Filled Under:

ShilaOS : Distro Linux Berasaskan Ubuntu

Apa akan berlaku sekiranya seorang peminat meminati artis dan dia juga pakar dalam bidang komputer ? Inilah yang akan berlaku di mana pada hari ini pembangun tempatan dari pelbagai kumpulan penggodam telah melancarkan sistem operasi bernama ShilaOS. Sistem operasi ini tuju khas untuk para peminat Shila Amzah.

Sistem operasi ShilaOS ini dibangunkan berdasarkan kepada Ubuntu. Ia juga di lengkapi dengan aplikasi-aplikasi harian seperti pelayar internet, aplikasi pejabat, aplikasi media dan multimedia.

Anda boleh memuat turun sistem operasi ini sekarang dan mencubanya. Jangan lupa untuk komen sebagai feedback.