Filled Under:

Cara Untuk Mengelakkan Laman Social ( Facebook ) Anda Digodam





Admin harap anda semua sihat walafiat. Kali ni admin nak bercerita sikit tentang laman social terkenal iaitu facebook. Kepada rakan rakan hacker sekali, tentu sekali anda pernah diminta untuk hack laman social peling terkenal itukan? Yaa, memang sudah dijangka. Memang takde hacker yang diminta untuk meng-godam facebook orang. Sampaikan ada yang sanggup menipu dan mengatakan yang musuh dia itu sedare dia. Haih, ape nak jadi zaman sekarang ni.



Bagaimana pula dengan orang yang digodam? Sedih? Menangis? Lagi lagi budak yang hotkan? Yang mempunyai beribu ribu kawankan? Haa, itu lagi perit. Okay, disini, admin nak bagi sikit tips tips untuk mengelakkan facebook anda digodam.

1) Paling penting! Facebook scam.

Macam mana facebook scam ni? Haa, facebook scam ini berfungsi mencuri password + email dengan mudah. Okay, anda pernah tak pergi search kat google dan taip macam ni 'facebook hacker v1.9' ataupun yang dekat sama dengannya? Jika anda mempunyai musuh dan anda ingin mengodamnya, admin rasa anda pernah kot. Hehe. Jika anda pernah download perisian perisian yang fungsinya untuk hack facebook, anda pernah tak jumpe yang bile anda buka aplikasi tersebut, ia akan ada kotak untuk tulis,
'email facebook anda', 'password facebook anda' dan 'email mangsa'?
Anda rase itu betul? Anda rase ianya boleh godam facebook orang? Boleh? Tak, anda silap. Bukannya facebook orang yang anda godam, tapi anda mengodam facebook anda sendiri. Kenape? Sebab, perisian itu akan menghantar 'email dan password' anda kepada orang yang membuat perisian tersebut. Kita dapat tak password mangsa? Memang taklah.

2) Yang kedua pula, keylogger.

Anda tahu ape itu keylogger? Keylogger adalah sebuah perisian untuk mencuri data data peribadi.
Keylogger adalah paling penting dan perlu dihindari. Sekali anda menekan, satu keylogger masuk. 100 kali anda menekan? 100 keylogger lah yang masuk. Sebenarnya keylogger ini lebih penting daripada Facebook scam tetapi, disebabkan kite sekarang ini dalam category 'godam facebook', so , admin letak lah Facebook scam kat atas sebab admin ada buat satu poll dan ramai yang memilih Facebook scam paling banyak digunakan. Kalau secare umum, sebenarnya, keylogger lah yang paling penting kerana keylogger ini berfungsi untuk mencuri data setiap masa.
Contoh anda ingin membuka account bank melalui internet, makan, password bank, security number untuk bank semuanya dapat ditangkap dan akan dihantar kepada orang yang membina keylogger tersebut.
Keylogger juga boleh mengambil screenshot atau gambar.

3) Yang ketiga pula, phishing.

Ape itu phishing? Memancing? Memancing ikan? Yaa memang benar memancing. Tetapi bukan memancing ikan, tetapi memancing facebook mangsa. Phishing atau nama lainnya Fake Login adalah sebuah page yang dimana bila anda login, email + password anda akan dihantar kepada sesiapa yang membuatnya. Ia serupa Facebook scam cuma Facebook scam kene download baru boleh dapat, tetapi phishing ni tak payah nak download. Just tekan url dan login dan nanti email + password akan dihantar kepada pereka sejati tuh :p
Macam mana nak tahu tuh site phishing tau tidak? Tengok url atau pun languange.
Screenshot dibawah:

Tengok pada languange dan url.
Kalau phishing site, languange dia takkan jadi macam tuh, dan url dia akan menjadi lain.
Untuk selamat, tgk url, kalau tu page facebook yang sebenar, url die ade 2 jea,

www.facebook.com
www.fb.me

Jadi, kepada pelawat pelawat yang membaca post ini, harap anda akan lebih berhati hati. Segale ayat kat atas tuh saya main bantai jea. Tak tahu betul ke salah. Jadi, kalau salah dan tak paham, paham paham je lah kan eh?
Jika anda ade dialam cyber, sila berhati hati. Tidak mustahil ianya boleh pecah masuk bank anda.
Sekian, pesanan ikhlas dari Admin :)

* Selepas download sesuatu, scan dulu dengan antivirus. Kalau takde antivirus boleh carik sendiri okay.
Kalau taknak download, scan dekat 'virus total' atau 'novirus thanks'.