Filled Under:

Telefon Pintar 'Hangat' Dipasaran Malaysia

Kini, syarikat telekomunikasi gergasi seperti Apple, Samsung, Sony serta Nokia telah pun melancarkan peranti masing-masing. Lima peranti yang masih 'hangat' dipasaran termasuklah Xperia Z1. Boleh rujuk selebihnya dibawah.

#5. Nokia Lumia 1020


Peranti ini dilancarkan pada 19 September lepas dengan reka bentuk `square´ yang menjadikan ia lebih elegen. Lumia 1020 direka khas untuk mereka yang gemar mengambil gambar. Ini kerana, ia mempunyai resolusi kamera yang tinggi iaitu 41MP. Anda juga boleh mengawal tetapan ISO dan Aperture.

Harga pasaran Nokia Lumia 1020 adalah RM2065. Aksesori tambahan seperti Camera Grip turut dijual dipasaran. Harganya dalam lingkungan RM299 hingga RM310.

Spesifikasi penuh Lumia 1020 boleh lihat disini.

#4. Sony Xperia Z1


Sony Xperia Z1 yang juga dikenali sebagai `Honami´. Peranti ini telah diberi pengesahan IP58, yang bermaksud kalis air. Ia boleh dimasukan kedalam air pada sedalam 1.5meter selama 30 minit dan juga kalis habuk. Dengan adanya peranti ini, percutian anda di pulau ataupun taman tema air akan menjadi lebih seronok. Xperia Z1 juga telah dikategorikan “Top 5 Camera Phone” kerana ianya dilengkapi dengan kamera 21MP kamera belakang dan Sensor Sony G Lens dan skrin paparan yang bersaiz 5-inci. Harga untuk peranti ini ialah RM2399.

Spesifikasi penuh Xperia Z1 boleh lihat disini.

#3. iPhone 5C


iPhone 5C adalah peranti terbaru daripada Apple yang dilancarkan bersama-sama iPhone 5S pada bulan September lalu. Tujuan pihak Apple melancarkan iPhone 5C ini adalah sebagai telefon pintar berkos rendah (budget phone). Namun begitu, harga yang ditetapkan di Malaysia adalah RM1899. Walaupun harganya agak mahal untuk telefon berkos rendah, ia tetap antara telefon pintar yang terlaris dipasaran kerana peranti ini ditawarkan dengan pelbagai warna yang menarik serta `back cover´ yang tahan.

Spesifikasi penuh iPhone 5C boleh lihat disini.

#2. Samsung Galaxy Note III (3)


Galaxy Note 3 merupakan peranti terbaru Samsung yang dilancarkan bersama Galaxy Gear. Ketika pelancaran jam pintar ini, Note 3 merupakan satu-satunya telefon pintar yang menyokong pengunaan Galaxy Gear (Galaxy S4, Galaxy  S3 dan Note 2 bakal menerima sokongan Galaxy Gear ini melalui kemaskini Android 4.3 Jelly Bean).  Galaxy Note 3 adalah peranti pertama didunia yang hadir bersama 3GB RAM.

Peranti terbaru Samsung ini mempunyai sedikit kekurangan iaitu, ianya masih menampilkan rekaan materialistik. Galaxy Note III kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM2399 dan Galaxy Gear RM999

Spesifikasi penuh Galaxy Note 3 boleh lihat disini.

#1. iPhone 5S


Seperti semua sedia maklum, iPhone 5S telah dilancarkan bersama-sama iPhone 5C. Peranti ini merupakan peranti pertama yang mengguna pengimbas cap jari (Touch-ID) untuk membuka kekunci peranti. Ia juga turut menjadi yang pertama menggunakan cip pemprosesan 64-bit A7. Harga yang agak tinggi diletakkan pada iPhone 5S (mungkin kena dengan kelebihannya) iaitu pada harga RM2399. Namun pun begitu, penjualan suku pertama telefon pintar ini sangat laris.

Spesifikasi penuh iPhone 5S boleh lihat disini.