Filled Under:

Jualan GTA V Mencecah $800 Juta Sehari

Jualan hari pertama permainan terbaru dalam siri Grand Theft Auto, GTA V, berjaya mencecah $800 juta dalam hari pertama, menjadikannya berkemungkinan menjadi permainan video terlaris jualannya dalam sejarah, kata Take-Two Interactive Software, pengedar permainan video tersebut.

Sebelum ini, permainan video paling laris dan paling cepat dijual mencecah angka $1 Billion dalam masa 15 hari, iaitu Call of Duty: Black Ops 2 keluaran Activision. GTA V kini berupaya mengalahkan rekod tersebut, dan merupakan game paling mahal pembikinan-nya dengan harga $265 juta.

Take-Two yang memiliki Rockstar dan 2K Games, mengesahkan ini hasil jualan terlaris untuk satu hari bagi syarikatnya.

Ada tiga versi GTA V yang dijual, versi `standard` pada harga $59.99, `special edition` pada $79.99 dan `collectors edition` pada harga $149.99 yang eksklusif dijual di Gamestop. Take-Two tidak mengeluarkan jumlah salinan game yang dijual, tapi mengikut kalkulator, jumlah hampir 10 juta, atau 13 juta sekiranya semua orang membeli versi standard sahaja.

Grand Theft Auto V kini boleh didapati di pasaran untuk Playstation 3 dan Xbox 360.

Sumber: IGN