Filled Under:

TGV Cinemas Mengeluarkan Aplikasi Serba Baru - Mudah dan Pantas

Lebih mudah serta pantas. Itu yang boleh aku katakan selepas keluarnya aplikasi serba baru dari TGV Cinemas ini.

TGV Cinemas Sdn Bhd sebelum ini menyatakan mereka akan hadir dengan aplikasi untuk membuat tempahan tiket online bagi peranti smartphone serta tablet.

OhGeekz-tgv-3

Hari ini pihak TGV Cinemas telah melancarkan aplikasi tersebut secara rasmi iaitu ‘TGV Cinemas’ untuk pengguna Android dan iOS. Sama seperti aplikasi GSC Cinemas, pengguna boleh membuat tempahan tiket dan menyemak masa tayangan dengan lebih mudah.

Sebelum ini, pihak TGV telah membuat pembaharuan terhadap reka bentuk laman web mereka dengan menggunakan tema responsif. Bagi aku, tema ini sedikit merenyahkan kerana pengguna perlu terlebih dahulu membuka browser pada smartphone untuk melihat masa tayangan atau membuat tempahan tiket wayang.

Dengan adanya aplikasi TGV Cinemas ini, pastinya ianya amat memudahkan pengguna untuk membeli tiket wayang.

:download:
TGV Cinemas for iOS
TGV Cinemas for Android

Sumber: Oh Geek!