Filled Under:

Apa Itu Doxing ?

Apa itu Doxing ?Apa pula kegunaannya ? Mari lihat dibawah ini.


- Doxing ialah proses mendapatkan maklumat tentang seseorang atau sesuatu dari sumber carian di internet. 

Mungkin anda fikir, secara asasnya kita mendapatkan maklumat dengan mencari e-mel seseorang dengan menggunakan enjin carian seperti Google atau Yahoo! Jika di ikutkan, memang benar kata-kata itu. Tetapi, tahukah anda, ada cara yang lebih mudah daripada itu ? Bagaimanakah cara itu ? Ia boleh dilakukan dengan menggunakan sebuah laman web. > PIPL


PIPL membenarkan anda mencari maklumat dengan tepat sebagai contoh, nama penuh, e-mel, username, termasuk juga nombor telefon. Ada juga orang yang menggunakan Facebook, kerana Facebook membenarkan anda mencari nama penuh, namun kebanyakan penggodam menggunakannya untuk mencari e-mel pengguna.

Mungkin ada yang fikir, "Bagaimana mereka boleh menggodam akaun saya dengan mendapat e-mel saya sahaja ?" Di sinilah kaedah Doxing membantu para penggodam. Jika penggodam boleh melihat akaun Facebook anda, atau dapat mencari maklumat mengenai anda di PIPL, mereka boleh membuat satu proses yang dinamakan sebagai 'Reverting'. Reverting ialah proses menggunakan ciri 'Soalan Pemulihan Kata Laluan' pada e-mel sasaran.

Jika anda adalah seorang penggodam yang tidak pernah tahu mengenai teknik ini, mungkin anda akan berkata "Teknik ini tidak akan berkesan". Akan tetapi anda perlu ingat, kita semua adalah manusia dan kita sering melakukan kesilapan. Apa yang mengejutkan, teknik ini lebih berkesan dari kebanyakan teknik yang lain, cuma ia hanya sesuai kepada mereka yang mempunyai sifat kerajinan yang tinggi sahaja. Kerana teknik reverting ini memakan masa untuk mencari kesemua maklumat.

Sumber : OMG! Hackers