Filled Under:

Waterfox : Pelayar Mozilla Untuk 64Bit

Sekarang, banyak desktop dan peranti kecil yang menggunakan Windows versi 64bit. Bagi anda untuk mendapatkan kelajuan pada tahap yang maksima, anda digalakkan untuk menggunakan Windows versi 64bit daripada menggunakan Windows versi 32bit. Biasa pembangun perisian atau aplikasi akan membahagikan perisian mereka kepada dua versi iaitu versi 32bit (x86) dan juga 64bit (x64) di mana akan membenarkan pengguna yang menggunakan Windows versi 32bit menggunakan perisian atau aplikasi yang 64bit boleh gunakan. Tetapi, sebaliknya pula dengan Mozilla. Di mana pihak mereka tidak mengeluarkan pelayar Mozilla untuk versi 64bit. Untuk pelayar Firefox, Mozilla hanya mengeluarkan versi 32bit untuk Windows, Linux dan juga Mac OS.

Mozilla ada mengeluarkan versi 64bit tetapi tidak menyokong keseluruhan penggunaan pelayar internet tersebut. Lagipun, ia mengundang pelbagai 'bug'. 

Waterfox adalah aplikasi pihak ketiga atau dikenali sebagai 3rd party yang dibangunkan menggunakan kod yang sama digunakan oleh pihak Mozilla untuk pelayar internet Firefox mereka. Aplikasi pelayar internet Waterfox ini memang dikhaskan untuk pengguna Windows versi 64bit bagi pengguna mendapatkan kelajuan yang maksima.

Download: