Filled Under:

Sony Mengumumkan Xperia Z1 Secara Rasmi

137845-1280

Peranti flagship daripada Sony yang disebut sebagai Honami hari ini telah diperkenalkan secara rasmi dan menggunakan nama Xperia Z1.

Rekaannya tidak banyak berbeza dengan peranti-peranti Sony sebelum ini tetapi Xperia Z1 nampak jauh lebih berkualiti kerana menggunakan aluminium pada badannya dan kaca berkualiti tinggi pada bahagian hadapan dan belakang.

OhGeekz-Xperia-Z1

Dari segi spesifikasinya, Xperia Z1 menggunakan skrin bersaiz 5 inci HD penuh 1080p dengan teknologi Triluminous, cip pemprosesan Snapdragon 800 Quad-core 2.2GHz, 2GB RAM, 16GB memori, slot mikro-sd, 4G LTE, kapasiti bateri 3,000mAh, Android 4.3, kalis air dan habuk (IP55 & IP58) serta pilihan warna putih, hitam dan ungu.

Kehebatan Xperia Z1 ini adalah pada kameranya, 20.7 megapiksel Sony G Lens (f/2.0) wide angle dengan teknologi BIONZ. Teknologi BIONZ ini mengurangkan ‘noise’ pada gambar, auto-fokus yang lebih cepat dan gambar/video yang lebih stabil.