Filled Under:

Lenovo Tampil Dengan IdeaPad A1, Berskrin 10.1 Inci serta Berasaskan Android

Komputer riba berasaskan sistem operasi Android? Itulah yang cuba di realisasikan oleh Lenovo dengan mencipta IdeaPad A10. Komputer riba Android ini memiliki cip pemprosesan Rockchip’s RK3188 empat teras berkuasa 1.6Ghz menggunakan binaan teras ARM Cortex A-9.

Rupa luaran IdeaPad A1 tetap sama seperti komputer riba biasa cuma ia menggunakan Android, bukan Windows. IdeaPad A1 dijual pada harga $337 Dolar di pasaran Eropah melalui Amazon Jerman.

Lenovo IdeaPad A10 boleh bertindak menjadi komputer riba juga tablet pc kerana ia memiliki skrin sesentuh bersaiz 10.1 inci dengan resolusi maksima 1366 x 768 pixels. Skrinnya boleh dipusing ke belakang menyamai skrin IdeaPad Yoga. Penampilan IdeaPad A10 lebih berupa sebuah netbook ataupun ultrabook kerana IdeaPad A10 tidak memiliki pemacu cakera padat.

Visi membina komputer riba berasaskan Android lalu dijual pada harga mampu milik telah lama muncul (sekitar awal tahun 2012) namun di pandang remeh oleh syarikat-syarikat pembuat komputer seperti Samsung, Asus, Acer.

Lagipun, pada ketika itu kebanyakan pembuat komputer memfokus kepada Windows 8 yang baru dilancarkan dalam bentuk Consumer Preview. Idea mengeluarkan komputer riba Android atau laptop Android terbiar begitu sahaja sehinggalah Lenovo memperkenalkan IdeaPad A10.

Sebelum ini, Lenovo memperkenalkan IdeaPad U1 Hybrid yang memuatkan Android sebagai sistem operasi kedua namun proses pembikinan IdeaPad U1 Hybrid tidak diteruskan.

Lenovo IdeaPad memiliki RAM antara 1GB dan 2GB, jumlah storan antara 26GB atau 32GB beserta slot untuk memasukkan kad memori MicroSD. Juga terdapat dua buah palam USB 2.0, palam HDMI untuk sambungan ke televisyen bedefinasi tinggi satu serta palam USB Mikro untuk pengecasan bateri.

Tarikh pelancaran rasmi IdeaPad A10 ke pasaran antarabangsa tidak didedahkan. Harga rasmi di pasaran antarabangsa juga tidak didedahkan buat masa ini.

Artikel asal (credit sepenuhnya kepada): iAwani