miCoach Ditambah Dalam Koleksi Aplikasi Lumia

Pihak Nokia menambah beberapa aplikasi esklusif bagi pengguna peranti Lumia termasuk Adidas miCoach. Aplikasi yang mana khasnya digunakan semasa bersukan. miCoach memfokuskan kepada kecergasan dan kesihatan. Namun begitu, hanya Windows Phone 8 saja yang mampu menyokong kepenggunaan aplikasi ini.

Aplikasi miCoach ini berfungsi sebagai pelatih maya, memberikan beberapa arahan, sekaligus memudahkan proses latihan kecergasan oleh para pengguna. Pengguna juga boleh melihat keputusan akhir selepas selesai sesuatu latihan kecergasan, dan seperti biasa boleh berkongsi dengan rakan-rakan lain melalui sokongan sosial terbina.

Aplikasi ini juga turut sama membawakan beberapa integrasi lain, termasuk sokongan Nokia Music dan juga HERE Maps bersama-sama dengannya.

Bagi pengguna peranti Nokia yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Windows Phone Store hari ini.

Muat turun aplikasi ini di Windows store.

Sumber: Amanz



Need for Speed: Filem Berasaskan Permainan Video Terkemuka

Hari ini, video trailer pertama untuk filem Need for Speed telah pun diterbitkan. Filem yang berasaskan permainan video ini membawakan kisah seorang pelumba jalanan yang baru saja keluar daripada penjara. Watak yang dimainkan oleh Aaron Paul ini ingin membalas dendam kepada mereka yang membuat dia masuk ke penjara sebelum ni.


Video trailer ini juga turut memperlihatkan aksi kejar-mengejar antara polis dan pelumba, yang mana merupakan salah satu perkara diminati dalam siri permainan Need for Speed. Selain itu, selepas Aaron keluar, pelbagai pelumbaan telah dia lalui.

Filem Need for Speed ini bakal ditayangkan pada bulan Mac 2014 kelak.



FIFA 14; Kini Hadir Untuk Peranti Android dan iOS

Pihak EA hari ini telah pun memperkenalkan permainan simulasi bola sepak mereka yang terbaru, iaitu FIFA 14 untuk para pengguna seluruh dunia yang menggunakan peranti Android dan juga iOS.

Permainan yang memfokuskan kepada pengguna peranti mudah-alih ini membawakan sokongan grafik yang baik, disamping dilengkapi lebih 33 liga, serta ditawarkan secara percuma untuk para pengguna.

Untuk versi Android, ia dilihat memerlukan ruangan sehingga 1.35GB untuk memasangnya, sementara versi iOS pula memerlukan ruangan sebesar 1.17GB.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun FIFA 14 untuk Android dan juga iOS hari ini.

Muat turun permainan FIFA 14:
FIFA 14 iOS
FIFA 14 Android

Sumber: Amanz



Apple Melancarkan iPhone 5S Disaluti Emas 24K dan Platinum

Gold Genie merupakan syarikat yang terkenal dalam penawaran model telefon pintar dan gadget popular yang disaluti emas tulen. Baru-baru ini, pihak Gold Genie telah melancarkan model HTC One 24K, kini syarikat ini telah memperkenalkan model iPhone 5S yang disaluti emas 24K dan dijangka akan mula dijual dalam tempoh tidak lama lagi.

Peranti Apple, iPhone 5S tawaran Gold Genie memberi tiga pilihan iaitu emas, platinum dan ros emas. Versi iPhone 5S berstoran 16GB yang disaluti emas dijual pada harga sekitar RM9,064. Manakala versi platinum ditawarkan pada harga RM9,445. Selain itu,  iPhone 5S berwarna ros emas dijual pada harga RM9,318. Setiap pembelian model ini akan didatangkan dengan bekas `mewah` yang diperbuat khas menggunakan kayu poko `Cherry Oak`.

Syarikat tersebut menawarkan iPhone 5S 24-Karat dalam pelbagai jenis warna iaitu hitam atau putih pada bahagian atas dengan emas menyaluti bahagian tepi serta belakang. Atau hitam pada bahagian atas dan kerangka platinum di bahagian tepi dan belakang untuk versi Platinum.



Alienware Aurora Kini Dipasaran Malaysia

`Hardcore Gamer` tentu tidak asing lagi dengan jenama komputer riba terkemuka, Alienware. Selepas keluaran pelbagai mereka yang sememangnya memfokuskan kepada permainan video. Kini, Dell Malaysia turut sama memperkenalkan komputer riba yang juga memfokuskan kepada pengemar permainan video. Kali ini, ia dikenali sebagai Alienware Aurora.

Peranti ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i7 generasi terkini. Tak lupa juga sokongan kelajuan overclock sehingga 4.3GHz melalui teknologi Turbo Boost dan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce 700 series atau AMD 8900 series.

Desktop terbaru ini juga turut ditawarkan dengan chasis tambahan secara berasingan, iaitu chasis ALX. Melaluinya ia dioptimasikan untuk tujuan pengurusan thermal, sesuai untuk mereka yang sering membuat overclock dan sebagainya.

Di Malaysia, pengguna yang berminat boleh membuat tempahan terus melalui laman rasmi Dell, dimana versi asas hadir dengan Intel Core i7-4820K, NVIDIA GeForce GTX760 1.5GB DDR5, dan juga ruangan storan sehingga 2TB pada harga RM5799.

Sumber: Amanz



Oppo N1 Diperkenalkan Kepada Umum Secara Rasmi

Hari ini, pihak Oppo secara rasminya memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka. Dengan kelebihan yang unik, dimana hanya mereka saja setakat ini yang mengeluarkannya. Iaitu kamera 13 piksel yang boleh dipusing sehingga 206 darjah.

Kamera yang disokong lensa-N membolehkan pengguna merakam visual gambar atau video dengan lebih jelas. Tak kira kamera depan (kurang jelas bagi peranti lain) atau pun belakang. Selain itu, ia turut menyertakan sokongan dwi-LED bersama peranti tersebut.

Menurut Oppo, daripada ujian yang dilakukan mereka, N1 melepasi ujian pemusingan sebanyak 100,000, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan peranti berkenaan sehingga 7 tahun sekiranya memusingkan ia secara purata 40 kali sehari.

Dari segi sistem operasi pula, ia dilengkapi ColorOS, dan pada masa yang sama, pihak CyanogenMod turut menyatakan sokongan rasmi untuknya.

Telefon pintar ini dijangka akan dijual bermula Oktober kelak, dan masih tiada tarikh rasmi untuk pasaran Malaysia buat masa ini.

Sumber: Oppo N1



Team Titan – Nama Pasukan Baru Bekas Pemain “Orange ESports Dota 2.0″

Pada awal pagi tadi, kita dimaklumkan sendiri oleh pihak Orange sendiri yang mana pasukan DoTA mereka telah pun meninggalkan pasukan tersebut, dan menyertai sebuah pasukan baru. Kini, nama pasukan terbaru mereka sudah pun diketahui iaitu Team Titan.

Bersama-sama dengan pengumuman nama baru ini, mereka juga turut berkongsi mengatakan yang mana ahli kelima mereka adalah Ice, yang mana sebelum ini bermain pada pasukan Team Zenith.

Pada masa yang sama, kini mereka akan berpusat di Johor Bahru, dan terus menambah baik skil permainan mereka dari hari ke hari.

Team Titan ini dijangka akan memulakan perlawanan mereka dibawah nama baru pada perlawanan GEST The Challenge yang dijadualkan pada petang esok.

Sumber: Amanz



Tablet PC Pertama Nokia Bakal Dilancarkan Bersama Lumia 1520

Tak mudah putus asa. Itu kata puitis untuk menunjukkan sikap sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka, Nokia walaupun kini sudah dibeli oleh Microsoft. Buat masa ini, kod nama untuk Tablet PC Nokia ialah `Sirius`. Selain itu, Sirius juga diramal bakal diperkenalkan kepada umum bersama-sama telefon pintar Nokia Lumia 1520 yang mana ianya adalah sebuah phablet.

Peranti yang dilengkapi dengan skrin 10-inci serta menggunakan Windows RT ini juga dipacu oleh cip pemprosesan Qualcomm 8974 Quad-core. Perhebatkan lagi dengan kamera 6.7 mega piksel dari lensa berkualiti tinggi keluaran Carl Zeiss.

Tablet PC `Sirius` dikatakan bakal diperkenalkan oleh Nokia pada satu ketika dalam suku keempat tahun 2013 antara bulan Oktober hingga bulan Disember. Penganalisa pemasaran menganggap Tablet Nokia ini bakal menghadapi kesukaran dalam kategori 'laris dijual' kerana terpaksa berdepan dengan populariti peranti lain seperti iPad, Nexus 7, Asus MeMo Pad dan Iconia B1.



HTC One Telefon Pintar Pertama Bakal Menerima Kemaskini Android KitKat 4.3

HTC dikatakan bakal menjadi syarikat pengeluar telefon pintar pertama yang akan menggunakan Android 4.3 KitKat. Peranti yang akan dikeluarkan dengan sistem operasi tersebut ialah HTC One. Perkara ini diberitahu oleh sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Kanada, TELUS.

HTC diwar-warkan sedang menguji keserasian sistem operasi Android 4.3 dengan komponen dalaman HTC One bermula dari pertengahan bulan September 2013 iaitu beberapa hari selepas sistem pengoperasian baru itu diperkenalkan kepada umum secara rasmi.

Apabila ujian keserasian tersebut sudah disempurnakan, HTC akan mengeluarkan `KitKat` sekitar awal bulan Oktober 2013 kepada pemilik HTC One dipasaran Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu.

Selepas itu, barulah HTC mengeluarkan Android 4.3 kepada pemilik-pemilik HTC One diperingkat antarabangsa termasuklah di Malaysia mulai pertengahan Oktober 2013. Pelepasan Android 4.3 KitKat untuk HTC One sebagai `kemaskini sistem` turut membawa masuk HTC Sense 5.5 bersama dengannya.

HTC One Nexus atau dipanggil sebagai HTC One edisi Google Play bakal menerima Android 4.3 secara serta merta bersama dengan Nexus 4 dan Samsung Galaxy Nexus saat Android 4.3 dikeluarkan oleh Google untuk telefon pintar Nexus kelak.

Telefon pintar versi terdahulu seperti HTC One X, HTC One V dan HTC One S tidak dijadualkan untuk menerima kemaskini naik taraf ke Android 4.3 buat masa ini. Ketiga-tiga telefon pintar itu diramal menerima Android 4.3 sekitar penghujung tahun 2013. Paling lewat pun diramal dalam suku pertama 2014.

Sumber: Phonearena



Tiada Lagi Pasukan DoTA Dibawah Orange – Pencarian Ahli Baru Bermula

Dalam sebuah pengumuman yang mengejutkan melalui laman Facebook mereka, ia dikatakan selain Mushi yang akan ke DK, empat lagi ahli kumpulan mereka yang lain akan beralih ke pasukan baru dibawah penaja baru. Pihak Orange sekadar menamakan mereka sebagai Team T*.

Perkara ini sekaligus membuatkan kini pasukan Orange tidak lagi mempunyai pasukan DoTa buat masa ini, dan mereka memulakan pencarian pasukan Orange Esports Dota 3.0 tidak lama lagi.

Menurut pihak Orange, dibawah penaja baru, ahli pasukan mereka dijanjikan pembayaran dua kali ganda berbanding Orange. Sebelum ini, pasukan Orange Esports Dota 2.0 menjadi perbualan ramai apabila telah menamatkan perlawanan TI3 dalam posisi ke tiga.

Buat masa ini, dua lagi pasukan lain dibawah Orange adalah pasukan Counter Strike Global Offensive dan juga Heroes of Newerth.


Sumber: FB Orange / Amanz