahun lagi, laman ini lah yang banyak membantu Ted. Dulu, FileTram adalah laman enjin carian Ted yang terbaik tetapi selepas kemunculan Filestube, FileTram kelihatan kurang memuaskan. Tapi, masih lagi aktif!

Ini sahaja yang mampu Ted berikan. Walaupun hanya tiga laman yang dikongsikan, tapi anda mampu memuat turun sebanyak 3 juta lebih. Itu pun kalau tiada masalah internet. Hahaha. Harap apa yang Ted kongsikan berguna buat anda semua. Selain menggunakan enjin carian google, anda boleh menggunakan ini juga. 

Sumber : Copy sedikit daripada @OmgHackers