Filled Under:

Sony Memperkenalkan Alat Penstrimen Menyokong `Voice Command`

Sony memperkenalkan BRAVIA Smart Stick (NSZ-GU1) yang mampu melakukan penstriman pelbagai kandungan media dari internet ke televisyen pintar (SmartTV). Fungsi BRAVIA Smart Stick benar-benar menyerupai Google Chromecast termasuk Google TV cuma agak berlainan sedikit. Sayangnya gajet penstriman media ini dicipta untuk televisyen BRAVIA sahaja.

Buat masa ini BRAVIA Smart Stick hanya dapat digunakan untuk televisyen pintar BRAVIA model 2013 iaitu BRAVIA R, BRAVIA S, BRAVIA W dan BRAVIA X.

BRAVIA Smart Stick hanya menyokong sambungan ke palam HDMI saiz penuh yakni palam MHL yang terdapat pada televisyen BRAVIA. BRAVIA Smart Stick turut menyokong kandungan digital yang dimuat turun dari Google Play sepertimana dilakukan oleh Google TV.

BRAVIA Smart Stick membolehkan televisyen berdefinasi tinggi digunakan untuk melayari internet, untuk berkomunikasi di laman sosial (menggunakan Twitter, Facebook), melihat gambar-gambar pada skrin televisyen (dari Picasa Web, Yahoo Flickr), untuk mendengar muzik juga untuk menonton YouTube.

BRAVIA Smart Stick bertindak sebagai konsol digital lalu menyalurkan kandungan yang diterimanya itu ke skrin televisyen. BRAVIA Smart Stick didatangkan dengan alat kawalan jauh miliknya sendiri seperti dalam gambar di bawah.

/iAwani-sony-bravia-smart-stick-vs-google-chromecast-002-malaysia
Alat kawalan jauh BRAVIA Smart Stick itu memiliki skrin sesentuh bersaiz kecil seperti gambar di bawah bahkan menyokong fungsi arahan suara (voice command). Jika malas tekan butang, gunakan arahan suara sahaja.

Jika di luar negara BRAVIA Smart Stick boleh digunakan untuk menikmati filem-filem secara penstriman atas talian (online streaming) dari Netflix, Amazon Video, Vudu, Video Unlimited.

BRAVIA Smart Stick juga boleh digunakan untuk mendengar muzik terus dari Google Play Music bahkan turut boleh digunakan untuk menonton filem-filem secara online streaming dari Google Movies.

Sayangnya Google Play Music dan Google Play Movies tidak dibuka untuk pengguna Google Play di Malaysia. Bagi kita di sini, kita hanya boleh membuka Gooole Play Store serta menonton YouTube sahaja, tapi itu tidak menghalang kita dari menonton filem-filem hebat secara online streaming walaupun agak terhad.

Sony belum lagi mengumumkan harga rasmi BRAVIA Smart Stick. Walau begitu Sony telah mengeluarkan sebuah user manual yang boleh dibaca secara online di laman web mereka. Dari laman itu bolehlah difahami serba sedikit bagaimana menggunakan BRAVIA Smart Stick juga bagaimana gajet penstriman media ini berfungsi.

Sumber: Engadget