Filled Under:

Papan Kekunci SwiftKey Beta 4.4 Kini Lebih Mudah Digunakan

SwiftKey merupakan sebuah aplikasi bantuan untuk papan kekunci yang sangat popular di kalangan pengguna Android. Ia membantu pengguna menjimatkan masa untuk menaip di dalam telefon mahupun tablet kerana ia dapat mengagak perkataan yang ditulis oleh pengguna berdasarkan pengkalan data pengguna yang diambil daripada laman sosial seperti Facebook, Twitter dan khidmat pesanan ringkas atas SM selain penggunaan `swipe´

Rilisan aplikasi SwiftKey terbaru telah diperkenalkan baru-baru ini di mana ia memudahkan kerja pemasangan (installation) aplikasi berkenaan di dalam Android. Hanya terdapat 3 langkah sahaja yang perlu dilakukan untuk memasang aplikasi berkenaan iaitu Enable, Select, dan Get. Langkah-langkah ini perlu dilakukan bagi memastikan kekunci maya SwiftKey akan sentiasa muncul walaupun ketika pengguna menggunakan aplikasi-aplikasi yang lain. Sebelum ini, pengguna perlu mengikuti 5 langkah untuk memasang aplikasi berkenaan di dalam peranti Android.

Mungkin perubahan yang diperkenalkan tidaklah seketara mana, namun ia dapat mempercepatkan proses yang perlu dilalui oleh seorang pengguna baru SwiftKey.