Filled Under:

Kembali Bersaing - BenQ Ke Arena Penghasilan Telefon Pintar



Sebelum ini, BenQ pernah menghasilkan telefon pintar kemudian terus berdiam diri buat seketika berikutan sambutan yang tidak menggalakkan daripada penggunanya.

Namun begitu, syarikat daripada Taiwan ini masih belum berputus asa apabila mereka memperkenalkan dua telefon pintar terbaru beroperasikan Android baru-baru ini. BenQ telah memperkenalkan dua telefon pintar mampu milik.

Peranti tersebut dijalankan dengan cip pemprosesan empat teras yang diberi nama F3 dan A3. BenQ F3 menggunakan cip MediaTek MT6589 manakala A3 menggunakan cip Snapdragon MSM8225Q. Terdapat juga perbezaan dari segi bateri di mana F3 mempunyai bateri berkapasiti 2,100 mAh dan A3 hanya berkapasiti 2,000 mAh sahaja.

Resolusi kamera F3 juga lebih besar berbanding A3 iaitu 13 megapiksel berbanding dengan 8 megapiksel. Selain daripada bateri, cip dan kamera, kedua-dua telefon BenQ ini memiliki spesifikasi dalaman yang hampir serupa iaitu berskrin 4.5inci dengan paparan IPS 960x540, 1GB RAM, storan dalaman bersaiz 4GB disertakan dengan sokongan microSD dan resolusi kamera 2 megapiksel di bahagian hadapan.

Buat masa ini, telefon ini hanya dipasarkan di Taiwan sahaja dan masih tiada sebarang informasi sama ada ia bakal dipasarkan ke seluruh dunia ataupun tidak.