Filled Under:

Firefox OS Dikemaskini Ke Versi 1.1. Bahasa Dipelbagaikan

Mozilla telah mengeluarkan kemaskini baharu buat Firefox OS pada 9 Oktober 2013. Kemaskini itu dilabel sebagai Firefox OS, dilepaskan sebagai `system update` untuk telefon pintar Firefox OS.

Firefox OS versi 1.1 akan membawa masuk beberapa pembaharuan dan penambahbaikan. Aplikasi dapat diaktfkan dengan pantas. Proses scrolling di skrin Firefox OS juga jadi semakin lancar.

Pembaharuan paling utama yang ditampilkan adalah sokongan untuk mesej MMS dan kewujudan 15 lagi bahasa berlainan untuk negara-negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris.

Pembaharuan kedua adalah pelepasan kod API untuk fungsi push notification. Jika melayari internet di telefon pintar Firefox menggunakan pelayar web Mozilla Firefox, apa jua imej, audio dan video dapat di muat turun dengan mudah ke memori dalaman telefon pintar.

Terdapat 11 pembaharuan kesemuanya yang diperkenalkan dalam Firefox OS 1.1. Senarai kesemua pembaharuan dalam Firefox OS 1.1 terdapat di blog Mozilla Foundation.

Buat masa ini, hanya ada dua model telefon pintar Firefox OS yang dijual secara komersil iaitu Alcatel One Touch Fire dan ZTE Open. Kedua-duanya dijual dalam warna oren juga biru – selari dengan warna logo Firefox OS.