Filled Under:

Tip Membeli Telefon Jenama Sony Ericcson

Sony Ericcson bukanlah satu jenama telefon yang jarang didengar. Jenama telefon mudah alih ini memang digemari ramai dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat banyak tip dan rahsia disebalik telefon mudah alih jenama Sony Ericcson anda itu ? Dengan hanya menekan butang dan juga dengan kod-kod yang tersedia, kita akan dapat melihat pelbagai rahsia dan kunci-kunci lain.

Anda ingin tau apakah rahsia disebalik telefon mudah alih yang dikeluarkan oleh Sony Incorperated ini ? Jadi, cuba anda tekan kekunci telefon anda mengikut langkah-langkah di bawah ini. Selamat mencuba.

  > * < < * < *
  > :  kekunci kanan
  < :  kekunci kiri

  1. Tekan "Joystick" ke kanan sekali/once
  2. Tekan  *
  3. Tekan "Joystick" ke kiri dua kali
  4. Tekan  *
  5. Tekan "Joystick" ke kiri sekali/once
  6. Tekan  *

Dibawah ini antara maklumat yang akan telefon bimbit mudah alih anda paparkan pada skrin.

Maklumat Khidmat:

- Maklumat Model
- Maklumat Perisian
- Kunci SIM
- Tatarajah
- Bil Kali Clam Dibuka

Tetapan Khidmat:

- Pengecasan Dimatikan
- Mode Java Developer

Ujian Khidmat:

- Paparan Utama
- Paparan Luaran
- LED/Pengcahayaan
- Papan Kekunci
- Speaker
- Fon Telinga
- Mikrofon
- Isyarat Getar
- Kamera
- Kad Ingatan
- Radio FM
- Jam Masa Nyata
- Jumlah Tempoh Panggilan
- Keselamatan

Jika anda ingin membeli telefon jenama Sony Ericcson ini, Ted sarankan anda semua untuk mencubanya dahulu terlebih dahulu dengan menekan kata kunci diatas ini. Ted paling sarankan kepada yang ingin membeli telefon terpakai (secondhand) bagi memeriksa telefon bimbit mudah alih jenama Sony Ericcson itu masih dalam keadaan yang baik untuk digunakan atau boleh dikatakan hanya sebagai sampah sarap (rosak). Sekian sahaja dari Ted. Maaf jika mempunyai salah dan silap.