Filled Under:

Luna Maya Kahwin Dengan Ariel Dipenjara


Sebelum ini, kisah tentang hubungan antara pelakon dan pengacara sensasi, Luna Maya dan penyanyi Ariel Peterpan dikatakan sudah putus. Namun kini timbul pula khabar angin mengatakan bahawa pasangan ini telah berkahwin di penjara.

Dipetik dari detikHot, pengurus Luna, Vitalia Ramona telah menafikan khabar angin tersebut. Dia turut menjelaskan walaupun Luna sudah kurang pergi berjumpa Ariel di penjara Rutan Kebon Waru, ia bukan bererti hubungan mereka sudah putus.


Khabar angin Luna telah berkahwin dengan Airel yang dikatakan berlaku di penjara yang berada di Bandung.
Luna yang ditemui ketika hadir untuk tayangan perdana filem terbarunya ‘My BlackBerry Girlfriend’, di FX Plaza, Jakarta Selatan, tidak mahu menjawab soalan yang ditanyakan media.

“Kalau mengenai perkara luar filem, saya tidak mahu jawab,” kata Luna.

“Tidak ada khabar apa-apa. Semua itu hanya gurauan pihak wartawan,” katanya lagi.

Luna kemudiannya meninggalkan sidang media awal kerana tidak selesa, selepas diajukan dengan pelbagai soalan mengenai Ariel.