Filled Under:

Samsung Umum Secara Rasmi Gamepad Untuk Telefon Pintar Android

Samsung mengumumkan secara rasmi Gamepad untuk telefon Android mereka yang pernah diwar-warkan sebelum ini. Pertama kali ditunjukkan pada khalayak ramai pada pelancaran Samsung Galaxy S4, Gamepad ini kini tersedia untuk pasaran Eropah dan dikatakan akan menyusul untuk pasaran lain seluruh dunia dalam beberapa minggu selepas ini. Bersama pelancaran ini juga dilancarkan aplikasi ‘Mobile console’ untuk menyokong peranti ini.

Sesuai digandingkan dengan peranti dengan versi Android 4.1 ke atas, ia terhad untuk peranti dengan saiz skrin maksimum 6.3-inci. Walaubagaimanapun, ia dikatakan dioptimasikan untuk peranti Samsung sahaja. Sambungan kepada alat ini adalah melalui Bluetooth. Jika anda mempunyai kabel HDMI, anda juga boleh merasai pengalaman bermain seakan konsol dengan memaparkan gambar di televisyen anda.

Setakat ini permainaan video yang menyokong sepenuhnya Gamepad oleh Samsung ini adalah
  • Need for Speed Most Wanted
  • Asphalt 8: Airborne 
  • Modern Combat 4: Zero Hour
  • Virtual Tennis Challenge 
  • Prince of Persia: The Shadow and the Flame 
Senarai permainan lain akan dikemaskini oleh pihak Samsung tidak lama lagi.





Sumber: Samsung Mobile Press