Filled Under:

Perbezaan Sleep Dan Hibernate (OS)

Soalan ini sering aku terima melalui email, mahupun dropbox aku. Jadi, aku amik semua soalan ini dan menjadikan satu jawapan. Jadi, bukan setakat orang yang requested dekat aku dapat tengok, malah orang yang lalu-lalang atau tertekan pun boleh tengok.

Definisi 'Sleep':


Sleep? Perkataan ini sering sekali kita dengar. Setiap hari kita mendengar perkataan ini dimana, bagi korang yang masih kecil atau yang masih bersekolah sama ada rendah atau pun menengah, tentu mak korang akan suruh tidur awal bukan? Ya tentu sekali. Tetapi lain pula definisi sleep yang terdapat pada sistem operasi kita. Dimana, maksud fungsi sleep ialah, seolah olah kita sedang memberhentikan media player pada komputer. Semua proses yang sedang berjalan pada sistem operasi kita akan berhenti dan akan berjalan lancar semula apabila kita membuka semula komputer/laptop kita.

Definisi 'Hibernate':

Hibernate pula? Mesti korang yang agak kurang pengetahuan dan berjaya dalam akademik akan memikirkan tentang hibernasi apabila bercakap tentang hibernate pada sistem operasi kita bukan. Tetapi, bolehkah sistem operasi kita berhibernasi disiang malam, pagi dan senja hari? Bolehkah sistem operasi kita juga berhibernasi pada setiap masa yang kita mahu? "Mungkin juga". Haaa, itu satu jawapan yang selalu aku jumpa dan dengar bila seseorang yang buta dalam info teknologi. Okay, bagi yang tak tau lagi apa maksud hibernate pada sistem operasi, ia akan menyimpan kesemua dokumen-dokumen dan program-program yang kita jalankan ke dalam satu hard disk sahaja. Jadi, ini (hibernate) akan menggunakan sedikit kuasa daripada sleep.

Jadi, bagaimana penerangan yang aku berikan? Cukup memuaskan atau tidak? Kalau rasa memuaskan, boleh comment, kalau tak, tak payah buat apa-apa.