Filled Under:

Bay Trail: Cip Pemprosesan Generasi Baru Berkuasa Rendah

Cip pemprosesan berkuasa rendah generasi baru yang diwar-warkan sebelum ini telah dilancarkan secara rasminya. Cip pemprosesan tersebut juga dikenali sebagai "Bay Trail". Ia disertakan kuasa pemprosesan berganda serta sokongan grafik tinggi yang mana lebih baik jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Salah satu daripada siri berkenaan adalah Intel Atom Z3000 yang mana memfokuskan kepada tablet dan beberapa peranti mudah alih yang lain.

Intel Atom Z3000 ini membawakan kuasa pemprosesan dua kali ganda berbanding generasi sebelumnya, disamping menawarkan sokongan grafik tiga kali ganda berbanding Intel Atom sebelum ini.

Dari segi masa bertahan bateri pula, cip yang menggunakan kuasa tenaga rendah ini menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 10 jam secara aktif, ataupun masa bertahan sehingga tiga minggu.

Beberapa ciri-ciri dan sokongan lain, termasuk sokongan sekuriti melalui McAfee, fungsi Intel Identity Protection Technology, Data Protection Technology, dan sokongan bersama-sama pembangun aplikasi lain turut disertakan melalui platform baru mereka ini.

Cip Intel Atom Z3000 juga turut dioptimasikan untuk Android dan juga Windows.

Intel dijangka akan memperkenalkan sokongan 64-bit untuk tablet menjelang awal 2014 kelak, sekaligus memberikan lebih sokongan melaluinya.

Bersama-sama Intel Atom Z3000, pihak Intel juga turut sama memperkenalkan kemaskini untuk siri keluarga Intel Pentium dan juga Celeron.