Filled Under:

[Info] Zizan Dimasukkan Ke Hospital Akibat Keradangan Oto

Bukan mudah menjadi seorang artis. Jadual kerja yang padat kadang-kadang boleh menyebabkan kepenatan tahap maksima.

Mungkin itu yang terjadi kepada Zizan Raja Lawak sehingga dimasukkan ke hospital akibat keradangan otot. Kesian Zizan sebab overwork sampai begini jadinya.
Tapi anda jangan risau kerana keadaan Zizan dilaporkan stabil
 

Marina Juki, pengurus Zizan menyatakan yang Zizan dimasukkan ke hospital ketika sedang bersiap sedia untuk ke Karnival Jom Heboh di Ipoh. Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali.

Hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami `Acute Myositis` atau lebih dikenali sebagai keradangan otot.
Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan setakat ini keadaan Zizan adalah stabil.

Sepanjang tempoh itu juga, semua aktiviti seninya akan dihentikan buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih.



Sumber: Gempak