Filled Under:

iPhone SE Tidak Dilengkapi Sistem Touch ID Terkini

Apabila peranti baru dikeluarkan, pengguna mengharapkan komponen terkini dan terbaik digunakan. Apabila iPhone SE dilancarkan, kebanyakan komponen dalaman iPhone 5S digantikan dengan komponen iPhone 6S. Tetapi tidak kesemua komponen yang digunakan adalah yang terkini. beberapa laporan menunjukkan sistem TouchID lama iPhone 5S digunakan dan bukannya versi baru yang lebih pantas seperti yang ditemui pada 6S.


Perbezaan kepantasan kedua-dua versi ini sebenarnya tidak berapa ketara tetapi penggunaan komponen lama ini pastinya mengecewakan mereka yang memendam hasrat membeli SE apabila ia mula dijual kelak. Pengimbas cap jari lama ini digunakan kerana ianya lebih murah sekaligus mengurangkan harga jualan pengganti kepada 5S ini. Kepada yang berminat membelinya, adakah ketiadaan sistem 3D Touch dan penggunaan TouchID lama ini membuatkan ada sedikit tawar hati?

Sumber: MACWORLD