Filled Under:

Apa Itu Keylogger

Harini admin pirate nak share sikit tentang hacking.
Mari kita mulakan. Okay, sebelum anda membina keylogger, anda perlu tahu apa itu keylogger dan fungsinya.







Keylogger kadangkala dirujuk sebagai Perisian Pengintip iaitu sejenis program kecil yang digunakan untuk memantau segala aktiviti komputer yang menjadi sasaran ( ocal atau remote PC ). Keylogger teramat mudah untuk digunakan sehingga seseorang yang hanya mempunyai asas pengkomputeran boleh menggunakannya..apabila ia telah memasuki satu-satu komputer, segala aktiviti keystroke ( taipan kekunci keyboard ) akan dapat direkodkan dan dihantar kepada pemunya keylogger tersebut.

Terdapat 2 jenis keylogger iaitu:

1. Keylogger dari jenis perisian
2. Keylogger dari jenis perkakasan ( wired )


Keylogger dari jenis perkakasan ( sebagai contoh USB keylogger ) sudah jarang sekali digunakan kerana keylogger dari jenis perisian lebih mudah digunakan tambahan pula ia menyokong aplikasi untuk memasangnya ( install ) secara remote sahaja dan ini bererti anda dapat memantau aktiviti mana-mana komputer di seluruh dunia.

Tahukah anda bahawa keylogger itu merbahaya? Jikalau anda tidah tahu, jawapannya ialah 'ya', ianya merbahaya kerana ianya boleh mencuri data data dalam komputer anda.

Tapi, keylogger juga ada fungsi kebaikannya. Tentu anda tidak tahukan? Haa, kebaikannya pula adalah kita boleh tahu apa yang berlaku pada komputer kita saat kita meninggalkannya sama ada kita pergi makan atau pergi ke tempat lain.

Keylogger juga sesuai untuk melihat apa yang anak anak, adik adik kita lakukan. Manalah tahu dia bukak website porno atau website website yang boleh merosakkan akhlak.
Keylogger boleh menyenaraikan website websita yang kita lawati, sebab itulah kita boleh melihat apa yang kita lakukan.

Keylogger juga boleh memusnahkan komputer anda. Bagaimana? Setiap kali anda membuka komputer anda, keylogger akan active ( hidup ), setelah dia hidup, ia akan merakam apa yang kita lakukan, tetapi semasa dia merakam, ia juga memakan ( mematikan ) sistem sistem yang terdapat dalam komputer anda.

Bagaimanakah cara untuk melindungi diri dari menjadi mangsa?

Keylogger yang ringkas dapat dikesan oleh antivirus yang paling lemah sekalipun. Namun, kebanyakan yang menggunakan keylogger bertindak bijak apabila melakukan proses enkripsi pada keylogger tersebut seperti Crypting, Binding, Hexing, dan sebagainya sehingga ia menyebabkan kesukaran kepada antivirus untuk mendeteksi keylogger. Oleh itu untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa, Admin menyarankan anda supaya menggunakan perisian yang dipanggil sebagai Sandboxie. Sandboxie menjalankan setiap program komputer anda di dalam satu bahagian yang terasing pada partisi cakera keras anda. Jadi ini dapat mengelakkan sebarang perubahan kekal pada komputer. Pengguna Firefox boleh menggunakan versi percuma Keyscrambler yang meng-enkripsi setiap keystroke yang telah ditaip. Oleh itu anda tidak perlu lagi bimbang kerana penyerang akan mendapat keystroke yang telah di-enkripsi oleh Keyscrambler tadi.

Jadi, jage jagelah dengan keylogger. Sebelum anda semua 'run'kan aplikasi yang didownload, pastikan anda scan dahulu.