Filled Under:

KitKat: Android 4.4 Diperkenalkan oleh Google

OhGeekz-android-kitkat-1


Sebaik sahaja Apple mengumumkan secara rasmi mengenai jemputan mereka awal pagi tadi, Google pula mencuri perhatian Androiders dengan mengumumkan bahawa sehingga hari ini, jumlah pengaktifan Android kini sudah mencecah angka 1 bilion di seluruh dunia.

Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, Sundar Pichai memberitahu melalui akaun Google+ beliau bahawa sistem pengoeprasian terbaru dari Android iaitu Android 4.4 kelak akan menggunakan nama Android KitKat.

Sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat, kelihatan kedua-dua syarikat tersebut hadir dengan iklan video untuk mempromosikan Android Kitkat tersebut kepada pengguna.


Selain hadir dengan video mempromosikan Android 4.4 tersebut, pihak Kitkat juga telah mengemaskini paparan pada laman web rasmi mereka dan turut sama mempromosikan mengenainya di sana.

Tambahan: