Filled Under:

Samsung Bakal Mengeluarkan Tablet Dengan Skrin AMOLED Bersaiz 8 dan 10-Inci?

Pada tahun lepas, Samsung telah mengeluarkan satu-satunya tablet dengan skrin AMOLED, iaitu Samsung Galaxy Tab 7.7. Selepas itu, Samsung tidak lagi mengeluarkan tablet dengan skrin AMOLED. Bagi mereka yang tidak tahu, skrin AMOLED dari Samsung itu memberi paparan gambar serta video yang lebih terang dan jelas.

Namun begitu, ada desas desus mengatakan Samsung akan kembali menghasilkan tablet dengan skrin AMOLED. Kali ini, tablet yang bersaiz 8 dan 10 inci pula akan dipasang dengan skrin jenis itu. Ia dilaporkan oleh media massa Korea Selatan melalui laman sesawang Naver baru-baru ini. Ia dikatakan akan mula di hasilkan pada awal tahun 2014 ini.

Walaubagaimanapun, tablet dengan skrin jenis ini dikatakan merupakan tablet berasingan yang mungkin akan dikelaskan dengan kualiti premium oleh Samsung manakala tablet dengan skrin LCD seperti biasa sebelum ini akan masih diteruskan pengeluarannya untuk pasaran kelas permulaan tablet mereka.