Pihak Microsoft Tarik Balik Kemaskini Windows 8.1 RT

Microsoft telah menarik semula kemaskini Windows 8.1 untuk Windows RT yang dikeluarkan di Windows Store pada 18 Oktober 2013 lepas. Penarikan semula dilakukan kerana kemaskini Windows 8.1 untuk Windows RT dilaporkan memberi masalah kepada beberapa model peranti yang dimasukkan dengannya. 

Kebanyakan masalah yang timbul melibatkan aspek teknikal dan ia hanya sementara sahaja. Apabila masalah tersebut sudah selesai, kemaskini Windows 8.1 untuk Windows RT akan dikeluarkan semula di Windows Store.

Microsoft mengumumkan penarikan Windows 8.1 untuk Windows RT secara rasmi di laman Microsoft Community. Dalam pengumuman tersebut, Microsoft mengatakan pihak mereka sedang menyiasat perkara tersebut. Entah berapa lama Microsfot akan menarik balik kemaskini Windows 8.1 tersebut.



Pelayar Web Maxthon v1.0 Dikeluarkan Untuk Windows Phone 8

Mungkin ramai tidak sedar akan kehadiran pelayar web mudah alih percuma ini. Maxthon, yang sebelum ini sudah beberapa tahun melepaskan projek mereka untuk pengguna desktop serta laptop kini hadir pula untuk Windows Phone.

Maxthon juga boleh dikatakan alternatif kepada pelayar web popular seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera dan Safari (Internet explorer.. ek?)

Kehadiran pelayar web Maxthon akan memudahkan lagi pengguna Windows Phone untuk melayari kandungan laman sesawang berbanding dengan melayarinya melalui Internet Explorer yang mana menjadi pelayar web lalai dalam Windows Phone.

Maxthon membenarkan penggunanya untuk log masuk bagi mengintegrasikan kandungan bookmarks, sejarah pelayaran dan senarai `biskut` di peranti lain misalnya di komputer peribadi. Penggunaan tabbed browsing juga agak mudah di Maxthon. Setiap tab boleh dibuka secara bertukar-tukar.

Berminat untuk mencuba? Anda boleh layari Windows Phone Store dan muat turun pelayar web ini melalui saluran tersebut.  



Video Pertama Apple iPhone 5S Dikeluarkan

Pihak Apple hari ini telah menyiarkan iklan pertama berkenaan peranti terbaru mereka, iPhone 5S.

Iklan yang dimainkan selama tiga puluh saat (30s) itu menunjukkan iPhone 5S berwarna emas. Daripada sejenis cecair membentuk peranti solid dan kemudiannya dibuka dengan hanya mengimbas cap jari.



Bagi mereka yang masih belum tahu, pengimbas cap jari (Touch ID) adalah antara fungsi baru yang dibawakan oleh Apple. Hanya terdapat pada peranti iPhone 5S sahaja setakat ini.

Saksikan video ini



Gamer’s Hideout Membuka Pra-Tempahan Untuk PlayStation 4 – Harga Bawah RM1699

Sony sedia memaklumkan yang mana PlayStation 4 akan dilancarkan di Malaysia pada penghujung tahun ini, dan kini ia dilihat salah satu pengedar tempatan, Gamer’s Hideout telah pun membuka pra-tempahan untuk konsol permainan berkenaan.


Melalui apa yang dikongsikan oleh Gamer’s Hideout melalui laman Facebook mereka, konsol versi Malaysia dan juga Singapura sedia untuk ditempah melalui mereka. Harga jualannya dijangka dibawah RM1699 – yang mana mungkin hampir kepada harga rasminya kelak.

Konsol PlayStation 4 ini dijangka akan ditawarkan di Malaysia bermula bulan Disember 2014 kelak.

Artikel asal (kredit sepenuhnya): Amanz



Aplikasi Jailbreak Dilepaskan oleh Pihak SafeRa1n

Aplikasi jailbreak telah pun dikeluarkan oleh SafeRain untuk pengguna iOS 7.0.2. Aplikasi tersebut dijual dengan harga $24.99. Lebih kurang RM75. Aplikasi ini ditujukan kepada pengguna iPhone 5S serta iPhone 5C. Pengguna iPhone 5, iPhone 4S, iPhone 4 dan iPhone 3GS juga boleh menggunakannya dengan syarat, menaik taraf sistem ke iOS 7.0.2.

Bagi mereka yang masih tidak tahu apa itu jailbreak, proses ini membolehkan kita memasang apa jenis aplikasi mahu pun yang berbayar. Selain itu, pengguna juga boleh melakukan tetapan tanpa batasan. 

Jailbreak ini dibina oleh sebuah pasukan penggodam iOS. Boleh lawat laman rasmi SafeRain di sini. Langkah-langkah melakukan proses Jailbreak, cara membeli serta lain-lain turut ada di sana. Respon positif diberi oleh setiap pengguna yang membeli dan menggunakan aplikasi ini sekaligus menunjukkan aplikasi ini sememangnya berkesan. 



CEO Facebook - Mark Zuckerberg Membeli 4 Buah Rumah Bernilai RM120 Juta

 CEO media sosial terkenal, Facebook terkini telah membeli 4 buah rumah berdekatan dengan rumah miliknya. Rumah-rumah tersebut dibeli dengan harga RM120 juta. Zuckerberg menyewa rumah tersebut kepada beberapa keluarga yang tinggal di sana. Beliau juga menafikan rancangan untuk membangunkan kondominium di plot tanah tersebut.

Jirannya, termasuklah CEO Yahoo, Marissa Mayer, Google Larry page dan bekas CEO Apple, Steve Jobs. Beliau telah menetap di rumah lamanya yang bersaiz 5,000 kaki inci dengan kadar sewa RM21 juta sejak 2 tahun bersama isteri cinanya, Priscilla Chan. Mark Zucberberg dikatakan bernilai USD$ 19 billion dan adalah antara individu terkaya di dunia.



GTA 5 Dikatakan Akan Hadir Untuk Pengguna PC Pada Awal Tahun 2014



Permainan video terlaris bagi peranti Play Station mahu pun Xbox, Grand Theft Auto 5 akan hadir ke PC pada awal tahun 2014.

Setakat ini, pihak Rockstar masih tidak memberi apa-apa kenyataan. Sekaligus, telah menimbulkan perasaan hairan setiap penggemar permainan ini. Namun begitu, pihak Intel serta nVidia pernah menyebut mengenai pelepasan permainan video ini untuk versi PC.

Mengikut ura-ura daripada Eurogamer hari ini, ia dikatakan versi PC permainan berkenaan akan hadir pada suku pertama 2014 kelak.

Seperti biasa, ia hanya sekadar spekulasi dan desas-desus awal sahaja, dimana pihak Rockstar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya buat masa ini.



Instagram Dikemaskini - Hadir Dengan Fungsi Baru

Fungsi baru yang hadir pada kemaskini terbaru Instagram itu ialah `straighten photo` yang membolehkan pengguna mengubah arah sesuatu gambar.

Pengguna peranti Android bakal menerima kemaskini terbaru Instagram ini hari ini melalui Google Play Store. Manakala pengguna iOS pula sudah sebulan menerimanya.

Fungsi mengawal suara (volume) bagi mereka yang suka merakam gambar, video juga turut disertakan dalam kemaskini terbaru ini.



Lenovo Tampil Dengan IdeaPad A1, Berskrin 10.1 Inci serta Berasaskan Android

Komputer riba berasaskan sistem operasi Android? Itulah yang cuba di realisasikan oleh Lenovo dengan mencipta IdeaPad A10. Komputer riba Android ini memiliki cip pemprosesan Rockchip’s RK3188 empat teras berkuasa 1.6Ghz menggunakan binaan teras ARM Cortex A-9.

Rupa luaran IdeaPad A1 tetap sama seperti komputer riba biasa cuma ia menggunakan Android, bukan Windows. IdeaPad A1 dijual pada harga $337 Dolar di pasaran Eropah melalui Amazon Jerman.

Lenovo IdeaPad A10 boleh bertindak menjadi komputer riba juga tablet pc kerana ia memiliki skrin sesentuh bersaiz 10.1 inci dengan resolusi maksima 1366 x 768 pixels. Skrinnya boleh dipusing ke belakang menyamai skrin IdeaPad Yoga. Penampilan IdeaPad A10 lebih berupa sebuah netbook ataupun ultrabook kerana IdeaPad A10 tidak memiliki pemacu cakera padat.

Visi membina komputer riba berasaskan Android lalu dijual pada harga mampu milik telah lama muncul (sekitar awal tahun 2012) namun di pandang remeh oleh syarikat-syarikat pembuat komputer seperti Samsung, Asus, Acer.

Lagipun, pada ketika itu kebanyakan pembuat komputer memfokus kepada Windows 8 yang baru dilancarkan dalam bentuk Consumer Preview. Idea mengeluarkan komputer riba Android atau laptop Android terbiar begitu sahaja sehinggalah Lenovo memperkenalkan IdeaPad A10.

Sebelum ini, Lenovo memperkenalkan IdeaPad U1 Hybrid yang memuatkan Android sebagai sistem operasi kedua namun proses pembikinan IdeaPad U1 Hybrid tidak diteruskan.

Lenovo IdeaPad memiliki RAM antara 1GB dan 2GB, jumlah storan antara 26GB atau 32GB beserta slot untuk memasukkan kad memori MicroSD. Juga terdapat dua buah palam USB 2.0, palam HDMI untuk sambungan ke televisyen bedefinasi tinggi satu serta palam USB Mikro untuk pengecasan bateri.

Tarikh pelancaran rasmi IdeaPad A10 ke pasaran antarabangsa tidak didedahkan. Harga rasmi di pasaran antarabangsa juga tidak didedahkan buat masa ini.

Artikel asal (credit sepenuhnya kepada): iAwani



Acer Mengumumkan Baru - Penggunaan Prosesor Haswell

Reka bentu yang lebih 'eksekutif' berbanding sebelum ini telah menarik hati penggemar peranti Acer. Chromebook generasi ke-3 ini mempunyai prosesor yang lebih pantas. Acer juga turut memuatkan anti-glare display 11.6-inci selain mempunyai kuasa bateri selasa 9 jam.

C720 juga turut dilengkapi prosesor Intel Celeron 2955U, RAM DDR3L 4GB dan tambahan 16GB memori dalaman. Kekurangannya hanyalah pakej yang ditawarkan bersama Chromebook baru ini. Tidak seperti HP Chromebook 11 dan Chromebook Pixel yang mana menawarkan storan percuma (premium) dari Google Drive.

Peranti baru daripada Acer ini mempunyai port USB 2.0 serta 3.0 bersama-sama port cip mikro dan HDMI. Malangnya, C720 ini hanya dilengkapi dengan penggunaan WiFi. (3G dan 4G tidak boleh disambung)