Filled Under:

Keterangan : Kenapa Perlu Tukar Nama ? (Penting)

Salam,
Kami terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana setia menjadi pelawat blog kami. Kami juga ingin meminta maaf kepada sesiapa yang menghantar email dan kami membalasnya dalam jangka masa yang lama. Tidak lupa juga, maaf kepada sesiapa yang meminta (request) tetapi lambat dibalas, ini kerana pencarian dan kerja memuat naik kami adalah terbatas/terhad dan memakan masa yang panjang.

Sebelum ini, nama asal blog ini adalah 'Pirate Kid'. Kemudian, disebabkan ramai daripada ahli Znex tidak setuju dengan nama berikut kerana perkataan itu berada dalam penggunaan bahasa Inggeris. Jadi, hasil perbincangan kami, kami telah menetapkan untuk menukarnya kepada 'Budak Lanun'.

Sekarang, pada 12 Mac ini, sekali lagi telah mengalami perubahan. Iaitu dari segi penggunaan nama dan juga pautan blog ini. Nama baru yang didaftarkan ialah 'Redah SC' yang membawa maksud 'Redah Sharing Centre' dan pautan (url/link) blog ini juga telah diubah kepada 'www.redahsc.blogspot.com'

Kenapa ?

Kami melakukan sebegini kerana ada segelintir pihak luar yang rasa kurang selesa dengan penggunaan nama kami yang dikatakan meniru nama laman web mereka. Disebabkan mereka yang menggunakan nama itu dulu, jadi kamilah yang perlu menukar nama dan pautan blog dan fan pages kami.

Sekian sahaja.
-Pirate-