Filled Under:

WordPress 3.7.1: Versi Penyelenggaraan

Tak sampai seminggu WordPress versi 3.7 dikeluarkan, kini terbit pula versi terbarunya, WordPress 3.7.1. Versi terbaru ini dikeluarkan sebagai versi menyelenggara bagi membaik pulih beberapa masalah yang timbul akibat daripada pepijat (bugs) yang ditemui dalam sistem kod WordPress 3.7.

WordPress 3.7 telah dikeluarkan pada 24 Oktober lalu dengan kod nama, Basie. Ini sebagai penghormatan kepada Count Basie, seorang pemuzik jazz terkenal. Kelebihan WordPress 3.7 berbanding versi WordPress sebelumnya adalah kebolehan memuat turun kemaskini baharu di belakang tabir. Kemaskini sekuriti dan kemaskini penyelenggaraan akan di muat turun secara automatik oleh WordPress 3.7 tanpa campur tangan dari pengguna.

Fungsi ini menjadikan WordPress sentiasa selamat, kebal daripada serangan penggodam serta sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.

Versi ini boleh dimuat turun secara automatik. Bagi pengguna mahir, ada di kalangan mereka memilih untuk menaik taraf WordPress ke versi 3.7.1 secara manual melalui FTP.

Rujukan: iAwani