Filled Under:

Pelayar Web Maxthon v1.0 Dikeluarkan Untuk Windows Phone 8

Mungkin ramai tidak sedar akan kehadiran pelayar web mudah alih percuma ini. Maxthon, yang sebelum ini sudah beberapa tahun melepaskan projek mereka untuk pengguna desktop serta laptop kini hadir pula untuk Windows Phone.

Maxthon juga boleh dikatakan alternatif kepada pelayar web popular seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera dan Safari (Internet explorer.. ek?)

Kehadiran pelayar web Maxthon akan memudahkan lagi pengguna Windows Phone untuk melayari kandungan laman sesawang berbanding dengan melayarinya melalui Internet Explorer yang mana menjadi pelayar web lalai dalam Windows Phone.

Maxthon membenarkan penggunanya untuk log masuk bagi mengintegrasikan kandungan bookmarks, sejarah pelayaran dan senarai `biskut` di peranti lain misalnya di komputer peribadi. Penggunaan tabbed browsing juga agak mudah di Maxthon. Setiap tab boleh dibuka secara bertukar-tukar.

Berminat untuk mencuba? Anda boleh layari Windows Phone Store dan muat turun pelayar web ini melalui saluran tersebut.