Filled Under:

Kaedah Godam Kata Laluan Folder Lock

Fungsi perisian Folder Lock adalah bagi mengunci sesebuah file/folder tersebut supaya tidak dipecah masuk oleh pihak yang tidak berkenaan. Seperti yang admin Pirate katakan, perisian Folder Lock ini susah untuk dipecah masuk sama sekali. Tetapi, zaman internet skrg sudah maju di mana tiada apa yang mustahil untuk dilakukan. Jika anda inginkan perisian tersebut bagi menyembunyikan privacy anda, bolehlah memuat turunnya di sini.

Seperti tajuk entri tersebut, kali ini akan Ted tunjukkan kaedah untuk menggodam kata laluan Folder Lock ini. Jika anda salah seorang pengguna perisian Folder Lock, sudah pasti anda tahu yang ia sangat susah untuk dibuka jika terlupa kata laluannya. Folder Lock adalah antara perisian yang fungsinya adalah untuk mengunci file/folder yang mendapat tempat (ranking) ke-3 dalam dunia. Dahh, Ted tak nak ckp banyak, korang follow je cara-cara dia okay.

Kaedah menggodam kata laluan Folder Lock:

1) Pergi ke button 'Start'
2) Dalam kotak 'Start menu', klik pada 'Run'

 

3) Dalam ruang isi, taip 'regedit'


4) Tunggu sebentar dan tetingkap registry (window registry) akan terbuka.

 

5) Cari stringdibawah ini:
 [HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Quality Control]
6) Pada kotak sebelah kanan, korang akn nampak "_pack" kan ?
7) Dalam pack tu pulak, korang akan nampak sesuatu seperti "xdydukh" atau perkataan lain. Itulah apa yang sedang kita cari, iaitu kata laluannya.

*Tetapi, kata laluan tersebut telah diencrypted. Jadi, Ted akan tunjukkan pulak bagaimana untuk mengubah kepada asal (descrypt) kata laluan berikut.

Kaedah untuk descrypt semula kata laluan Folder Lock:

1) Ambil atau salin semula kata laluan tadi dan paste pada 'notepad' dengan setiap huruf dilangkau satu barisan (mcm budak sekolah buat kerje)
2) Pada setiap huruf, langkah kebelakang satu kali. Contoh: 'C' jadi langkah satu kebelakang akan jadi 'B'. Untuk contoh yg tadi, tengok gambar dibawah.

 

3) Huruf yg dikebelakangkan tu adalah kata laluannya! Selesai. Selamat berjaya.