Filled Under:

Acer Timeline. Dari Satu Versi Ke Satu Versi Yang Lain

Acer Timeline dikeluarkan bermula dari tahun lepas lagi iaitu pada tahun 2011. Pada mulanya peranti kecil ini tidak begitu dikenali ramai tetapi setelah mengeluarkan versi yang lebih berkuasa dengan penggunaan nama Ultra, peranti kecil ini mula dikenali ramai dan diseluruh dunia. Ia juga lebih nipis dan ringan berbanding dengan peranti kecil jenis Acer yang sebelum ini. Ketebalan peranti kecil ini hanyalah 20 millimeter.

Acer kini menampilkan pula Acer Aspire Timeline Ultra di mana kelebihannya ialah bateri peranti kecil ini mampu bertahan selama tujuh - lapan jam lamanya. Walaupun ia menggunakan kuasa yang banyak tetapi mampu bertahan lebih lama daripada yang lain. Sungguh hebat ciptaan Acer Inc. ini.

Bukan itu sahaja, Acer Aspire Timeline Ultra ini juga telah dilengkapi dengan Acer Green Instant di mana peranti kecil berjenama Acer yang lain tidak mempunyainya. Fungsi program itu adalah untuk menghidupkan peranti kecil ini dengan lebih pantas, licin, dan lancar.

Acer Always Connect juga tidak lupa untuk dimasukkan yang di mana fungsi program itu adalah untuk membolehkan pengguna menguruskan data-data dan multimedia dari mana-mana peranti, bila-bila masa walaupun ketika anda sedang tidur dengan berdengkur. Ini akan lebih memudahkan penguna yang suka berkongsi pelbagai jenis fail atau program.

Screenshot:



 


Komen Ted:

1) Tahniah diucapkan kepada Acer Inc. kerana telah banyak berubah dan makin berkembang maju. Dengan tampilan-tampilan peranti kecil yang berbeza-beza yang unik dan yang penting lebih menarik daripada yang sebelum ini.

2) Harga juga sangat berpatutan. Program-program dan sistem yang dipasang sangat bagus dan kena dengan harga peranti kecil ini. Sistem-sistem yang dipasang lebih licin, lancar dan semakin meningkat kelajuannya.