Filled Under:

Hermitage Tower Plaza : Menara Berkembar Tertinggi Eropah

Jika di Kuala Lumpur kita mempunyai Petronas Twin Towers, di Paris kelak bakal ada Hermitage Tower Plaza. Menara berkembar ini adalah rekaan syarikat Fosters and Partner. Menara berkembar ini bakal menjadi menara tertinggi di Eropah apabila siap sepenuhnya pada tahun 2016 dengan ketinggia  323 meter. Ini bermaknya menara berkembar di Paris ini masih rendah daripada Petronas Twin Towers yangmempunyai ketinggian setinggi 451 meter.

Tidak seperti Petronas Twin Towers, Hermitage Tower Plaza mempunyai apartment untuk penduduk Paris. Hanya bahagian bawah sahaja disewakan sebagai ruang pejabat. Apa yang menarik disini ialah walaupun menara ini jauh lebih pendek dari Petronas Twin Towers dan Burj Khalifa, projek Hermitage Tower Plaza ini bakal menelan belanja sebanyak 2.5 Billion EURO (RM9.9 Billion). Petronas Twin Towers dibina dengan kos RM 4.8 billion manakala Burj Khalifa RM 4.5 Billion. Ini adalah kerana kos bahan mentah dan tenaga kerja di Eropah lebih mahal daripada di Malaysia!

Gambar Menara Berkembar 'Hermitage Tower Plaza':