Filled Under:

Info Lebih Daripada Pihak Apple Tentang Touch ID

Untuk menggunakan Touch ID, anda perlu menetapkan passcode bersama-samanya. Passcode ini hanya akan diminta jika berlaku sesuatu, seperti pengimbas tersebut tidak dapat mengesan cap jari anda. iOS juga akan meminta passcode tersebut di dalam beberapa keadaan kecemasan lain.
Hanya passcode sahaja yang boleh digunakan untuk unlock iPhone anda selepas reboot. Selain itu, anda juga wajib meletakkan passcode jika iPhone anda tidak digunakan selepas 48 jam. Fungsi ini adalah untuk menghalang penggodam (hackers) yang cuba mengakses iPhone anda dengan cubaan mencuri data cap jari.
Dengan membuang data cap jari anda setiap 48 jam jika tidak digunakan, Apple berkata penggodam tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk ‘decrypt’ data cap jari tersebut dan membuatkan iPhone anda lebih selamat. Masa 48 jam tersebut adalah cukup lama dan ianya tidak akan menyusahkan pengguna.

Apple berkata berdasarkan kajian mereka, pengesan cap jari tersebut lebih selamat dan baik berbanding pengesan cap jari yang terdapat pada laptop ketika ini tetapi tetap mempunyai risiko untuk gagal. Cecair pada jari anda seperti peluh dan lebihan losyen akan membuatkan pengesan tersebut sukar untuk berfungsi.

Oleh sebab itu, Apple membenarkan Touch ID menyimpan sehingga 5 profil jari pada satu-satu masa. Fungsi ini bagi memudahkan pengguna menggunakan jari yang lain jika berlaku sebarang masalah.

Apple juga mengesahkan tiada sesiapa yang dapat mengakses data cap jari tersebut, termasuk pembangun pihak ketiga. Ianya disimpan dengan selamat di dalam cip A7. Buat masa ini, Touch ID hanya boleh digunakan untuk unlock iPhone anda dan membuat pembelian di iTunes/App Store.

Sumber: OG!