Imigresen Akan Memperkenalkan Sistem Perbaharui Pasport Melalui Dalam-Talian

Jabatan Imigresen dijangka akan memperkenalkan kembali sokongan untuk memperbaharui pasport secara dalam-talian, sekaligus memudahkan proses pembaharuan dan mengurangkan kesesakkan di Jabatan Imigresen seluruh negara.

Melalui apa yang dikongsikan, kelak pengguna boleh memperbaharui dokumen mereka terus melalui internet, dan kemudiannya melakukan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit.

Pengguna seterusnya boleh mengambil dokumen perjalanan mereka tersebut di cawangan Jabatan Imigresen ataupun di KLIA sendiri sebelum berlepas.

Pengenalan sistem ini hanya akan menyokong pembaharuan sahaja, dan bukannya untuk pendaftaran baru. Perkara ini adalah kerana untuk tujuan pendaftaran, beberapa perkara perlu dilakukan termasuk imbasan biometrik.

Tiada sebarang tarikh diberikan. Tetapi pihak Jabatan Imigresen menyasarkan untuk memperkenalkannya pada tahun hadapan – 2014.

Artikel asal: Amanz



Samsung Umum Secara Rasmi Gamepad Untuk Telefon Pintar Android

Samsung mengumumkan secara rasmi Gamepad untuk telefon Android mereka yang pernah diwar-warkan sebelum ini. Pertama kali ditunjukkan pada khalayak ramai pada pelancaran Samsung Galaxy S4, Gamepad ini kini tersedia untuk pasaran Eropah dan dikatakan akan menyusul untuk pasaran lain seluruh dunia dalam beberapa minggu selepas ini. Bersama pelancaran ini juga dilancarkan aplikasi ‘Mobile console’ untuk menyokong peranti ini.

Sesuai digandingkan dengan peranti dengan versi Android 4.1 ke atas, ia terhad untuk peranti dengan saiz skrin maksimum 6.3-inci. Walaubagaimanapun, ia dikatakan dioptimasikan untuk peranti Samsung sahaja. Sambungan kepada alat ini adalah melalui Bluetooth. Jika anda mempunyai kabel HDMI, anda juga boleh merasai pengalaman bermain seakan konsol dengan memaparkan gambar di televisyen anda.

Setakat ini permainaan video yang menyokong sepenuhnya Gamepad oleh Samsung ini adalah
  • Need for Speed Most Wanted
  • Asphalt 8: Airborne 
  • Modern Combat 4: Zero Hour
  • Virtual Tennis Challenge 
  • Prince of Persia: The Shadow and the Flame 
Senarai permainan lain akan dikemaskini oleh pihak Samsung tidak lama lagi.





Sumber: Samsung Mobile Press



"Heisenbug" - Fedora 20 Kini Dilancarkan

Fedora 20 "Heisenbug" secara rasminya telah pun dilancarkan. Selain distro Linux seperti Ubuntu dan Linux Mint, Fedora juga antara salah satu distro yang popular bertapak di Internet.

Fedora 20 menyertakan beberapa kemaskini dari segi perisian dan aplikasi yang disertakan bersama-sama dengannya. Ia juga kini hadir dengan sokongan untuk ARM.

Muat turun Fedora 20 "Heisenbug" pada pautan sebelah: Fedora 20 "Heisenbug"



Twitter bakal menambah sokongan menyunting 'Tweet'


Pada hari ini, Twitter menjadi salah satu sumber untuk mendapatkan info-info atau berita terkini. Laman sosial itu mengehadkan penggunanya untuk menulis satu 'Tweet' dengan hanya 140 huruf.

Dalam usaha untuk mengurangkan ketepatan berita yang disebarkan, kini Twitter dilaporkan ingin memperkenalkan sokongan menyunting 'Tweet' pada perkhidmatan mereka.

Melalui fungsi baru ini, ia dikatan Twitter akan membolehkan pengguna untuk membuat suntingan pada 'Tweet' mereka untuk suatu tempoh masa yang ditetapkan. Setiap 'Tweet' dikatakan hanya akan dibolehkan untuk disunting sekali sahaja. sekaligus mengelakkan sebarang kesilapan untuk dibetulkan dengan pantas pada perkhidmatan tersebut.

Buat masa ini, masih tiada tarikh atau masa yang ditetapkan oleh pihak Twitter untuk memperkenalkan sokongan ini pada laman mereka.



Whatsapp Kekal Unggul


Persaingan aplikasi messenger untuk telefon pintar kini kian meningkat. Malah BlackBerry juga melancarkan aplikasi BBM miliknya untuk platform iOS dan Android.

Namun dari banyak lambakan aplikasi messenger yang ada di pasaran, ternyata WhatsApp tetap mengungguli persaingan. Kaji selidik yang dijalankan oleh On Device terhadap 3.759 juta pengguna telefon pintar Android dan iOS. Kaji selidik ini dilakukan di beberapa kawasan, di antaranya adalah Amerika, Brazil, Afrika Selatan, China dan yang terakhir adalah Indonesia.

Hasilnya menunjukkan bahawa populariti aplikasi WhatsApp kini lebih tinggi dibandingkan Facebook Messenger. Kaji selidik ini mendapati dalam seminggu pasti ada sebanyak 44 peratus pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp berbanding Facebook Messenger sebanyak 35 peratus. 

Kaji selidik ini juga turut membuktikan sikap pengguna telefon pintar telah banyak berubah dari hanya menghantar sistem pesanan ringkas kepada menghantar pesanan melalui aplikasi messenger termasuk WhatsApp. 

Namun hasil kajian ini masih tidak berapa lengkap kerana tidak dilakukan di negara lain seperti Eropah dan India yang mempunyai populasi pengguna telefon yang tinggi.



Pasang ffDiaporama 2.0.1 Pada Ubuntu atau Linux Mint


ffDiaporama adalah sebuah aplikasi berasaskan Videoporama, yang digunakan untuk mencipta video daripada imej dan klip filem. Ia menyokong pelbagai format penting untuk imej dan video. Sebagai contoh, bmp, gif, jpg, png, pbm, pgm, ppm, tiff, xbm, name untuk imej dan avi, mov, mpg,, m4v, mkv, mp4 bagi format video. Kini, ffDiaporama telah pun masuk ke versi 2.0.1. Boleh lihat senarai penuh kemaskini ffDiaporama di sini.

Memandang aplikasi ini boleh didapati melalui PPA, proses pemasangan ffDiaporama tidak lah susah mana. Cuma perlu menambah PPA kemudian kemaskini repositori. Gunakan baris perintah di bawah:

$ sudo add-apt-repository ppa:ffdiaporamateam/stable
$ sudo apt-get update
$ sudo apt-get install ffdiaporama

Dan pemasangan aplikasi ffDiaporama selesai!



Samsung Bakal Mengeluarkan Tablet Dengan Skrin AMOLED Bersaiz 8 dan 10-Inci?

Pada tahun lepas, Samsung telah mengeluarkan satu-satunya tablet dengan skrin AMOLED, iaitu Samsung Galaxy Tab 7.7. Selepas itu, Samsung tidak lagi mengeluarkan tablet dengan skrin AMOLED. Bagi mereka yang tidak tahu, skrin AMOLED dari Samsung itu memberi paparan gambar serta video yang lebih terang dan jelas.

Namun begitu, ada desas desus mengatakan Samsung akan kembali menghasilkan tablet dengan skrin AMOLED. Kali ini, tablet yang bersaiz 8 dan 10 inci pula akan dipasang dengan skrin jenis itu. Ia dilaporkan oleh media massa Korea Selatan melalui laman sesawang Naver baru-baru ini. Ia dikatakan akan mula di hasilkan pada awal tahun 2014 ini.

Walaubagaimanapun, tablet dengan skrin jenis ini dikatakan merupakan tablet berasingan yang mungkin akan dikelaskan dengan kualiti premium oleh Samsung manakala tablet dengan skrin LCD seperti biasa sebelum ini akan masih diteruskan pengeluarannya untuk pasaran kelas permulaan tablet mereka.



FBI Sahkan Mampu Akses Webcam Tanpa Penyalaan LED


FBI (Federal Bureau of Investigation) mampu menghidupkan camera web tanpa penyalaan lampu indicator. Itu kata timbalan pengarah Operational Technology Division FBI, Marcus Thomas ketika bercakap dengan Washington Post.

Walaubagaimanapun, Thomas menekankan bahawa kelebihan ini hanya boleh digunakan untuk mendekati mereka yang melakukan jenayah serius bagi mengurangkan kebimbangan orang awam.

"Ini menunjukkan bahawa FBI sanggup menggunakan teknologi yang lebih canggih, lebih jauh dan maju bagi mengintip pesalah.", tambah Washington Post.

Bagaimana perkara ini boleh tersebar tu masih tak dapat diketahui. Apa-apa pun, berhati-hati la dekat dunia maya ni. Tak semua benda boleh dibuat sesuka hati. Masih ada undang-undang serta peraturan.



Papan Kekunci SwiftKey Beta 4.4 Kini Lebih Mudah Digunakan

SwiftKey merupakan sebuah aplikasi bantuan untuk papan kekunci yang sangat popular di kalangan pengguna Android. Ia membantu pengguna menjimatkan masa untuk menaip di dalam telefon mahupun tablet kerana ia dapat mengagak perkataan yang ditulis oleh pengguna berdasarkan pengkalan data pengguna yang diambil daripada laman sosial seperti Facebook, Twitter dan khidmat pesanan ringkas atas SM selain penggunaan `swipe´

Rilisan aplikasi SwiftKey terbaru telah diperkenalkan baru-baru ini di mana ia memudahkan kerja pemasangan (installation) aplikasi berkenaan di dalam Android. Hanya terdapat 3 langkah sahaja yang perlu dilakukan untuk memasang aplikasi berkenaan iaitu Enable, Select, dan Get. Langkah-langkah ini perlu dilakukan bagi memastikan kekunci maya SwiftKey akan sentiasa muncul walaupun ketika pengguna menggunakan aplikasi-aplikasi yang lain. Sebelum ini, pengguna perlu mengikuti 5 langkah untuk memasang aplikasi berkenaan di dalam peranti Android.

Mungkin perubahan yang diperkenalkan tidaklah seketara mana, namun ia dapat mempercepatkan proses yang perlu dilalui oleh seorang pengguna baru SwiftKey.



Kembali Bersaing - BenQ Ke Arena Penghasilan Telefon Pintar



Sebelum ini, BenQ pernah menghasilkan telefon pintar kemudian terus berdiam diri buat seketika berikutan sambutan yang tidak menggalakkan daripada penggunanya.

Namun begitu, syarikat daripada Taiwan ini masih belum berputus asa apabila mereka memperkenalkan dua telefon pintar terbaru beroperasikan Android baru-baru ini. BenQ telah memperkenalkan dua telefon pintar mampu milik.

Peranti tersebut dijalankan dengan cip pemprosesan empat teras yang diberi nama F3 dan A3. BenQ F3 menggunakan cip MediaTek MT6589 manakala A3 menggunakan cip Snapdragon MSM8225Q. Terdapat juga perbezaan dari segi bateri di mana F3 mempunyai bateri berkapasiti 2,100 mAh dan A3 hanya berkapasiti 2,000 mAh sahaja.

Resolusi kamera F3 juga lebih besar berbanding A3 iaitu 13 megapiksel berbanding dengan 8 megapiksel. Selain daripada bateri, cip dan kamera, kedua-dua telefon BenQ ini memiliki spesifikasi dalaman yang hampir serupa iaitu berskrin 4.5inci dengan paparan IPS 960x540, 1GB RAM, storan dalaman bersaiz 4GB disertakan dengan sokongan microSD dan resolusi kamera 2 megapiksel di bahagian hadapan.

Buat masa ini, telefon ini hanya dipasarkan di Taiwan sahaja dan masih tiada sebarang informasi sama ada ia bakal dipasarkan ke seluruh dunia ataupun tidak.



Telefon Pintar 'Hangat' Dipasaran Malaysia

Kini, syarikat telekomunikasi gergasi seperti Apple, Samsung, Sony serta Nokia telah pun melancarkan peranti masing-masing. Lima peranti yang masih 'hangat' dipasaran termasuklah Xperia Z1. Boleh rujuk selebihnya dibawah.

#5. Nokia Lumia 1020

Peranti ini dilancarkan pada 19 September lepas dengan reka bentuk `square´ yang menjadikan ia lebih elegen. Lumia 1020 direka khas untuk mereka yang gemar mengambil gambar. Ini kerana, ia mempunyai resolusi kamera yang tinggi iaitu 41MP. Anda juga boleh mengawal tetapan ISO dan Aperture.

Harga pasaran Nokia Lumia 1020 adalah RM2065. Aksesori tambahan seperti Camera Grip turut dijual dipasaran. Harganya dalam lingkungan RM299 hingga RM310.

Spesifikasi penuh Lumia 1020 boleh lihat disini.

#4. Sony Xperia Z1


Sony Xperia Z1 yang juga dikenali sebagai `Honami´. Peranti ini telah diberi pengesahan IP58, yang bermaksud kalis air. Ia boleh dimasukan kedalam air pada sedalam 1.5meter selama 30 minit dan juga kalis habuk. Dengan adanya peranti ini, percutian anda di pulau ataupun taman tema air akan menjadi lebih seronok. Xperia Z1 juga telah dikategorikan “Top 5 Camera Phone” kerana ianya dilengkapi dengan kamera 21MP kamera belakang dan Sensor Sony G Lens dan skrin paparan yang bersaiz 5-inci. Harga untuk peranti ini ialah RM2399.

Spesifikasi penuh Xperia Z1 boleh lihat disini.

#3. iPhone 5C


iPhone 5C adalah peranti terbaru daripada Apple yang dilancarkan bersama-sama iPhone 5S pada bulan September lalu. Tujuan pihak Apple melancarkan iPhone 5C ini adalah sebagai telefon pintar berkos rendah (budget phone). Namun begitu, harga yang ditetapkan di Malaysia adalah RM1899. Walaupun harganya agak mahal untuk telefon berkos rendah, ia tetap antara telefon pintar yang terlaris dipasaran kerana peranti ini ditawarkan dengan pelbagai warna yang menarik serta `back cover´ yang tahan.

Spesifikasi penuh iPhone 5C boleh lihat disini.

#2. Samsung Galaxy Note III (3)


Galaxy Note 3 merupakan peranti terbaru Samsung yang dilancarkan bersama Galaxy Gear. Ketika pelancaran jam pintar ini, Note 3 merupakan satu-satunya telefon pintar yang menyokong pengunaan Galaxy Gear (Galaxy S4, Galaxy  S3 dan Note 2 bakal menerima sokongan Galaxy Gear ini melalui kemaskini Android 4.3 Jelly Bean).  Galaxy Note 3 adalah peranti pertama didunia yang hadir bersama 3GB RAM.

Peranti terbaru Samsung ini mempunyai sedikit kekurangan iaitu, ianya masih menampilkan rekaan materialistik. Galaxy Note III kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM2399 dan Galaxy Gear RM999

Spesifikasi penuh Galaxy Note 3 boleh lihat disini.

#1. iPhone 5S


Seperti semua sedia maklum, iPhone 5S telah dilancarkan bersama-sama iPhone 5C. Peranti ini merupakan peranti pertama yang mengguna pengimbas cap jari (Touch-ID) untuk membuka kekunci peranti. Ia juga turut menjadi yang pertama menggunakan cip pemprosesan 64-bit A7. Harga yang agak tinggi diletakkan pada iPhone 5S (mungkin kena dengan kelebihannya) iaitu pada harga RM2399. Namun pun begitu, penjualan suku pertama telefon pintar ini sangat laris.

Spesifikasi penuh iPhone 5S boleh lihat disini.



InstaB Pro Ditawarkan Secara Percuma Dengan Tempoh Terhad

Bukanlah sesuatu yang asing jika sesebuah pengeluar itu menawarkan sesuatu percuma dengan tempoh masa yang terhad. Kini, pengeluar tempatan juga turut melakukan perkara yang sama. InstaB Pro yang mana sebuah aplikasi berbayar sebelum ini menawarkan-nya secara percuma dengan tempoh masa terhad.

Aplikasi ini boleh dikatakan serupa dengan InstaWeather, namun lebih khusus untuk bayi. Anda boleh menyunting gambar dengan meletakkan mood, umur bayi tersebut dan kesan-kesan lain. InstaB Pro juga turut tak terlepas daripada kemaskini seperti Instagram yang boleh merakam video. Selain turut menambah pelekat (sticker).

Bagi pengguna iDevice, anda boleh muat turun aplikasi ini di pautan sebelah: InstaB Pro. Jangan ragu-ragu untuk sokong aplikasi tempatan! Hehehe



Pear OS 8

Pear OS telah dibangunkan oleh orang Perancis, iaitu David Tavares, 79. Pear OS adalah sistem operasi yang berasaskan Linux (Ubuntu mini remix). Sistem operasi ini dibangunkan dengan antaramuka yang mudah dan lebih elegen. Ivan Matias Suarez turut terlibat dalam membantu mereka icon-icon serta tema untuk Pear OS.

Kelancaran dalam melakukan proses kerja adalah antara daya tarikan yang ada pada sistem operasi ini. Berbanding dengan sistem operasi yang lain, Pear OS memberikan anda kelajuan yang mungkin tak disangka oleh pengguna lain. Sebagai contoh, membuka pelayar web sambil membuka pemain muzik, kedua-dua proses tersebut boleh dilakukan dalam beberapa saat dengan Pear OS. Hebat? Hehehe..

Selain kelajuan, sistem operasi ini juga lengkap dengan peralatan seharian kita. Sebagai contoh, pekerja office. Pengguna Windows perlu menggunakan pemandu layar (driver) bagi memastikan peralatan (printer, etc) mereka berfungsi dengan baik. Maka mereka memerlukan cakera keras atau pun cuma executor biasa. Tetapi sebaliknya untuk Pear OS. Cuma cucuk dan main. Pear OS juga turut berkait rapat dengan aplikasi Windows. Dokumen Microsoft Office juga boleh disunting pada Pear OS dengan menggunakan LibreOffice. Permainan? Usah risau! Sistem operasi dari Perancis ini juga turut lengkap dengan Steam, platform permainan video popular.

Pear Cloud juga turut dilengkapi dalam sistem operasi ini. Dengan adanya sistem penyimpanan awan ini, segala data, dokumen, muzik, etc akan tersimpan dengan selamat. Cuma log masuk, dan guna seperti biasa. Mudah!



Pautan Terus (Direct Link) Windows 7 ISO

Pautan yang disediakan hanya dalam pautan terus, bermakna tiada toron (torrent) dan sebagainya. Disyorkan untuk guna Internet Download Manager.

Windows 7 Home Premium SP1

Windows 7 Pro SP1

Windows 7 Ultimate SP1

Cara Pengaktifan



Pautan Terus (Direct Link) Windows 8.1 ISO

Pautan yang disediakan hanya dalam pautan terus, bermakna tiada toron (torrent) dan sebagainya. Disyorkan untuk guna Internet Download Manager.

Windows 8.1 GA Rollup-1
:download:

Windows 8.1 RTM

Core/Pro 32 Bit



Core/Pro 64 Bit

Single Link - MSDN




ChargeCard: Pengecas Telefon Pintar Berbentuk Kad Kredit


Kebiasaannya, pengecas telefon merupakan cable Universal Serial Bus (USB) dan kita sering mengalami masalah wayar yang beselirat. Dengan ChargeCard anda boleh menyimpan wayar pengecas anda di dalam dompet dan lupakan masalah wayar.

ChargeCard hanya berharga $25 iaitu RM82 setiap satu. Boleh didapati untuk peranti Android dan iOS di laman photojojo.

Sumber: Gajet



WordPress 3.7.1: Versi Penyelenggaraan

Tak sampai seminggu WordPress versi 3.7 dikeluarkan, kini terbit pula versi terbarunya, WordPress 3.7.1. Versi terbaru ini dikeluarkan sebagai versi menyelenggara bagi membaik pulih beberapa masalah yang timbul akibat daripada pepijat (bugs) yang ditemui dalam sistem kod WordPress 3.7.

WordPress 3.7 telah dikeluarkan pada 24 Oktober lalu dengan kod nama, Basie. Ini sebagai penghormatan kepada Count Basie, seorang pemuzik jazz terkenal. Kelebihan WordPress 3.7 berbanding versi WordPress sebelumnya adalah kebolehan memuat turun kemaskini baharu di belakang tabir. Kemaskini sekuriti dan kemaskini penyelenggaraan akan di muat turun secara automatik oleh WordPress 3.7 tanpa campur tangan dari pengguna.

Fungsi ini menjadikan WordPress sentiasa selamat, kebal daripada serangan penggodam serta sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.

Versi ini boleh dimuat turun secara automatik. Bagi pengguna mahir, ada di kalangan mereka memilih untuk menaik taraf WordPress ke versi 3.7.1 secara manual melalui FTP.

Rujukan: iAwani



Kemaskini Twitter, Kini Dapat Melihat Gambar Terus Melalui Timeline

Twitter hari ini memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi Android, iOS serta pembaharuan pada web mereka, dimana gambar dan video yang dikongsikan dipaparkan terus tanpa perlu tap pada Tweet berkenaan.

Buat masa ini, sokongan preview hanya hadir untuk penggunaan perkhidmatan Twitter Photos dan juga video Vine sahaja, dan mungkin ia akan diperluaskan pada masa akan datang.



Bagi pengguna Twitter di web, anda mungkin sudah boleh melihat paparan gambar Twitter Photos dan juga video Vine tanpa perlu klik pada Tweet berkenaan, sementara sekiranya anda menggunakan aplikasi Android atau iOS, mungkin boleh mengemaskininya hari ini.

Artikel asal: Amanz



Nokia Melaporkan Jualan Net $7.79 Billion dengan $162 Juta Keuntungan dan 8.8 Juta Lumia Terjual Pada Suku Pertama Tahun 2013

Ini merupakan tambahan bagus buat Nokia berbanding suku lalu, dengan syarikat itu mengumumkan kerugian 115 juta Euro dan 564 juta Euro tahun lalu. Penganalisa turut menjangkakan Nokia akan mengumumkan pendapatan zero cents per share (sama seperti yang Nokia umumkan suku lalu) dan 5.9 juta Euro keuntungan.

Nokia turut melaporkan berjaya menjual 8.8 juta peranti Lumia pada Q3, naik daripada 7.4 juta suku lalu dan 2.9 juta tahun lalu. CEO Nokia, Stephen Elop menyatakan peningkatan ini disumbang oleh pelancaran pelbagai produk baru dan pelaburan Windows Phone pada awal pengeluarannya. Beliau juga mengatakan keuntungan ini diperoleh akibat kejatuhan BlackBerry.

Rujukan: Techcrunch



BlackBerry Messenger Bukan Saja Akan Kekal Percuma, Malah Ditambah Dengan Fungsi Baru

BlackBerry semalam menyatakan, mereka akan mengekalkan BlackBerry Messenger (BBM) sebagai aplikasi permesejan percuma pada masa akan datang. BlackBerry telah melancarkan semula aplikasi BBM untuk Android dan iOS pada 24 Oktober lalu selepas menarik semula pelepasan BBM untuk Android serta iOS kerana tidak dapat menampung server sebelum itu. Aplikasi permesejan popular ini boleh didapati di Google Play Store dan App Store.

BlackBery bukan sahaja berjanji untuk menjadikannya kekal percuma bahkan bakal memperkenalkan fungsi perbualan suara (voice chat) dan perbualan video (video chat) ke BlackBerry Messenger versi Android dalam masa beberapa bulan akan datang sekitar awal tahun 2014. Hal itu dinyatakan oleh Andrew Bocking, Naib Presiden Eksekutif BlackBerry dalam satu temuramah bersama CBC News.

Kemunculan dua fungsi tersebut menjadikan BlackBerry Messenger dapat bersaing dengan aplikasi permesejan lain yang popular di kalangan pengguna sistem operasi Android seperti WeChat, WhatsApp, Yahoo Messenger juga Skype.

Sehingga ke tarikh 30 Oktober 2013, aplikasi BlackBerry Messenger di Google Play Apps telah mendapat rating 5 bintang dari 175,947 orang pengguna Android yang memuat turun. BlackBerry Messenger juga telah dimuat turun sebanyak 5 juta kali dalam masa 8 jam selepas pelancaran di Google Play Apps. Sehingga ke saat artikel ini diterbitkan BlackBerry Messenger sudah di muat turun lebih dari 20 juta kali.

Rujukan: CrackBerry



'Jutawan' eBay Dalam Pelarian Diburu Pihak Polis (FBI)

Minggu lalu, sebuah poster 'dikehendaki' telah dikeluarkan oleh pihak FBI untuk memudahkan penangkapan Nicolae Popescu. Dia dipercayai merupakan ketua geng yang telah melakukan penipuan ke atas pengguna eBay, Cars dan Autotrader.

Berdasarkan dakwaan tersebut, geng ini membuat iklan palsu dengan maklumat terperinci bagi barangan berharga seperti kereta dan bot yang tidak wujud. Selain turut menyamar sebagai penjual dari kedai yang turut palsu atau tak wujud. Kesemua penipuan ini telah membawa kepada keuntungan lebih $3 juta USD.

Daniel Alexe, Dmitru Bosogioiu, Ovidiu Cristea dan Dragomir Razvan dari Romania turut didakwa, termasuk 2 defendan yang mengguna nama ‘George Skyper’ dan ‘Tudor Barbu Lautaru’. Fabjan Meme daripada Albania turut dinamakan dalam dakwaan tersebut. Disember lalu, 6 co-defenden telah ditahan.

Pada Julai lalu, polis telah menemukan rakaman percakapan di mana Popescu menyatakan penjenayah tidak akan di-ekstradisi daripada Romania ke USA.

Rujukan: Techweekeurope



Maklumat Nexus 10 Tertiris: Reka Bentuk Lebih Nipis dengan Cip Snapdragon 800

Skrin Google Nexus 10 mungkin akan bersaiz sedikit kecil iaitu 10.1-inci, sama seperti versi Nexus 10 terdahulu, dengan resolusi sama 2560 x 1600 300ppi serta Gorilla Glass 3 melindungi luaran skrin daripada rosak.

Nexus 10 versi 2012 hasil bina Samsung hanya menggunakan chip Exynos, namun bagi versi 2013 Nexus 10, Google menggunakan processor Qualcomm Snapdragon 800 seperti dalam Tablet Nexus 7 baru. RAM mungkin ditambah ke 3GB, dengan 8 piksel untuk kamera belakang dan bateri 9500mAh.

Berdasarkan gambar yang tertiris, bezel skrin akan lebih kecil dan saiz keseluruhan turut berkurang dengan ketebalan 7.9mm dan berat 584 gram. Sistem operasi kekal dengan Android 4.4 seperti yang digunakan pada Nexus 5.

Penyenaraian Nexus 10 ini kini sudah ghaib daripada Google Play Store. Mungkin Google sedang memperbaiki kesalahan tak sengaja membocorkan maklumat mengenainya, sama seperti yang mereka lakukan dulu dengan Nexus 5. Namun begitu, pengumuman rasmi bagi tablet Google Nexus 10 ini dijangka seawal 1 November nanti, jadi taklah lama sangat kena tunggukan, hehehe.

Rujukan: Digitaltrends



Mac OS X Versi Baharu Akan Kekal Dengan Naik Taraf Percuma

Apple memberitahu bahawa, versi terbaru Mac OS X pada masa akan datang akan diberi secara percuma. Ini sebagai naik-taraf percuma kepada pengguna Mac OS X yang sedia ada. Hal itu dinyatakan oleh Peter Oppenheimer, Chief Financing Office di Apple ketika beliau membentangkan prestasi kewangan Apple untuk suku ketiga 2013 pada 28 Oktober 2013.

Jika dahulu untuk bertukar ke mac OS X versi terbaru pengguna Mac OS X sedia ada perlu membayar amaun tertentu sebelum boleh memuat turun versi baharu. Perubahan itu dimulakan dari pengenalan Max OS 10.9 'Mavericks' yang diberikan sebagai muat turun percuma buat pengguna Mac OS X 10.8 dan versi-versi sebelumnya.

Beberapa aplikasi untuk Mac OS X seperti iWorks dan iLife akan turut diberi secara percuma kepada pengguna peranti Mac OS X. Hal ini dalam masa yang sama turut menjadi galakan kepada ramai pengguna komputer peribadi dan komputer riba supaya bertukar ke Mac OS X.

Rujukan: Macrumors



Pelayar Web Firefox Versi 25 Kini Hadir Dengan Sokongan Web Audio

Hari ini, Firefox telah melancarkan pelayar web versi terbaru mereka iaitu Firefox 25 untuk pengguna Windows, Linux, Android serta OS X.

Melalui Firefox 25, beberapa kemaskini baru disertakan dan salah satunya adalah sokongan untuk Web Audio. Selain daripada itu, untuk pengguna yang telah tidak menggunakan Firefox untuk beberapa bulan, mereka akan ditawarkan dengan pilihan untuk memindahkan data pelayaran dari pelayar web lain.

Selain itu, untuk versi Android, beberapa kemaskini turut hadir, termasuk salah satunya adalah “Guest Browsing” yang boleh digunakan oleh rakan-rakan anda untuk tujuan pelayaran web.

Bagi pengguna Firefox sedia ada, anda akan ditawarkan dengan kemaskini automatik pada pelayar web anda, ataupun secara alternatifnya boleh memuat-turun pelayar web tersebut dari pelayan Firefox hari ini.


Anda boleh muat turun pelayar web Mozilal Firefox 25 di pautan ini: Mozilla Firefox 25

Sumber: Mozilla dan Amanz



Hapuskan Ads Pada uTorrent

Menorrent (menorrent?) merupakan satu proses yang tidak asing lagi dalam kalangan kita sekarang ni. Sebut saja pasal torrent, pasti anda akan teringat akan 'muat turun'. Tak kira apa jenis fail, termasuk filem, permainan video malahan buku-buku berbentuk pdf turut sedia dimuat turun.

Ads?

Mungkin ramai yang dah tau apa itu ads. Walaupun begitu, tak menjadi masalah untuk kita mengulang balik, betul dak? Ads adalah singkatan bagi perkataan advertisement yang bermaksud iklan. Iklan-iklan yang terpampang tak kira di laman web atau pun aplikasi merupakan sebahagian daripada sumber pendapatan pemilik.

S: Sah tak muat turun kita kalau kita buang iklan-iklan ni?
J: Wallahualam (ketawa sinis)

Cukuplah saya bermukadimah, jom teruskan dengan tujuan utama kita.

Hapuskan Iklan Pada uTorrent

1. Jalankan aplikasi uTorrent
2. Pada bahagian atas sekali belah kiri, klik pada Options dan pilih Preferences


3. Pada tetingkap Preferences, klik pada Advanced yang ada di bahagian kiri


4. Pada kotak Filter, masuk gui.show_plus_upsell 


5. Dengan cara yang sama, masukkan kod-kod ini pada kotak Filter tersebut dan pilih (tick) pada False
offers.sponsored_torrent_offer_enabled
offers.left_rail_offer_enabled
offers.sponsored_torrent_offer_enabled
gui.show_notorrents_node
offers.content_offer_autoexec
6. Selesai semua, klik OK dan keluar daripada aplikasi uTorrent (pada taskbar, klik kanan dan pilih Keluar)


Haa mudahkan? Tak susah mana pun. Semoga berjaya!

P/s: Sebarang masalah boleh ajukan pada penulis di Twitter/Fb



Nexus 5 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Khabar angin mengatakan telefon pintar keluaran LG ini akan dilancarkan pada 1 November tahun ini. Sebelum ini, harga bagi peranti ini juga telah tersebar kepada umum.
Melalui akaun Twitter Evleaks, mereka turut mendedahkan keluaran peranti ini akan didatangkan dengan pilihan warna putih selain turut mendedahkan tarikh pelepasannya iaitu pada 1 November tahun ini. 

Nexus 5 ini merupakan telefon pintar siri baru dalam keluarga Nexus kerana ia merupakan peranti Nexus pertama yang akan mengguna Android 4.4 KitKat. Nexus 5 akan dilancarkan bersama Nexus 4 LTE (Long-term Support) 

Bagi mereka yang bercadang untuk 'merasa' kenikmatan Nexus 5 lebih awal, pihak Techbug telah pun membuka tawaran pra-beli pada harga permulaan, RM1499.




Penstriman Filem Secara Atas Talian Bakal Menjadi Kebiasaan Kepada Malaysia Nanti

Dengan sistem teknologi yang semakin lama semakin hebat, tak mustahil untuk tayangan filem di pawagam dapat ditonton pada peranti seperti tablet atau telefon pintar pada waktu yang sama. Tak perlu keluar selain tak membuang masa. Hebat bukan?

Bayaran untuk menikmati tontonan filem secara online melalui penstriman boleh dilakukan melaui aplikasi perbankkan atau melalui kad kredit. Proses ini samalah seperti membeli tiket untuk menonton filem-filem terbaru di panggung wayang. Filem-filem berdefinasi tinggi akan mudah didapati secara ‘on demand’.

Walaupun penstriman atas talian (online streaming) hanya popular di bandar-bandar besar dan tidak semua tempat di Malaysia namun aktiviti menonton filem secara penstriman bakal menjadi kebiasaan dalam empat hingga lima tahun akan datang kala talian internet di Malaysia sudah cukup stabil, laju serta digunakan dengan meluas sepertimana di negara-negara maju.

Artikel asal: Penstrimen Filem Jadi Kebiasaan



Li-Fi Memindahkan Data Lebih 10Gbps

Sekumpulan penyelidik British telah berjaya mencapai kadar pindahan data melebihi 10Gbps menggunakan lelaran termaju teknologi Li-Fi. Li-Fi (Light Fidelity) adalah alternatif kepada Wi-Fi dan memindahan data melalui spektrum visual bukannya melalui gelombang radio. Ia menggunakan mentol cahaya yang berkelipan dengan sangat cepat, sekaligus menghantar maklumat binari kepada penerima.


Sekumpulan penyelidik British telah berjaya memindahkan data pada kadar 10Gbps menggunakan teknologi Li-Fi. Sehingga kini, rekod kadar pindahan data menggunakan teknologi itu hanyalah 3Gbps tetapi menggunakan mentol diod pemancar cahaya khas dan mengasingkan cahaya kepada strim selari. Penyelidik tersebut berjaya mencapai kadar pindahan data lebih 3 kali ganda rekod tersebut.

Kadar pindahan data 10Gbps yang dicapai melalui projek Ultra Parallel Visible Light Communications adalah 250 kali ganda lebih pantas daripada kelajuan broadband terpantas di Britan (38mbps) yang dipasang di rumah-rumah di negara itu.

Plannya ialah supaya teknologi ini dapat menguasakan teknologi rangkaian generasi akan datang. Ia lebih efisyen daripada WiFi dan lebih meluas berbanding sprektum radio sedia ada, permakna tiada masalah kapasiti.

Para penyelidik yang diketuai Prof Harald Haas di  University of Edinburgh berkata Li-Fi juga akan memberikan liputan yang lebih konsisten di dalam bangunan selagi pengguna di dalam sudut penglihatan pemancar Li-Fi itu.

Ketidakupayaan cahaya menembusi dinding juga bermakna kurang kemungkinan untuk pencerobohan luar. Untuk maklumat lanjut mengenai projek yang turut melibatkan penyelidik dari Oxford, Cambridge, St Andrews dan Strathclyde anda boleh melayari  laman web kumpulan tersebut di pautan ini: UP-VLC Photonics



Kehadiran Semula Aplikasi BBM Untuk Android Serta iOS

BlackBerry telah melancarkan semula aplikasi BBM kepada pengguna Android serta iOS pada hari ini. Sebelum ini, syarikat tersebut telah menarik kembali BBM kerana tidak dapat menampung server akibat pengguna yang ramai.

Pada kali ini, BlackBerry menggunakan sistem menunggu yang mana, pengguna harus mengikut giliran untuk menggunakan aplikasi BBM bagi mengelakkan masalah yang sama timbul.

Anda boleh dapatkan BBM untuk Android serta iOS dengan membuka pelayar web lalai atau custom, kemudian pergi ke www.bbm.com .



Twitter Barangkali Akan Menamatkan Twitter Music

Pada enam bulan lepas, pihak Twitter telah memperkenalkan satu fungsi baru iaitu Twitter Music. Fungsi baru tersebut masih belum dilancarkan untuk pengguna tempatan sehingga hari ini. Terkini, beberapa laporan awal telah menyatakan pihak Twitter mungkin akan menamatkan sokongan untuk aplikasi berkenaan.

Twitter Music dilihat membolehkan pengguna untuk mengikuti artis-artis kegemaran mereka, disamping menemui pelbagai lagu-lagu baru. Beberapa rakan kerjasama turut telah diumumkan untuknya, termasuk Rdio dan juga Spotify (aplikasi iOS)

Pihak Twitter mungkin ingin menamatkannya kerana tidak ramai yang menggunakan aplikasi berkenaan, ataupun mungkin kerana sebab-sebab tertentu.

Buat masa ini, pihak Twitter masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Artikel asal: Twitter Mungkin Akan Menamatkan Aplikasi Twitter Music