Filled Under:

Cara Mengubah Tampilan Facebook Anda Kepada Tampilan Baru ( Timeline )

Facebook timeline. Mesti ramai yang dah tau tentang tampilan facebook baru ini kan? Bagus untuk yang dah tau, dan kepada yang belum tau tuh, kalau nak tau macam mana interface dia, tengok gambar bawah.


Haa, macam tu lah tampilannya ( interfacenya ). Lebih menarik? Tersusun? Kemas? Erm, mungkin bagi sesetengah orang, mereka akan menyukainya tetapi bg saya, ianya membuatkan orang lebih senang untuk mengintip ( stalk ) kita. Kenapa? Kerana, segala post post, benda benda yang kita like, share dan lain lain, semuanya akan ditunjuk. Timeline ini diperkenalkan pada akhir tahun dua ribu sebelas ( 2011 ).

Dalam timeline ini juga, akan terdapat extension gambar depan ( cover photo ). Dimana ianya akan menjadi besar dan ianya juga bergantung pada korang. Kalau nak letak, letak lah. Kalau tak nak. Diam sudah.
Timeline juga akan tunjuk balik status korang dari awal facebook anda direka ( create ). Tetapi, loadingnya agak lama jugak. Korang boleh ubah jenis status anda, seperti 'normal' ataupun 'feature/highlight'. Kalau tekan 'feature/highlight' ianya akan memanjang seperti gambar diatas td. Jadi. Kalau korang rasa nak pakai, boleh tekan pautan dekat bawah ni.


- Lepas bukak pautan tu, klik pada 'Get timeline'. Selepas korg tekan 'Get timeline' tu, korang akan diberi masa selama tujuh hari untuk mengubah/kemas kini profil korang. Selepas tujuh hari, barulah timeline korang akan diaktifkan ( secara sendiri ).

*Note : Kalau dah tertekan 'Get timeline', korang dah tak boleh nak dapatkan yang lama balik. Jangan nak request dekat aku macam mana nak hilangkan timeline okay?

- Mr. Limbo -